Saturday, October 20, 2012

Kelab Belia Graduan 1 Malaysia - AGM 2

   Setelah 3 tahun, akhirnya sampai juga waktu AGM kali ke 2. Rasanya seperti baru semalam aku hadir, dan diperdengarkan tentang Kelab Belia Graduan 1 Malaysia ini. Masih jelas diingatan sewaktu idea ini ditimbulkan dan dibincangkan di PMO dan bagaimana rupa dan wajahnya sepertimana ia diilhamkan. Aku juga tidak akan lupa akan 'krisis kekeluargaan' yang berlaku didalam kelab. Juga, pastinya aku tidak lupa akan segelintir yang mahukan platform NGO ini digunakan bagi kepentingan peribadi.

   Setelah 3 tahun, barulah kita kenal, siapa kawan dan lawan. Akhirnya tempoh tersebut tiba untuk sekali lagi memilih kepimpinan baru.

   Sewaktu Pro-Tem Committe dulu, aku asalnya Ketua Biro, kemudiannya aku menjadi Timbalan Pengerusi (untuk jangkamasa yang singkat), kemudiannya aku memilih untuk 'step-down', dan kemudiannya dilantik semula menjadi Ketua Penerangan. Antara insiden yang aku tidak dapat lupa, termasuklah, terpaksa berdiri memberi kenyataan akhbar didepan PMO, pada waktu panas tengahari, dan juga akan kemunculan aku di TV atas usaha KBG1M ini, menyelongkar penyelewengan dan kami semua berada didepan pejabat SPRM. Banyak juga pengalaman 'berapi' yang dilalui, tapi ini semua adalah perjalanan hidup, dan kalau tidak, tiada warna-warninya hidup ini seperti pelangi, maka, jadilah ia TV Hitam Putih.

   Sewaktu KGB1M dirasmikan, ia adalah di Kementerian Belia & Sukan, dan aku baru tiba dari Jerman, dalam tempoh kurang 24jam. Atas memberi sokongan, aku hadir juga ke Putrajaya pagi itu, dengan pakaian rasmi ini.


   Inilah baju rasminya. Aku pakai baju ini, dan setelah tenggelam timbul, akhirnya aku menyarung kembali baju ini semalam. 3 tahun ini, suatu tempoh yang singkat. Tapi banyak memberi pengajaran. Mereka yang bersama dengan aku didalam gambar ini, baru lagi mengenali apa KBG1M. Tetapi mereka adalah kepimpinan baru, yang pastinya akan membawa perjuangan Graduan 1 Malaysia seantero negara.

  Pengalaman didalam KBG1M yang tercipta dipejabat No 1 Malaysia, dan Pro-Tem yang asal, yang banyak memberi kerjasama, dan juga kematangan didalam menangani suasana di Malaysia. Aku amat berterima kasih kerana bersama dengan mereka, aku bertemu dengan ramai graduan muda yang bijak pandai, yang tajam akalnya, yang memang taat dan setia pada negara. Inilah uniknya KBG1M. Mereka ini bertaburan diseluruh negara, menjalani hidup dengan penuh tawaduk, sebagai professional dan mungkin juga bukan professional (tetapi dengan kelulusan dan pengetahuan), dan bila dipanggil, barulah kita melihat kembali wajah-wajah mereka ini.

  Aku seronok, kerana dapat mendalami suasana pekerjaan mereka dan memahami industri dimana mereka terlibat, bidang yang aku tak ceburi. Ini antara perkongsian ilmu yang amat penting untuk kita mengetahui sejauh mana kita menelusuri zaman kita tanpa tercicir. Ramai juga yang tidak dapat hadir semalam di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Tetapi, pastinya jasa mereka dalam ingatan ahli kelab.

Ini dulu, buat masa ini. Aku sendiri pun, walaupun selepas AGM, masih belum pasti akan kedudukan aku selepas ini.


   Inilah dia bergambar bersama, perwakilan baru, Aku pun baru mengenali mereka yang bertiga ini, yang merupakan Presiden MPP di Universiti mereka sebelum ini. Disebelah aku itu, Udesh yang juga baru pulang ke Malaysia, dan menariknya, dia antara yang turut bersama pada peringkat awal Pro-Tem dulu, dan lepas tu dia fly. Kali AGM-2, dia dah balik sini, dan menyertai semula. Aku duduk kat belakang, kemudian digesa untuk duduk didepan. Akhirnya aku pun duduk sebentar semasa mengundian dan berpindah kebelakang, nak makan la..kalau kat depan kenala sopan santun sgt... Aku duduk bersama mereka, dan Joe & Arief (satu tempat kerja mereka ni) dari Sunway.

   Yang paling kanan itu ialah aku, terlewat yang tidak dapat dielakkan kerana sebelumnya aku di Royale Chulan menghadir seminar HRH Dr Tuanku Nazrin, disampaikan oleh Dr Pitsuwan - bekas Menteri Luar Thailand. So, ke Jalan Conlay, awal pagi, dan selepas lunch, terus pulang dulu, ambil baju rasmi KBG1M, dan kemudian ke Putrajaya untuk AGM ini. Malamnya pulak, ATM vs Kelantan, so faham faham aje la..

Inilah antara kenangan tersebut



Inilah Presiden aku, yang aku boleh katakan sabar dengan kepala angin aku. Memang aku akui, aku memang sangat-sangat cepat 'panas', tetapi pada masa yang sama, mestilah ada sebab dan asas. Aku bukannya Lembu yang mendepani Matador. Aku bersuara berdasarkan apa yang sampai pada pengetahuan aku. Nama pun mesyuarat, so, kena lah berterus-terang. Cuma kalau, ada benda exco lain tahu, dan aku lambat dapat tau, manalah aku tahu ada benda lagi yang tercicir. Aku pasti boleh menerima jawapan dan pandangan, kerana aku dah lalui macam2 mesyuarat yang panas membara diluar negara. 


Inilah pula Setiausaha KBG1M - gambar bawah, yang paling aku kagum kerana istiqamah dan sabar dia. Istiqamah dia, yang dulu2, aku sendiri pun tak faham, hari ini selepas 3 tahun, barulah terbuka hijab aqal aku yang terlindung. Aku kagum kerana dia tak pernah hilang sabar, very cool guy. Memang extraordinary juga la. Banyak kali juga, dia tolong aku, bab ceramah ni, masa aku memang tak ready, termasuklah bidalan - Kalau Kucing Tak Bergigi, Maka Tikus Menari-Nari yang aku guna pakai di Y2020 dulu, dia lah yang perkenalkan. Cuma sekali je, aku pernah nampak dia 'marah' dalam salah satu mesyuarat, itupun, pasal mamat sorang tu, betul-betul provok.. Anyway, aku rasa, AGM semalam dah selesai, jadi aku ucapkan terimakasih dan syabas kepada (Presiden & Setiausaha) KBG1M. Sepanjang tempoh 3 tahun pertama ini. Moga, yang sekarang ini, akan bertambah lagi kemakmurannya.


Apapun, harapan & doa aku ialah, supaya KBG1M ini akan terus mara kehadapan mendepani, pelbagai rintangan, onak dan duri.. Pastinya, ia akan mengukuhkan lagi KBG1M sehingga mantap disuatu hari nanti..



No comments:

Post a Comment