Monday, December 12, 2011

Membetulkan yang Biasa, dan Membiasakan yang Betul

Sejenak, perhatian aku teralih & beralih, sepanjang perhimpunan Agung pada minggu lepas. Setelah sekian lama, aku terlihat perkara yang sudah berkali-kali berulang, tetapi ia masih berlaku lagi...

Kenapa begitu?
Apakah yang biasa itu sudah semestinya betul? Atau sepatutnyakah yang betul itu dibiasakan?

Sepanjang perjalanan, aku melihat akan sekeliling. Aku melihat akan suasana, aku tertanya-tanya kenapa, ada yang berubah? Sekiranya ia adalah suatu tajdid, yang bersifat hijrah, maka aku merasa tiada bersalahan,tetapi sekiranya, ia bersifat mutlak, maka aku tidak dapat tidak, terpaksa mengenal pasti akan, kemunasabahan diatas tindakan atau lebih tepat, sikap yang diguna pakai.

Sepanjang aku berada diluar negara, aku sentiasa diperingatkan, akan sikap itu adalah 99% faktor kepada kejayaan, dan 1% sahaja adalah dari kemahiran.

Bersandarkan kepada ratio diatas, maka, adalah penting sikap tersebut diberdasarkan kepada garis panduan -membiasakan yang betul, kerana yang biasa itu belum tentu betul. Ertinya, perlu ada tajdid sikap, dimana, dan bilamana perlu, akan tetapi, bagaimana agaknya empunya sikap boleh mengetahui, akan yang mana betul dan yang mana biasa.

Tepuk dada, tanyalah selera... dan didalam mendalami istilah 'kemahiran', perlulah diakui sejujur-jujurnya akan empunya diri, samada kejayaannya pada hari ini adalah berdasarkan dari sikapnya, ataupun dari kemahiran (sayugia diingatkan juga, kemahiran dalam konteks ini, tidak semata-mata diikat dari sudut kelulusan akademik semata-mata)

Dalam berbicara, ada adab dan budaya, dalam bergaul, ada adab dan tatasusila. Makanya, menggunakan pakaikan adab & budaya ini adalah bersandar kepada 'biasa' atau 'betul'?

Sekali lagi, tepuk dada, tanyalah selera...

Sunday, December 4, 2011

Alangkah Lucunya Negeri Ini



[Subhanallah.. film ini bagus sekali, sama sekali tidak bermaksud untuk membenci yang kaya dan membela yang miskin, tapi menjelaskan saat keadilan masih harus diadili, kebenaran yang hakiki adalah hati nurani, kita berbuat baik mengharapkan Ridha Allah, BUKAN PAHALA!!.. dan satu hal lagi, ILMU ITU PENTING!.. KARENA ILMU ITU TIDAK BISA DI COPET!!.. Allah yang menentukan BENAR dan SALAH berdasarkan rambu-rambu yang telah turunkan NYA .. Allhamdullilah.  - ryanbayucandra]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, June 26, 2011

107. Al-Ma'un

[1]
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan bagi ayat 2 - bagaimana dengan orang yang menindas dan berlaku zalim seperti ;
1. Isteri - isteri yang diabaikan
2. Pekerja - pekerja jujur lagi ikhlas yang ditipu majikannya
3. Hak rakyat kepada kakitangan / pemimpin yang memegang jawatan
4. Orang yang menanti kes nya di selesaikan dimahkamah tetapi asyik ditangguhkan...nasib mangsa yang membuat aduan tetapi diabaikan..


Apakah 4 kategori diatas tidak merupakan mangsa golongan yang mendustakan agama.... (hanya persoalan bagi ayat 2)

Pilihanraya Indonesia & Thailand

Tulisan kali ini, bukan analisa profesional akan pru disana, cuma aku ingin berkongsi akan 2 perkara yang tak terduga...

Ada seorang rakan lama ku, telahpun berada di Bangkok untuk membuat pemerhatian...sebabnya...well, my friend is not a political analyst, tapi seorang pengusaha perniagaan...makanya.. penerbangan kali ini..adalah untuk beliau mengenal siapa yang bakal memimpin..dan berkemungkinan memberinya peluang perniagaan dinegara tersebut...berdasarkan kepada kata-katanya sewaktu aku makan dan minum dengannya di Cheras. Dia menyatakan..dia terpaksa pergi kesana kerana disitu adalah punca rezeki baginya.. Sedih juga bila dia menyatakan bahawa, di tanahair, usahanya ibarat mencurah air ke daun keladi...

Pada masa yang sama pula, seorang lagi rakanku, warga Selatan Thai, yang bekerja di kedai tomyam pula memaklumkan pada ku, dia diberi imbuhan oleh pelbagai parti disana, supaya datang mengundi, tapi dia tetap enggan, kerana menurutnya..ia tidak berbaloi kerana terlalu jauh semata-mata untuk mengundi. Tapi itu adalah haknya dan budi bicara dirinya selaku warga negara sana.

Rakanku yang di Bangkok, juga telah memulakan pemerhatian ke Indonesia, juga bagi sebab yang sama, iaitu seperti tujuannya di Thailand. Pada mulanya aku beranggapan, dia super ambitious, tetapi rupa-rupanya memang benar. Aku terkedu bila dimaklumkan (beserta bukti) akan siapa yang dikenali olehnya disana...

Well, akhir kata, semua usaha yang halal diredhai. Aku harap dia berjaya, kerana niat beliau ikhlas. Cuma dia selalu marah bila aku berkata - I pray that you will be sent to heaven quickly... (semoga anda akan pantas ke syurga) - tapi dia tahu aku bergurau.

Aku juga kagum akan tahap keimanan dan ketaqwaan didalam agama yang diyakininya sekarang iaitu Nasrani berbanding agama lamanya yang diselalu disebut (agama impot dari Asia Selatan)... Sungguh banyak perubahan dirinya sejak berkahwin, dan aku masih lagi merasa terkilan kerana sewaktu perkahwinannya itu, aku berada di Jerman... Apapun, bagimu agamamu, bagiku agamaku....

Friday, June 24, 2011

Public Bank - Melawati

Seperti kebiasaannya, di Malaysia ini, aku akan selalu ke Public Bank yang paling hampir, iaitu di Taman Melawati untuk, soal Telegraphic Transfer (yang aku tak tahu sampai bila, tapi harapnya berkesudahan cepat), bagi penghantaran kiriman ke London.

Setelah beberapa tahun, aku sudah menjadi kebiasaan untuk bertemu muka, dan bercakap dengan semua yang bekerja disana, dan ramai yang telah mengenaliku disana.

Setakat ini, tiada masalah, dan aku puas hati, cuma menariknya berlaku suatu kejadian semalam.

Sewaktu aku tiba di Kaunter Nombor 5, aku dimaklumkan oleh teller tersebut, bahawa waktu untuk TT adalah sampai jam 2.30 petang. Aku telah berada didalam bank pada jam 2.20 petang, dan disebabkan aku kena menunggu sehingga 15 minit, makanya, aku betul -betul dapat berdiri didepan kaunter dan menyerahkan borang TT, pada jam 2.35 petang. Teller menegaskan bahawa permohonan aku tidak dapat diproses kerana telah terlewat, tapi aku berkeras menyatakan, aku tiba, masuk dalam bank, dan ambil nombor semuanya sebelum jam 2.30 petang, jadi bukan aku yang salah, tetapi disebabkan faktor keadaan semasa (semasa aku masuk dalam bank, cuma 3 kaunter sahaja yang 'hidup', mungkin yang lain - lainnya belum pulang dari makan selepas solat Jumaat)

Maka, aku cukup amat tidak berpuas hati, kebetulan juga, kad Visa Debit aku hilang, dan aku juga menguruskan benda yang sama. Maka, semasa aku bersama dengan Customer Rep, dia mengakui yang memang TT hanya sampai jam 2.30 sahaja. Sewaktu Customer Rep, meminta aku ke Kaunter 3 untuk pembayaran permohonan kad Visa yang baru, aku terus terlihat akan Alina (yang sentiasa ramah & ceria melayan karenah pelanggan). Beliau terus bertanyakan khabar aku, dan aku membalasnya dengan sopan (maklumlah, dia bukannya orang yang aku tak kenal).

Tetapi - yang menariknya, tanpa dapat dikawal, aku meluahkan perasaan terkilan & kecewa aku pada Alina yang aku kena datang lagi pada hari Isnin, semata-mata untuk selesaikan hal TT aku tu. Dan seperti biasanya bila aku dalam keadaan macam itu, bahasa 'orang kampung' aku memang terkeluar habis, laju macam air terjun...

