Friday, October 5, 2012

LAN BERAMBEH

Semasa aku terbaca dalam facebook, aku tertanya-tanya apa sebenarnya LAN BERAMBEH ini, makanya aku terus bertanya pada Ben, aku rasa kagum, bila networking anak-anak Sarawak ini, memang boleh dikira solid juga. Bila aku sampai di PWTC, memang ramai yang dah ada disana.

Sayangnya program tersebut hanya untuk sehari, dan pada malamnya, Ketua Menteri Sarawak, akan bersama anak-anak Sarawak ini untuk jamuan makan malam. Aku cuma ingin mengambil peluang untuk bertemu kembali mereka yang aku kenali semasa di Sarawak bulan 5 hari tu. Sempatlah aku bertemu dengan Nelson juga dan yang lainnya. Cuma Tuan Besar CSP, tak ada pasal pada hari yang sama dia akan pulang ke Sarawak, dan aku dah berjanji untuk bertemu dia sebelum dia ke Kuching. *Cuma dugaan trafik jam petang Jumaat itu memang amat melampau. Tensen juga aku dibuatnya.

Inilah gambar masa di Program Lan Berambeh tersebut di PWTC. Cuma aku ingin nyatakan, aku kagum dengan kedatangan yang ada, dan pada masa yang sama juga yang menjaga di Booth Pameran, semuanya datang ke KL hanya untuk sehari. Itulah komitmen mereka didalam mendekati anak-anak Sarawak di Semenanjung. Terimakasih kepada Dayang dari Pejabat Ketua Menteri, diatas kesabaran dan ketekunan dia menjawab semua soalan aku. Maklumlah masa kat Sarawak hari tu, aku dah diperdengarkan tentang SCORE oleh Ketua S/U Politik Ketua Menteri. Tapi, time tu tak sempat nak bertanya...


Dari kiri adalah rakan kepada Nelson, Ben dan aku. Aku dah sampai, tak tahu pulak diaorang semua dah dalam Dewan, bila pintu Dewan dibuka, dah semua tengah duduk, aku ternampak Ben berdiri, dan memanggil aku. Aku pun terus masuk kedalam dan duduk disitu. Tak lama lepas tu, Nelson dan kawannya keluar pulak.
Aku sempat gak tanya, dia Mazhab apa, katanya Evangelist, aku diminta tolong untuk menjemput umat Katolik untuk hari bertemu Mother Superior Agnes dari Syria. So, masih lagi misi tak tercapai....Nak buat camana kan...


Selepas agak beberapa ketika, aku pun meninggalkan Dewan, masa tu pun, Ben dan Nelson dah tak ada. Ben memang Sekretariat, so dia memang busy. Aku cuma sempat telefon tanya, pasal nak bergambar sebelum meninggalkan PWTC. Inilah gambar aku dengan Ben, berlatarbelakangkan SITOK. Macam manapun, aku bersyukur dapat juga aku dengar penjelasan tentang SCORE, dan merasa suasana Sarawak didalam dewan. Rindu lak nak ke Rumah Panjang lagi...

No comments:

Post a Comment