Ayat aku semalam, in quote - "I was told by your teller, that it is not possible for me to do my TT transaction because it is already after half two. This has really made me furious, dissappointed and annoyed all the same in the absolute fullest, is there any way to go about it, since I will be penalised by my bank in London, and unless Public Bank is willing to pay for the penalty, I do not mind"

Alina bertanya - 'nobody told you about it, that TT services is only until 2.30?', aku geleng dan jawab - 'nobody utterred a single sentence pertaining to it', I was completely taken by a very unpleasant surprise'. Lepas tu aku tanya - 'what if I make a complaint to Public Bank Headquarters, not about you and your branch, but because of Public Bank policy in regards to TT, which has caused me great distress and inconvenience'

Dengar yang aku nak complaint, dengan penuh diplomasi, dia kata, I akan telefon HQ, tanya boleh tak bagi exception untuk you buat kali ni. I terus angguk dan berkata - 'May God bless you always'. Semua staff diam, aku rasa satu bank sunyi sepi waktu tu. Ada juga gerak - geri yang menilai aku, dan juga ada yang memperlihatkan terkejut, cara aku desak bank (aku tak desak Alina pasal dia kawan aku, yang aku desak adalah bank), dan ada yang fikir aku nak menunjuk-nunjuk...(after so many years mingling dengan segala jenis bangsa didunia, ada certain body language yang tak boleh nak ditipu...aku dah masak dengan perangai manusia..yang pelbagai..)

*Hakikatnya - memang aku menunjuk, aku menunjukkan yang bank adalah entiti business berurusan dengan pelanggan, dan falsafah bisnes adalah - Customer Always Right. Bagi yang tak nak faham, atau beranggapan, duit tak banyak berjuta pun yang aku nak TT ke London ni, itu bukan masalah aku. Tapi sebagaimana aku dididik masa kat 'kampung', masa berurusan di Barclays Gerrards Cross, bila aku masuk bank sana, aku adalah customer, dan permintaan aku hendaklah dilayan, selagi munasabah dan tidak menyalahi undang-undang. Dan menariknya, sungguhpun Pengurus Bank sangat tegas kat kampung aku tu...(nak jawab panggilan telefon masa tengah duk dengan Bank Manager memang kena sound direct dengan dia), tapi rungutan dan soal tak cekap, dia akan uruskan sebaik mungkin.

Bezanya - di Malaysia aku lihat, bank macam pentadbir kerajaan, teller cakap, kita kena akur macam lembu, memang bank tu banyak duit, tapi bukan duit teller pun, bukan duit officer pun, duit customer macam aku ni jugak. Aku boleh hormat tapi pada teller yang rasa diri dia macam orang gomen tahun 80an yang leh berkeras tentang 'Dasar Bank', sorry la, Dasar Kerajaan aku leh la paham dan terima. Dasar Bank - tak wujud dalam minda aku dan orang2 sekampung dengan aku.... So, apa ye dah jadi pada customer di Malaysia...mungkin minda diaorang 'terjajah' juga kot....Bodohnya la aku rasa kalau macam tu...

Untuk berlaku adil - kejadian semalam tidak membuatkan aku marah pada Alina, malah aku amat berterima kasih. Jarang ada officer yang rajin macam tu. Tapi mungkin pasal dia tahu budaya 'kerja'  & 'kampung' aku tu....Memang itu prinsip sebenarnya sebagai customer didalam sebuah bank, hatta di pelosok dunia mana sekalipun... So ayat aku masa teller tengah memproses permohonan aku tu (berjaya juga aku akhirnya...)

"In the name of God's Love, I pray that you shall live happily ever after". Dia angguk tersenyum kat meja dia (yang kat belakang tu), dan agaknya mungkin suara aku kuat, satu bank sunyi sepi lagi...terkejut agaknya... Teller yang proses permohonan aku tu (orang yang sama, yang mula-mula reject TT aku tu, pun ok, dia explain secara sopan, memang dia tak boleh buat apa-apa pun pasal line connection dengan HQ dah kena potong, sampailah Alina telefon HQ minta sambungkan semata-mata untuk aku)

Seperkara lagi - aku terpaksa cakap 'bahasa kampung aku', pasal ada la beberapa officer yang poyo dengan aku sebelumnya, dan diaorang ada sama waktu tu..Masa dulu-dulu diaorang 'eksyen' kerja dengan sebuat Bank yang hebat, dan pastinya bahasa Inggeris diaorang tu 'class'...siapalah aku ni kan kan kan....Tapi nak buek camno - dah memang itu bahasa original aku...terkejut beruk gak diaorang semalam...kwang kwang kwang...... So insiden semalam adalah - menyelam sambil minum air...

Saturday, April 30, 2011

Westminster Abbey - Tuanku Mizan Zainal Abidin




Tuanku Mizan Zainal Abidin, King of Malaysia, (R) arrives at the West Door of Westminster Abbey in London for the wedding of Britain's Prince William and Kate Middleton, on April 29, 2011. 



Kad Jemputan kepada 1,900 jemputan. Didatangi seramai 40 Raja Berdaulat. Menarik juga. Kerajaan Beraja memang tak banyak kat dunia ni. Lebih menarik lagi, walaupun Raja & Pemerintah ini tidak dikenali, tetapi mereka dijemput.

Yang dicicirkan adalah Presiden Amerika Syarikat - Obama, Presiden Perancis - Nikolas Sarkozy. So, memang betullah. Buckingham Palace dah buat homework. Status Royal berbanding President memang tak sama. 


Teringat cerita - Edwardian Country House masa aku duk England dulu..

Moga rakanku yang berbangsa Eropah, tidak membutakan pandangannya akan kedatangan Tuanku Mizan ke Westminster Abbey. Aku masih ingat kata-katanya (yang mencerminkan pemikiran penjajah) iaitu 'rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk datang ke England, kerana Malaysia mendaulatkan Queen Elizabeth sepertimana Australia'


Dengan gambar diatas, aku harap beliau faham, bahawa Bangsa yang mempunyai Raja, tidak perlu bernaung dibawah Queen Elizabeth dan memartabatkanya seolah-olah 'menumpang & mengemis' kepada England. 

Kata-kata beliau mencerminkan yang Raja-raja lain, sekiranya tidak berkulit putih dan dari Eropah, adalah berstatus Kelas 2. Aku rasa aku layak menterjemah kata-katanya, kerana aku cukup mengenal beliau yang amat berbangga akan sejarah bangsanya menjajah negara lain di Amerika Selatan.


Sesungguhnya, aku cukup puas hati dengan gambar itu, setidak-tidaknya aku ada sandaran, bahawasanya bangsa aku berMARUAH..

Memandangkan telah tercatat didalam sejarah, Tanah Melayu merupakan jajahan British & lain-lainnya untuk ratusan tahun lamanya. 

Pada 2011, Jemputan ini membuktikan Kesultanan Melayu itu sendiri diiktiraf setaraf sebagaimana Royal House yang lainnya. 

Bererti British turut mendaulatkan Kesultanan Tanah Melayu itu sendiri akhirnya. 

Jadi, apakah Kesultanan itu sudah tidak perlu. Setelah mendapat maruah dan pengiktirafan dari bekas 'Masters'?

Mudah untuk kita ber retorik, dengan segala macam teori tentang pentadbiran dan pemerintahan. Tapi, bila puncak kedaulatan dicapai, wajarkah ia di campak semula ke lantai, dan dirobek -robek atas nama 'dunia sudah berubah'. Atau mereka yang pernah 'mengikut oder baru' ini akhirnya merasa sesal tidak kesudahan?

Artikel Utusan Malaysia ini menjawabnya..



Sistem beraja penyeri dunia
Oleh Zin Mahmud


JUMAAT lalu pewaris takhta Britain, Putera William, 28 tahun melangsungkan perkahwinan dengan Kate Middleton yang disaksikan kira-kira dua bilion penonton melalui televisyen di seluruh dunia. 


Itu belum lagi dikira penonton melalui Internet.Tidak syak lagi bahawa perkahwinan diraja ini menarik minat dunia, walaupun sebahagian besar daripada mereka tentunya tidak ada kaitan dengan Britain.


Juga ternyata bahawa keluarga diraja Britain ini adalah paling dikenali dan popular di dunia yang kini mempunyai 43 negara mengamalkan sistem beraja.


Apa saja isu mengenai keluarga diraja Britain, pastinya menarik perhatian dunia. 

Buat masa ini, 16 daripada negara-negara itu menganggap Ratu Elizabeth II sebagai raja mereka. Baginda adalah satu-satunya raja yang menjadi ketua negara bagi begitu banyak negara di dunia, iaitu selain daripada negaranya sendiri. Semua negara-negara itu adalah bekas tanah jajahan dan terus mahukan supaya raja Britain menjadi ketua negara mereka.


Namun begitu, bukanlah tidak ada gerakan yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara-negara itu. Di Australia yang pernah menjalankan pungutan suara untuk menentukan sama ada mahu mengekalkan sistem itu dan ternyata lebih banyak rakyatnya yang masih mahu mengekalkan sistem beraja tetapi juga di Britain sendiri.


Kumpulan yang menentang sistem beraja di Britain bernama Republic Campaign. Menjelang majlis perkahwinan Kate dan William ini, mereka turut berkempen memperjuangkan supaya Britain dijadikan republik.


Walaupun kumpulan ini mempunyai pengikut tetapi majoriti rakyat Britain kelihatan bergembira dengan sistem beraja dan turut menyambut majlis perkahwinan diraja dengan rasa gembira dan bangga.


Perubahan


Tetapi bukan hanya mereka yang seronok mengikuti majlis perkahwinan diraja itu, tetapi juga orang ramai di seluruh dunia. 


Hakikatnya, sistem beraja Britain ini menjadi penyeri dunia.


Dalam sejarah manusia, sistem beraja muncul sebagai perkembangan tamadun ekoran perubahan cara hidup manusia daripada berburu kepada pertanian.


Daripada sistem beraja inilah wujudnya empayar-empayar besar. Ada masa-masa tertentu muncul juga sistem republik pada zaman Yunani dan juga Rom. Tetapi umumnya semua empayar dan kerajaan kembali kepada sistem beraja.


Ketika zaman imperialisme, Britain muncul sebagai empayar besar di bawah raja-raja mereka. Walaupun kemudian muncul kesedaran demokrasi di negara itu dengan mempelopori sistem pengehadan kuasa raja melalui Magna Carta, sistem monarki kekal di situ.


Hanya apabila wilayah-wilayahnya di Amerika Utara memberontak untuk membentuk Amerika Syarikat, maka muncullah sebuah republik yang bukan saja menolak pemerintahan Britain tetapi juga sistem beraja.


Namun begitu, sebahagian wilayah jajahan Britain di Amerika Utara iaitu Kanada tidak pula mahukan sistem republik. Walaupun kemudian menjadi sebuah negara merdeka, Kanada tetap mahukan sistem beraja dikekalkan dengan ketua negaranya adalah yang sama dengan apa yang dimiliki Britain. 


Tetapi revolusi terbesar yang menumbangkan sistem beraja berlaku di Perancis, tidak lama selepas Amerika Syarikat ditubuhkan. Itupun apabila Napoleon Bonapharte muncul, Perancis kembali mengamalkan sistem beraja. Kini Perancis adalah sebuah republik.


Dari segi teorinya tentulah dalam demokrasi, iaitu pemerintahan oleh rakyat, negara seharusnya berbentuk republik. Ini kerana sesiapapun warganegara ada peluang menjadi ketua negara, dan tidak terhad kepada keluarga diraja.


Tetapi sepanjang sejarah dunia, sistem republik tidak menjamin demokrasi dan keadilan. Ada kalanya republik lebih menindas rakyat dan menafikan hak warganegara. Sebaliknya sistem beraja boleh menjadi demokratik melalui perlembagaan.
Di dunia hari ini, terdapat 38 negara, termasuk Malaysia yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Banyak negara itu pula bukan saja demokratik dan stabil tetapi maju.


Tiga negara Scandinavia iaitu Denmark, Norway dan Sweden umpamanya dikenali berada dalam rantau paling maju, demokratik dan stabil memiliki sistem raja berperlembagaan. 


Mereka juga dikenali sebagai negara berkebajikan melalui pentadbiran popular yang diasaskan oleh parti-parti sosial demokrat atau sosialisme demokratik.


Inilah ironinya dengan sejarah fahaman politik. Sosialisme Demokratik ini mempunyai asal yang serupa juga dengan Komunisme. Mereka lahir daripada Revolusi Industri sebagai usaha membela pekerja-pekerja yang tertindas oleh kapitalis-kapitalis yang memiliki kilang pada kurun ke-19.


Sambutan Hari Buruh iaitu pada 1 Mei yang jatuh pada hari ini adalah manifestasi kepada perjuangan membela para pekerja yang tertindas itu. Tentulah dalam perjuangan menuntut persamaan hak dan kebajikan ini, mereka melihat bangsawan dan tentunya raka-raja sebagai penindas.


Namun gerakan sosialisme ini berpecah dua. Yang satu dinamakan komunis, manakala satu lagi dinamakan sosial demokrat.
Golongan komunis mengambil sikap menolak sistem beraja dan mengambil jalan revolusi. Maka antara hasil perjuangannya ialah Revolusi Rusia pada tahun 1917. Mereka bukan saja menggulingkan rajanya dan menubuhkan republik komunis tetapi juga membunuh semua ahli keluarganya.


Penghormatan


Tetapi ternyata sistem komunis di Rusia tumbang. Kesatuan Soviet dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah negara demokratik . 


Walaupun Persekutuan Rusia sekarang merupakan sebuah republik, tetapi mereka mengambil lambang raja mereka dahulu sebagai simbol negara. Ternyata mereka memberi penghormatan kepada raja yang pernah mereka gulingkan.


Sebaliknya fahaman sosial demokratik percaya perjuangan untuk rakyat wajar melalui sistem demokrasi pilihan raya. Mereka tidak menentang sistem beraja.


Maka parti-parti sosial demokrat memerintah dari masa ke semasa di banyak negara Barat dengan mengekalkan sistem beraja, walaupun berbentuk perlembagaan.


Antara parti-parti ini termasuklah Parti Buruh di Britain, Australia, Kanada dan New Zealand yang terus mahu mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka.
Ketika Britain menjajah banyak wilayah di dunia, mereka terus mengekalkan sistem beraja di tanah-tanah kekuasaannya termasuk India dan Tanah Melayu.


Hanya selepas Perang Dunia Kedua, Britain mahu menghapuskan sistem beraja di Tanah Melayu melalui Malayan Union. Gagasan ini mengubah kedudukan Tanah Melayu daripada wilayah naungan dengan kedaulatan pada Raja-raja Melayu kepada tanah jajahan di bawah raja Inggeris.


Andai kata orang Melayu tidak menentang Malayan Union dahulu, mungkin akhirnya Malaya merdeka juga, tetapi dalam bentuk republik. Ternyata usaha menentang Malayan Union membawa kepada pengukuhan sistem beraja di negeri-negeri Tanah Melayu hingga akhirnya mewujudkan Malaysia.


Pada zaman menentang imperialisme sekitar tahun 60-an, dapat dilihat kemunculan banyak republik baru di Afrika dan Asia.
Setelah 50 tahun berlalu, banyak republik-republik ini menjadi negara gagal di mana rakyatnya terus susah akibat kemunduran negara.


Sebaliknya Malaysia bertuah. Walaupun mengamalkan sistem beraja yang paling unik, negara ini berjaya lebih maju daripada republik-republik lain.


Tradisi Raja-raja Melayu pula mempunyai sejarah silam sejak zaman kerajaan Champa dan Sri Wjjaya. Sistem kerajaan Melayu bertebaran di seluruh Nusantara, dari Pattani hinggalah ke Manila.


Apabila masuk ke era moden, banyaklah kesultanan ini dimansuhkan, sebahagiannya oleh penjajah tetapi banyak daripada oleh gerakan nasionalis sendiri.


Di Sumatera, Raja-raja Melayu dimansuhkan semasa Revolusi Indonesia. Kini sistem beraja Melayu hanya kekal di dua negara iaitu Malaysia dan Brunei. Tetapi kedua-dua negara ini, atas banyak faktor adalah lebih makmur daripada negara-negara yang memilih sistem republik di Asia Tenggara.


Sememangnya tidak boleh dikatakan sama ada republik atau sistem beraja yang menjamin kejayaan sesebuah negara. Ini kerana terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira.


Tetapi rekod membuktikan sesuatu kejayaan.

Tuesday, April 26, 2011

Hari Paskah

Sewaktu aku pergi ke Filipina, untuk melihat dengan mata sendiri, bagaimana penganut Katolik menyalib diri mereka, dan diletakkan ditengah panas. Aku bernasib baik, kerana mendapat izin dari Tentera yang berkawal, untuk naik ke Bukit tersebut. Gambar disebelah kiri adalah gambar orang yang menanti untuk disalib. Aku berada dibahagian kepalanya. Aku melihat sendiri bagaimana paku tersebut menembusi telapak tangannya.

Aku masih ingat lagi bagaimana penat aku waktu sampai disitu. Ia adalah perjalanan yang cukup pantas, kerana pada malam sebelumnya, aku hadir Kenduri Doa Selamat & Bacaan Yassin, di Putrajaya, dan kemudiannya aku singgah di Cheras, untuk duduk minum. Kemudian aku terus pulang, sampai dirumah sekitar jam 1 pagi, dan terus mengemas barang, menunggu teksi untuk menjemput ku ke LCCT. Teksi hadir tepat jam 3 pagi, dan seterusnya aku sampai di LCCT & naik kapalterbang.

Ini adalah kali pertama aku ke Filipina, perjalanan yang sepatutnya dibuat lama dulu. Aku gemar melihat perkara yang berlaku, itu betul-betul menyaksikannya. Memandangkan aku berada di Malaysia, dan Filipina pun tidaklah jauh mana, aku terus menempah tiket Air Asia, Aku juga bernasib baik kerana - dapat tiket harga promosi.

Aku mengganggap ini semua adalah, menguji dan mengasah kemahiran aku. Seperti biasa, aku tak buat 'kajian mendalam' berapa jauh bukit tempat orang disalib ini dari airport, dan macammana nak ke sana. Aku cuma tahu, aku ada bilik, dan aku dah booking orang hotel jemput aku. Orang hotel pun tak tahu aku sebenarnya nak tengok bukit Santa Lucia ini.

Cabaran ini memang menarik. Turun sahaja dari pesawat, aku berdepan dengan imigresen yang 'memenatkan' aku. Selesai aje aku 'meyakinkan mereka' (juga terimakasih pada pengalaman aku yang lepas-lepas, aku dapat settle cepat dgn mereka), aku meluru keluar, dan pekerja hotel dah menunggu. Bila dah dalam kereta, baru aku cakap, aku nak pergi tengok orang kena salib. Memang dia pening sekejap. Tapi, dia juga ada experience. Dia uruskan sampai aku tiba di Bali - Bago (memang dia pecut gila ke sana) - kerana penyaliban akan berhenti jam 3 petang, dan aku sampai ke Filipina (buat pertama kali dalam hidup aku ni, dah jam 12.30 tengahari (itupun pasal kena tahan kat imigresen, kalau tidak takde la kejar masa sangat)...

Sampai di Bali Bago, aku turun, dan melihat ramai sedang angkat sumpah didepan gereja. Jalan penuh dengan percikan darah. Dari bandar SM sampai ke Bali Bago.  Di gereja, ada khutbah, yang aku tak faham. Tapi melihat yang tengah mengangkat sumpah dengan badan berdarah-darah, dah cukup buat aku ngeri, tapi biasalah aku ni, dah ngeri pun berkeras juga nak ke Santa Lucia...

Sampai juga - sepupu pada pekerja hotel tu. Dia tengah mengayuh beca. Kata pekerja hotel tu, jalan sesak, dan kereta tak akan dapat sampai ke atas bukit tu. Jadi aku pun, terus melompat masuk beca. Dalam hati aku kata, dapat tengok sorang pun jadilah...Tak sia-sia aku datang dari Kuala Lumpur.. Beca dipanggil - PADJAK. Aku naik PADJAK lah ni..Dia lalu celah-celah BARANGAY (cakapnya orang sini - kampung setinggan ). Aku lalu celah - celah kampung tu. Ada la sorang budak, yang berpaut kuat pada beca tu, nak minta duit. Aku memang kesian, tapi aku tak boleh nak bagi, pasal itu menggalakkan dia buat kerja bahaya ni. Dia baru umur 6 tahun. Tapi mak bapa dia entah kat mana....

Selepas lalu lorong-lorong ni semua (memang happening betul, jantung aku berdegup kencang, tapi aku bukan panik apa2, Cuma memang aku tahu aku dah dekat nak sampai, menyaksikan sesuatu - koleksi pengalaman mengembara aku akan bertambah..),...masuk semula ke jalan besar. Terlihatlah aku akan pelancong pelancong Amerika, dan lain-lain... (sempat juga aku puji diri aku sendiri - terdetik dihati ku - pandai juga aku pilih laluan dan orang untuk menyelaraskan aku, tanpa ada pemandu pelancong, kalau tidak memang kandas juga aku...dengan kali pertama jejakkan kaki pun, aku mampu sampai sama ketibaaan dengan pelancong-pelancong mewah yang diaturkan agency ini)...

Sampai di satu tempat macam padang, dengan penuh kepayahan memberi penerangan (perkara biasa bagi seorang pengembara macam aku) - penarik beca tu kata, dia cuma boleh hantar sampai setakat ini, tapi aku kena jalan kaki...sampai ke kaki bukit, dan kalau nak tengok dari dekat, ada 2 rintangan. pertama aku kena panjat bukit tu, kedua - aku kena berjaya yakinkan security keselamatan yang berkawal, kenapa aku layak untuk naik...aku bukan orang penting, reporter pun bukan... Nasib baik aku faham apa dia cakap...Tapi aku memang terkenal degil dan takkan mengalah...Aku berlari (padahal aku pun tak pasti arah aku tu betul ke tidak, nasib baik betul)...aku jumpa juga bukit tu...Aku memang tak puas hati pasal ramai orang berkerumun...ada gallery, tapi dah penuh dengan reporter satu dunia dan pelancong...Aku tak datang dari KL, dengan tak cukup tidurnya...hanya untuk tgk dari jarak jauh, aku dahlah pakai compact kamera bukan ada zoom pun, lepas tu aku takde teropong...

Alhamdulillah - orang berusaha, takkan sia-sia..Aku gunakan logik, semua orang duk tgk depan (mengadap orang-orang yang disalib), Aku kata, baik aku pergi belakang bukit, kalau dapat panjat naik, memang aku akan panjat.... Aku pun lagi sekali  berlari ke belakang bukit (bayangkan dengan penat dari malam sebelumnya, dengan bergaduh di airport, dengan juga kali pertama dengan sekeliling, aku main selamba je macam dah biasa...) Cuaca teramat panas, orang keliling cakap ape benda ntah, aku pun tak faham..Tapi aku tetap nak naik bukit tu..Aku akhirnya sampai juga kat belakang bukit tu...

Gambarnya (atas sebelah kiri), ada juga orang disitu, dia adalah anggota tentera yang berkawal. Dia yang ambilkan gambar aku ini. Mulanya dia larang aku masuk belakang bukit, selepas dia dengar aku cakap, aku menunggu dah bertahun-tahun nak tengok benda ni dengan mata kepala aku sendiri, dan aku tak sempat berehat ape benda pun. Turun pesawat terus pecut ke bukit ni. Dia bagi kebenaran aku panjat bukit. Akhirnya dia dan anggota se-rejimennnya jadi kawan aku  sekarang...

Buktinya..dapatlah aku ambil gambar jarak dekat - dari angle kepala orang yang nak dipaku telapak tanngannya.. Hebat la juga aku kakakaka..... - National Geographic pun kena duk kat Gallery je dengan zoom panjang diaorang...

Seronok - kata orang kampung aku 'adrenalin high'... memang thrill, pergi tempat (negara plak tu - yang turun pesawat je, segala - galanya benda baru buat kita...) dan terus pecut ke tempat dan kena berlari, berunding, cepat fikir ruang kat mana dan peluang yang ada...Phewww best..(bila dah selesai la....dengan selamat...) Mungkin sebab tu aku dah syok mengembara macam ni. Aku tak minat melancong dah... Cara adventure macam ni lagi best.... A Man Got to Be A Man....

Friday, April 15, 2011

Trailer - Sapu Tangan Merah (Nazim Othman)

When I first watched it, it was because I was already in front of the telly, and was too lazy to move. However, magically, as I was watching, I develop the interest to know the end of the story. Initially, I really thought, it is just going to be another lovey duvey kinda stuff.

I did not go very far wrong, but again, the way the whole story being depicted was something which I do not expect to see on a Malaysian tv. It was a real honesty, a real sense of how the culture really is like. Sentimen memainkan perasaan bersalah, memaksa bila orang sudah tak mampu, suasana tertanya-tanya, suasana mengambil kesempatan - walaupun ada ikatan persaudaraan... so, this were the reasons I was glued to my seat, and was wide awake despite the fact that, I was really tired, and have to drive elsewhere.

Kudos, for I have to admit, Nazim played a very good part, in this movie, right from the very beginning when he woke up, open the window of his room, and saw his mom (in the movie) watering the plant.. I was wondering, what is next connotation to the rest of the movie.

The most dissapointing part was the 'kes ragut', as I mentioned in his fan FB, that the blood was not real, and I do have a phobia seeing, not the blood, but how he wanted to block the knife. 

The part which made me angry was the part, when his 'uncle' was lying to his mom, and concocted some made up stories about how he was working with him. I mean, that sound so damn familiar.... (so again he played the part being victimised well)

As for the his 'expression', I must say, the part when he panicked after he accidentally stabbed his uncle - that was real.. on his face...

The 2nd part was - when he was in front of the patrol car - I mean, that is so real, perhaps, I recall certain incidences, but let me spare those minutiae details, since it is not my thoughts that matters, but how he portrayed him self well...

Congrats to you Nazim. Hope you play better. To be honest, I seldom watch tv, and it was the first time, I saw you on TV, and when I checked I realised you acted in Awan Dania. So, I felt stupid for my ignorance not knowing that you are a 'prolific' actor...

Hope it is ok, that I borrowed your trailer for this article.. Thanks also for your response when I mentioned it in your FB

Cheers..

Thursday, April 14, 2011

2-2-2010

Gambarnya sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang boleh aku kata... Sikap berhati -hati tetap perlu ada, makanya kemahiran seperti perumpamaan 'melihat ikan di air sudah tahu jantan betinanya..' teramat perlu pada waktu ini
Ingatan yang bermain difikiran ku - cakap siang pandang - pandang, cakap malam dengar- dengar. Memang tertekan, tapi aku cuma manusia... Tiada gunanya sudah terantuk baru tengadah, jangan sampai pisang berbuah dua kali...



1. Hakikatnya...kehidupan penuh dengan liku-liku yang perlu dilalui..

2. Kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai..

3. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa..

4. Sesungguhnya lidah itu sendiri lebih tajam dari mata pedang, maka gunakan sebaiknya bagi membetulkan keadaan.. Itu kewajarannya hirisan lidah itu sendiri dari menyinggung... Gunakan untuk kebaikan...bukan untuk perpecahan...

5. Semasa aku belajar teologi, konsepnya adalah mencari kebenaran. Kebenaran tetap wujud walaupun yang bercakap itu mungkin tergagap..Jadi, mencari kebenaran melalui perbahasan bukanlah kaedahnya kerana yang tergagap tak mungkin lancar menyampaikan hujahnya..Apakah yang tergagap itu terlencong kebenarannya? Makanya, kesianlah pada yang bisu, kerana kebenaran yang diyakininya tak mungkin akan terungkap sampai bila-bila pun, walaupun mungkin kebenaran yang dimilikinya adalah kebenaran diatas segala kebenaran...

6. Bila aku bercakap untuk menyampaikan - aku sentiasa mengingatkan diri aku - biarlah sekiranya pandai, maka cakap aku boleh diikut, sekiranya masih bodoh, maka boleh aku ini diajarkan...

Pada yang memahami..ingatlah..langit tidak selalunya cerah..tapi bila awan mendung berarak..mentari akan menampakkan sinarnya kembali..walaupun pada waktu tersebut, kelihatan panasnya tidak ke petang, kerana hujan ditengahari.

Bagaimanapun, aku berdoa untuk tidak melalui saat-saat begini lagi... Walaupun aku cuma posmen... yang menyampaikan... Tapi, berani kerana benar, takut kerana salah.

Pesan aku pada yang bertanya pada waktu itu - tanya soalan bodoh, maka dapatlah jawapan bodoh dari aku. Bukan angkuh, bukan ego, tapi bila jatuh tersungkur, yang bertanya mungkin akan bertepuk tangan dari menolong...

Kawan ku dari Scotland pernah berkata - who said life is fair....

Kawan ketawa itu ramai, kawan menangis mungkin tiada...

Zahiril Adzim: senjakala

Zahiril Adzim: Senjakala: "Kan aku kata ada pengumuman lagi satu, ini lah dia. Mungkin ramai yang sudah tahu, mungkin ada juga yang tak tahu atau mungkin ada yang buat tak tahu..."

Wednesday, April 13, 2011

Sibu - Sarawak

Sekarang, Sarawak tengah hot untuk pilihanraya disana. Semenjak kebelakangan ini, aku dihujani sms, dari orang Sibu (yang aku kenal baik), akan bagaimana perasaan mereka. Mereka yang aku kenali, cenderung untuk menyeberang ke sebelah satu lagi. Bagaimanapun, mereka ini, bukanlah referendum pada aku, ini cuma mereka yang aku kenal, dan aku tak kenal keseluruhan warga kat sana pun, jadi apa yang aku nak ulas ialah - corak pemikiran rakan Sibu aku ni dan juga cara dia menilai...

Dia seorang muda yang dewasa, berusia lewat 20an. Pernah duduk di Semenanjung, dan pernah juga duduk dengar ceramah ustaz yang datang. Dia amat memahami budaya disini. Kemudian dia pulang ke Sarawak, kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Dia mula membina kehidupannya semula disana. Disana, dia memang ada susur galur keluarga yang kaya, walaupun dia sendiri tidak kata dirinya orang kaya. Dia ada perasaan tidak puas hati kerana, tidak dapat mendaftarkan syarikat untuk menguruskan harta 'hasil bumi' milik keluarganya.

Dari awal lagi dia mengeluh, katanya, pegawai disana, lembab, tak layan orang, katanya pegawai disana (Sibu) ialah orang dari Semenanjung, jadi tak mengerti cara di sana. Aku tidak boleh komen, ini cakap dari luahan orang tengah marah. Tapi aku kata, kalau susah, sangat, datang lah ke KL, daftarkan syarikat tersebut. Tapi dia tak datang-datang pun.

Kemudiannya, dia mengeluh, katanya dia tak dapat ambil pekerja asing untuk bekerja di 'hasil bumi' keluarganya. Dia kata, dia kena 'hulur' supaya pekerja dia tak kena tangkap.

Kemudian, tibalah waktunya sekarang - Pilihanraya. Dia memang dah marah sangat dengan apa yang jadi pada dia, dia kata dia akan sokong sebelah yang satu lagi.

Aku cuma kata - 'marah pada pegawai, pegawai tu orang yang makan gaji, tapi yang dihukum orang politik'. Pasal apa aku cakap macam tu - pegawai tu, tak kisahlah kerajaan mana yang perintah, dia tetap kat situ sampai pencen pun, bukannya dia akan hilang kerja, bila kerajaan bertukar, jadi budaya kerja dia, kalau malas, tetap malas, kalau sombong, tetap kekal sombong, tak kira lah siapa Menterinya...'

Inilah dia, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Dia complaint lagi, katanya, apa pembangunan yang ada di Sibu. Dia sms - 'abg dah datang Sibu dulu, tengoklah, dari time tu sampai sekarang tak ada perubahan apa2'. Aku jawab, setidak-tidaknya, rumah kat sana, lagi besar dari rumah kat Semenanjung (memandangkan dia ni orang bandar, duduk pun rumah batu tersergam indah).

Nasihat aku pada dia - 'jangan marah kerana kita tak dapat apa yang kita hendak, sampai kita pejam mata dengan apa yang kita dah ada' - belajarlah bersyukur..

Aku kata juga - aku juga banyak kali dimaki, di carut - marut oleh pegawai kat Putrajaya dulu, tapi aku tak boleh nak kata dia walaupun orang pentadbiran, dia pun sokong kerajaan. Tak semestinya. Tapi kalau kerajaan dah buat yang termampu, tapi masih nak dihukum, disebabkan 'hati terguris', itu boleh dibuat ukuran, sejauh mata kematangan kita ini menilai.

Jadi bila buat keputusan, disebabkan tersinggung dan merajuk, aku rasa, tahap kematangan menilai pemimpin, masih lagi keanak-anakkan. Budak-budak je yang cepat merajuk dan terasa.

Kalau mengikut kaedah pemikiran orang putih - protes itu boleh, tapi lakukan dengan cara yang berhemah, efektif, tetapi juga bukan sampai menumbangkan segala-galanya sampai saki baki manfaat yang boleh dicapai pun terhapus sama. Itu bodoh sangat kata diaorang. Jadi bila aku mendengar dia kata - 'kasi cuci bersih', aku cuma geleng kepala. Pada fikiran aku waktu tu - meruntuhkan sesuatu memang mudah, tapi nak membina semula teramat payah. Bagi yang memegang konsep 'vacuum cleaner ni', memang dia terlalu teoritikal dan tidak boleh merasionalkan secara berpada-pada.

Pepatah Melayu - buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Konsep dalam Islam - Besederhana adalah yang terbaik - sebab tu nak makan, pun tak boleh terlalu kenyang)
Konsep Ekonomi - titik equilibrium (cari lah titik keseimbangan - bukan terlalu berlebih pada salah satu dari keduanya)

Tolonglah rasional sikit...Menjadi orang yang berpengetahuan kerana membaca - masih lagi teoritikal (jadi bila baca akhbar - telahan, tilikan orang lain, janganlah dengan secebis pengetahuan yang dikutip dari penulis tersebut, membuatkan kita angkuh jadi Professor serba tau).  Tapi yang paling payah ialah menghidupkan ilmu yang kita tahu...Itulah cabaran sebenar...

Corak Pemikiran

Di Jerman, orangnya terkenal suka 'complaint', serba tidak kena. Aku berpegang pada pandangan bahawa, disebabkan sikap mereka yang suka 'complaint' menyebabkan apa yang mereka buat untuk orang lain, haruslah yang terbaik dan memerlukan kualiti. Jadi, kita tidak terkejut akan popularnya Mercedes Benz.

Pernah aku bertanyakan kepada rakanku, kenapa, bila dia 'tersilap', dia akan menggelabah. Dia kata - 'sekiranya kita buat salah, kita akan terus melakukan kesalahan untuk membetulkan kesilapan yang pertama'. Ungkapan ini sama, seperti - 'sekali kita berbohong, kita akan sentiasa terpaksa terus berbohong untuk menutup pembohongan pertama'.  Aku setuju dengan falsafah yang dipegang oleh rakan bangsa Jerman ku itu.

Seperkara lagi -yang aku tidak akan lupa, akan kata-kata seorang lagi rakanku, juga seorang Jerman. Katanya - di Jerman semua orang adalah polis. Jadi, sebab itu jenayah kurang.. Semua orang memerhati yang lain. Cuma, aku rasa agak terkilan, sampaikan nak bagi itik yang berenang dikolam pun, menyalahi undang-undang sana.

Berbalik kepada soal - 'complaint', ia pasti akan menghasilkan tekanan minda bagi membolehkan kita mempersembahkan yang terbaik, bila berurusan dengan mereka.

Aku ingin mengaitkan dengan soal budaya kita. Aku cenderung untuk berfikiran strategik, jadi aku tidak begitu pentingkan soal-soal tactical bila perkara strategik ada didepan mata.

Jadi, kemampuan untuk 'membuat keutamaan', iaitu memilih, perkara mana yang lebih penting, dan perkara mana yang kurang penting secara tepat amat perlu. Sekiranya, aku bertembung dengan seorang pelajar, yang tidak pergi ke kelas, kerana terlelap, disebabkan pada malam sebelumnya, dia pergi 'dating'. I see that as a serious problem.

Begitu juga, aku akan menolong rakanku yang teraniaya, sekiranya berlaku musibah keatasnya, tetapi aku tidak boleh untuk menyokongnya sekiranya terbukti dia salah. Kekerasan Minda yang sebegini adalah perlu. Menolong supaya orang itu boleh membantu dirinya sendiri. Bukan, menolong sehingga orang itu tidak perlu buat apa-apa langsung. Bila dia akan belajar akan silapnya kalau bersikap lepas tangan. Tapi, ini juga ada didalam budaya bangsaku. Bagaimanapun, you do not need to break the rules, but you can bend the rules.

Kalau kawan aku 'dipukul', aku kena tolong hantar dia ke klinik, tapi kalau kawan aku bergaduh dan cedera, dan punca pergaduhan itu adalah tactical, seperti isu cemburu, contohnya. Then, sorry to say, I tak boleh nak layan. Memang aku boleh bagi kaunseling, disebabkan aku boleh bagi kaunseling lah, aku nampak, dimana usaha bergaduh tadi tidak sampai kemana.  Bagi yang beria-ia nak bergaduh, pada aku, itu lebih kepada soal EGO, satu lagi faktor tactical dalam pemikiran manusia.

Persoalannya, dimana Ego itu perlu diletakkan?
Aku tidak menjawab soalan ini sekarang, kerana belum terfikir akan contoh dan metaforanya. Tetapi, memang ada.

Sikap Sambil Lewa
Ini adalah juga antara sikap yang ada pada kita disini yang jauh berbeza dengan orang kat Jerman. Aku pernah ditegur oleh rakan ku yang memang terkenal dengan sikap - mementingkan santai dan leceh-leceh. Katanya aku ini macam robot. Dia juga mengatakan, yang kita ini, bukan macam orang Jerman, jadi tak perlu lah nak ikut sangat. Dia mengumpamakan sikap aku yang akan tergesa-gesa menepati waktu seperti orang yang 'kelam-kabut'. Semudah itu dia menilai, dengan kaedah menilai yang entah dari mana diterima pakai olehnya. Sekali lagi, aku melihat ini permasalahan ego...

Pada masa yang sama, aku juga kagum, bila dia sanggup bergaduh mempertahankan rakannya yang memang salah, contohnya 'kaki barang', yang bila dia dah 'high', dia akan terus bersantai dengan rakannya ini. Inilah yang membuatkan aku rasa kesian pada dia. Apalah sangat keseronokan bersantai dalam bilik sempit dia tu, dibandingkan dengan dunia yang luas terbentang, dia hanya perlu mengubah pemikiran dia sahaja.

Bila aku melihat akan aliran pemikiran dia, dan sikap menjulang libur dan santai. Itulah yang dia akan dapat, dan setakat itulah keseronokan yang dia dapat, hanya pada tahap tersebut. Setiap sesuatu memerlukan pengorbanan, jadi, kalau dia sanggup korbankan santai murahan dia, mungkin dia boleh pergi lebih jauh. Tapi, padanya - 'aku adalah aku, kau adalah kau'...

Jadi dia memasang prinsip dalam dirinya diatas platform yang salah. Kebenaran itu bersifat universal, 'main barang' memang salah. Bersantai itu tidak salah, tetapi berlebihan bila bersantai memang salah, hatta makan berlebihan pun adalah salah. Jadi kalau dah salah main barang, maka salahlah ia, tak guna menegakkan benang basah..

Jadi, pemikiran siapa yang lebih mempunyai roh keIslaman sebenarnya? Orang Jerman, atau rakan ku ini..

Aku tidak berkeinginan menJermankan diri aku. Aku cuma menghayati elemen yang sesuai, bagi membolehkan aku meneruskan keseimbangan hidup diantara Timur & Barat. Secara kebetulan elemen yang positif banyak aku belajar semasa di Jerman dan dari orang Jerman sendiri.

Sikap sambil lewa- bila nak buat sesuatu kerja, samada bertangguh ataupun berhenti-henti..kadang-kadang makan masa berjam-jam.

Mesti nak hisap rokok dulu sebelum meneruskan perjalanan. Aku tidak kisah akan rokok, tapi aku lebih pentingkan masa yang berjalan, kerana ia tidak datang kembali. Sanggup lewat semata-mata nak menghabiskan rokok sebatang. Bila aku kata. terlalu mementingkan 'feel sedutan asap' dari perkara yang emergency... marah pulak..

Manja - bila dia kena buat sesuatu, dia akan buat sesantai mungkin, bila disuruh lebih, katanya penat...Inilah lagi budaya dalam bangsaku, yang selalu buat aku marah...

Bila buat pun, mesti nak ikut mood...takde mood tak boleh buat. Bila tengah buat kerja yang serius, kawan panggil ada masalah 'bergaduh dengan awek', kerja pun sanggup tinggal...Satu lagi kesilapan gagal membezakan soal strategik (kerja) dengan soal taktikal (soal peribadi yang tidak akan ada penghujungnya..)

Jadilah bangsa kita ini penat dan semput, kerana semua perkara dikelam-kabutkan dengan bermacam perkara yang turut bertenggek..

Bila kita berkeras memisahkannya, kita dikatakan robot pulak...
Tepuk dada, tanyalah selera..

Tuesday, April 12, 2011

Visa dalam Paspot

Semalam aku terbaca diakhbar The Star, tentang tiada keperluannya untuk visa pelancong buat rakyat Malaysia ini untuk ke UK. Bila sahaja membacanya, aku menarik nafas lega. Banyak kelegaannya bila tiada visa.

Antara negara yang aku pergi dan memerlukan visa ialah Russia, Amerika & Jepun, selain dari Arab Saudi.

Aku mohon visa Amerika, pada waktu tersebut aku masih lagi menetap di London. Sungguhpun aku di London, tapi aku tak lupa akan kesombongan pegawai visa Amerika. Masih terbayang akan aku, bagaimana mereka mengangkat kedua belah tangan, sambil mengeleng kepala dan berkata - "jangan tanya saya apa - apa, saya tidak perlu jawab soalan sesiapa, masukkan sahaja paspot dalam peti ini", itu kata-katanya kepada pasangan warga emas di UK. Aku dibelakang mereka, melihat akan sikap tersebut, aku terus pergi ke Post Office, dan beli envelop, terus aku masukkan paspot aku kat dalam envelop tu. Pergi semula ke US Embassy London, dan masukkan dalam peti tersebut.

Untuk itu aku puji Post Office UK. Aku terima paspot aku dalam peti surat (beserta dengan visanya sekali) selepas 3 hari. Tak terjadi kes kehilangan dokumen melalui pos biasa di England. Untuk itu, memang aku tabik UK Post Office.

Selain dari US, aku juga memerlukan visa untuk ke Jepun, dan permohonan tidak lah terlalu sukar (pada waktu tersebut), sekarang aku tak pasti, dah lama tak ke Jepun.

Russia adalah negara yang selalu aku kunjungi. Syukur, setakat ini, aku tiada masalah mendapatkan visa untuk ke Russia. Makanya, ia memudahkan hidup aku. Bila mohon visa last minute pun tetap boleh dapat. Masalahnya ialah slip kertas yang perlu disimpan bersama dengan visa Russia. Ini yang jadi kerisauan takut rosak atau terkena air. Kertas itu sama pentingnya dengan paspot. Hilang kertas tu, silap-silap tak boleh keluar dari Russia.

Negara-negara lain seperti Jerman, France, Sweden dan lain-lainnya tak memerlukan visa. Sebab tu aku cukup seronok pergi sana kerana tiada visa.

Kerisauan aku
Kerajaan British kata, 'ketiadaan visa ini' belum dimuktamadkan. Aku rasa, teramat leceh kalau diperlukan visa, selain akan memerlukan belanja lebih. Visa akan membuat kita tertanya-tanya samada kita boleh atau tidak pergi kenegara tersebut. Ada paspot tapi tiada visa, baik simpan aje paspot tu.

Erti Visa pada aku
Bila Visa tidak diperlukan, ertinya, Negara tersebut dihormati Kedaulatannya, Rakyat Negara tersebut dihormati sebagai individu bermaruah. Bila Visa dikenakan, ertinya negara tersebut tidak setaraf dan rakyatnya berpotensi untuk jadi pendatang haram.

Maka, sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, aku mengharapkan visa tidak akan dikenakan kepada rakyat Malaysia sampai kiamat. Ada rakanku dari India dan Pakistan yang cemburu, bila aku boleh pergi Eropah macamlah aku ni rakyat sana. Mereka perlukan visa untuk setiap negara, tapi aku dengan paspot Malaysia, lepas pergi sana sini. Kecemburuan mereka teramat sangat, sampai ada yang sanggup boikot aku bila aku balik dari Eropah. Aku tak heran dengan kepala dia orang ni. Sebab tu aku tak layan cemburu tak bertempat dia orang.

Pemimpin Malaysia, haruslah berjaya menyakinkan negara lain, yang rakyat Malaysia bukanlah teroris, ataupun minat bekerja secara haram.

Rakyat Malaysia pulak, kalau memang tak suka duduk Malaysia, pergilah menetap kat sana, tapi jangan menyusahkan rakyat Malaysia yang lain. Kalau nak menetap, tolonglah menetap cara yang sah. Kalau jadi PATI kat England, dan menyusahkan aku dari Malaysia ni kena bersoal jawab dengan imigresen UK, jangan salahkan aku lain kali kalau aku keluarkan ayat pedas dalam FB... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....

Aku tahu akan peruntukan untuk British Subject dari Negeri-negeri Selat - tetapi peruntukan ni dah dipinda pun. Dia orang ni (Warga Negeri-negeri Selat ie Pulau Pinang, Melaka & Singapura) yang koyak paspot bila sampai kat UK. Buat puak-puak yang ini, kalau nak sangat jadi omputeh, pergi la, takde sape larang, tapi kalau UK tak terima, jangan mengemis mintak nak balik sini. Dimanakah rasa terima kasih anda sampai sanggup koyak paspot negara ni dulu? Kalau dah jelas menyampah duk Malaysia, teruskan perjalanan anda ke Negara lain, dan tak perlu pulang ke Malaysia...

Setiap kali aku nak ke Jerman dari London, pekerja airport mesti akan tanya, samada aku ada visa ataupun tidak. Setiap kali juga, mereka terkejut bahawa paspot Malaysia ini besar nilainya, sampai tak perlukan pergi negara sedara mara omputeh mereka. Aku bangga sangat bila berlaku 'terkejut diwajah mereka". Tapi ini adalah usaha pemimpin - pemimpin terdahulu. Sekarang ni, ada ura-ura nak kenakan visa. So, kenalah pemimpin sekarang pastikan kelangsungan pemimpin - pemimpin dahulu.

Pernah juga semasa aku di Romania, pegawai imigresen dalam Bucharest sendiri tak percaya, bahawa Malaysia tak perlukan visa untuk masuk ke Negaranya. Aku lihat dari 2 sudut, pertamanya - pada dia, logik ke negara Asia masuk Eropah tak pakai visa? Pada dia, negara Asia ni miskin, so, kalau miskin mesti ada visa masuk 'negara kaya' dia. Keduanya - dia memang tak buat homework.

Macam - macam ragam aku dah temui di airport. Aku pernah 'berperang' semasa di Pennsylvania US, malahan nak balik rumah kat London pun, pernah juga sempat bertikam lidah dengan imigresen kat Stansted Airport. Tapi aku suka airport tu.

So, moga - moga pemimpin Malaysia naikkan nama negara, supaya golongan marhaen seperti aku ni, tak dianggap pengemis bila kesana...

Public Speaking History

The first known work on the subject was written over 3000 years ago, and the principles elaborated within it were drawn from the practices and experience of orators in ancient Greece. In ancient Greece and Rome, oratory was studied as a component of rhetoric (that is, composition and delivery of speeches), and was an important skill in public and private life. Aristotle and Quintilian discussed oratory, and the subject, with definitive rules and models, was emphasised as a part of a liberal arts education during the Middle Ages and Renaissance.
The art of public speaking was first developed by the ancient Greeks. Greek oration is known from the works of classical antiquity. Greek orators spoke as on their own behalf rather as representatives of either a client or a constituency, and so any citizen who wished to succeed in court, in politics, or in social life had to learn techniques of public speaking. These skills were taught first by a group of self-styled "sophists" who were known to charge fees, to "make the weaker argument the stronger," and to make their students "better" through instruction in excellence. Plato, Aristotle, and Isocrates all developed theories of public speaking in opposition to the Sophists, and their ideas took on institutional form through the development of permanent schools where public speaking was taught. Though Greece eventually lost political sovereignty, the Greek culture of training in public speaking was adopted virtually wholesale by the Romans.
After the ascension of Rome, Greek techniques of public speaking were copied and modified by the Romans. Under Roman influence, instruction in rhetoric developed into a full curriculum including instruction in grammar (study of the poets), preliminary exercises (progymnasmata), and preparation of public speeches (declamation) in both forensic and deliberative genres. The Latin style was heavily influenced by Cicero, and involved a strong emphasis on a broad education in all areas of humanistic study (in the liberal arts, including philosophy), as well as on the use of wit and humor, on appeal to the listener's emotions, and on digressions, often used to explore general themes related to the specific topic of the speech. Oratory in the Roman empire, though less central to political life, remained important in law, and became (under the second Sophistic) an important form of entertainment, with famous orators or declaimers gaining great wealth and prestige for their skills.
This Latin style was the primary form of oration in the world until the beginning of the 20th century. After World War II there began a gradual deprecation of the Latin style of oration. With the rise of the scientific method and the emphasis on a "plain" style of speaking and writing, even formal oratory has become less polished and ornate than in the Classical period, though politicians in democracies today can still make or break their careers on the basis of a successful (or unsuccessful) speech. Abraham Lincoln, Adolf Hitler, Marcus Garvey, John F. Kennedy, Bill Clinton, and Barack Obama have all advanced their careers in large part due to their skills in oratory.
These basic principles have undergone modification as societies, and cultures have changed, yet remained surprisingly uniform. The technology and the methods of this form of communication have traditionally been through oratory structure and rely on a large or sometimes somewhat small audience. However, new advancements in technology have allowed for more sophisticated communication to occur for speakers and public orators. The technological and media sources that assist the public speaking atmosphere include both videoconferencing and telecommunications. Videoconferencing is among one of the more recent technologies that is in a way revolutionizing the way that public speakers communicate to the masses. David M. Fetterman of Stanford University printed in his 1997 article Videoconferencing over the Internet: "Videoconferencing technology allows geographically disparate parties to hear and see each other usually through satellite or telephone communication systems". This technology is helpful for large conference meetings and face to face communication context, and is becoming more widespread across the world...

http://en.wikipedia.org/wiki/Public_speaking

Public speaking do’s and don’t’s (by Eszter Hargittai)

As Jerry Seinfeld once noted, at a funeral, most people would rather be in the casket than giving the eulogy, since public speaking stresses people out more than death. But giving talks doesn't have to be such a frightening affair.
Whether you're giving a talk at your local library, updating your colleagues on work progress, or presenting to a large group of strangers, there are some simple steps that should help make public speaking a better experience - for both you and your audience.

Presentation format

presenting5.jpgBefore you start planning your presentation, find out from the organizers how much time you have and what format they envision for your talk. Will you be part of a panel or will you be speaking alone? Will you be in a regular session or are you the dinner speaker? Do you have 15 minutes or an hour? Do they prefer to leave time for questions? If yes, does that come out of the allocated time you have been quoted? It is important to know what is expected of you so you can be well prepared and not have to scramble last minute to readjust your talk due to unanticipated logistics.

Audience

Get information about who will be attending your presentation. Will the head of the company be there or just co-workers? Are all participants experts at the topic or will there be novices present? Is there a mixed group of people representing different backgrounds or is everyone on the same page regarding technicalities? Depending on the audience, you will have to spend some time giving varying degrees of background on the material and explaining certain concepts.

Location

If you have the opportunity, take a look at the location before the time of the talk. It will help you visualize the context of the event and ensure that you are not caught off guard by peculiarities of the space.

The take-away message

If someone who missed your talk were to ask an audience member in the elevator to sum it up, what would you like that person to say? Focus on that message. Start out with this summary statement in mind and build your presentation around it.

Outline

Once you have an idea of your presentation's main message, spend some time thinking about the structure of the entire talk. All of the material you cover should contribute toward communicating your core message effectively. Start by writing an outline of the talk including main sections and subsections.

Strong start

presenting1.jpgThe first couple of minutes of your talk should be the most prepared and polished. You want to get off to a good start. Those are likely to be the most nervous moments so it is best not to leave anything to chance. By being well prepared, you can convey your messages with confidence. It is important to establish early on that you are prepared and are worth people's attention.

Motivation

Spend a bit of time up front talking about the inspiration and importance of your message. Listeners should get a bit of background on what motivated your work or project in the first place. What may be a fascinating topic to you may not be to the next person so don't take for granted people's interest in the issues you are discussing. Explain why they should pay attention and why your comments matter.

Timing

People rarely want to listen to someone for longer than the allotted time. Few people are such amazing speakers that an audience can't get enough of them. Do not assume you are one of those few. Wrap up your talk on time. To achieve this goal, ask someone to give you time cues by indicating when you have five minutes left, two minutes and when you have run out of time. Once you get the last notice, you should stop talking.
A common pitfall for presenters is to add unprepared introductory remarks to their talk. The temptation of addressing previous speakers is great, but beware. If your total alloted time is 15 minutes (a frequent limit with many speaking engagements), adding a 3 minute intro (not to mention longer!) will use up 20 percent of your time. However, this is something no one ever builds into their talk. Either prepare for this or let go of the temptation to add commentary at the last minute.

Flexibility

Organize your talk and know it well enough to have the flexibility to skip certain parts or expand on others depending on the circumstances. For example, if you do add a last- minute introduction (as per the previous point), be flexible to skip a part of the prepared content.

Confidence and enthusiasm

You have been chosen as a speaker because you know your topic. Make sure that you exert confidence during your presentation. Don't apologize for what you don't have with you to present or what you do not know. Rather, focus on what you can talk about and discuss the material with confidence. This does not mean that you should be arrogant or patronizing. It means that you should look comfortable covering the material.
Be sure to enjoy your talk and show your enthusiasm about the content. Your interest in the topic will be contagious and will likely result in a more engaged audience.

Question-and-answer session

presenting4.jpg If there is a Q&A segment then be sure to keep a polite demeanor throughout. Thank people for their questions and feel free to praise them for good points. If you are not sure how to respond to a query then express your appreciation for the insightful comment and note that you will look into it.

Practice makes perfect

Practice the presentation a few times: more if you have less experience, less if you are a more seasoned public speaker. It can be especially helpful to give the talk to someone who is not in your field and is not intimately familiar with the material. This is helpful in seeing whether you have made the talk too narrowly focused or overly technical. Such a practice session does not have to involve the entire talk, it can consist of telling someone about your presentation outline.
Don't write out the material word-by-word and don't plan on reading text even if you do have it all written down. Having the text written out and parts of it memorized will constrain you. Memorize the structure of the talk and the outline, but not every word.

Contact information

Finish by giving the audience some contact information, including an email address and Web site when applicable. Mention that you welcome people's feedback and they should feel free to ask you questions either after the session or by sending you email.

Wednesday, April 6, 2011

1 Malaysia - Theme Song

Apa yang aku temui..
Aku kagum dengan top comments yang datangnya dari Warga Singapore & juga dari Warga Nigeria yang berada di Sarawak. Apa yang dikatakan mereka, membuatkan aku terfikir apakah rakyat sini pun sama...rupa-rupanya ada 79 tidak menyukainya. Lagu ini juga merupakan hasil dari Lim Kok Wing Universiti. Lagu yang ini telah menjadi lagu rasmi. Pernah aku terbaca bahawa ada kekeliruan tentang lagu yang mana satu, kerana rupa-rupanya ada lebih dari 1 lagu untuk 1 Malaysia ini..

Monday, April 4, 2011

ad captandum vulgus

ad captandum vulgus - in order to capture the crowd - To appeal to the masses. Often used of politicians. An argumentum ad captandum is an argument designed to please the crowd.
 
 Semasa aku merujuk akan Kamus Latin, aku terperasan akan perkataan 'ad captandum vulgus'. Paling menarik bila ayat yang digunakan untuk menjelaskan maksudnya ialah - untuk menarik perhatian umum. Lebih menarik lagi, bila ayat yang digunakan sebagai contoh ialah, selalu digunakan oleh orang (ahli) politik (aku agak keberatan menggunakan perkataan 'ahli' politik), dan ayat 'argument designed to please the crowd'.

'argument designed to please the crowd', sekali lagi membuatkan aku tertanya-tanya, tentang hal lain pulak, iaitu, macamana, 2 perkataan yang kalau dari sudut lahiriahnya mustahil boleh berada bersama. Argument - kalau merujuk bahasa pasarnya - berbahas & berbalah. Manakala - please  the crowd bererti  - menyeronokkan, menggembirakan hati crowd yakni penonton.

Jadi bagaimanakah & kenapa penonton akan merasa seronok dan bergembira bila melihat perbalahan?
1. Apakah penonton mempunyai emosi. Betul, tetapi sejumlah penonton mempunyai emosi yang sama? Juga betul, bagaimana emosi itu boleh sama? Bagi yang mempelajari sistem pemikiran otak kanan akan memahami tentang - going after the same enemy will make one to be close to each other. Apakah ayat berbalah ini merujuk kepada permusuhan dan membawa penonton menjadi sahabat sewaktu menlihat perbahasan tersebut.

2. Ini datang dari perkataan Latin, dan aku yakin, maknanya juga dimaksudkan sesuai dengan kewajaran definisi ungkapan ini terbentuk pada masa tersebut. Jadi apa yang berlaku pada masa tersebut. Seperti yang aku nyatakan, kewajaran diatas 2 perkataan yang secara lahiriahnya agak mustahil boleh 'bersanding' bersama.

Aku bukan pakar bahasa, tapi apa yang aku maksudkan ialah - bila kita membaca perkataan, dan cuba menilaikannya, kita memang boleh terkhilaf. Masalah ini ialah tentang soal 'tafsir', bukan 'terjemah'. Aku masih  lagi melihat akan kelonggaran minda, bila mempersoalkan bab - bab tafsir dan terjemah ini.  Ada yang kelam kabut. Dan masalah pula berlaku bila perkara makro berkaitan dengan terjemah ini tidak dihayati secara terperinci, dan yang lebih mengecewakan, bila ia cuba untuk disesuaikan mengikut selera.  Tetapi, pada masa yang sama, aku percaya, membuang selera itu tidak mungkin boleh. Jadi dimana titik equilibrium tersebut?

Apa yang aku maksudkan sebagai 'penghayatan secara terperinci?', aku tidak maksudkan 'memahami secara terperinci'. Ia adalah 2 perkara yang juga amat berbeza. Jadi golongan bagaimanakah yang akan memilih untuk 'memahami', dan golongan yang bagaimanakah akan memilih untuk 'menghayati'? Tepuk dada, tanya selera...

Persoalan lain juga adalah, bolehkah dipilih salah satu diantara keduanya? Atau memilih hanya yang terbaik diantara keduanya? Atau memilih kedua-duanya? 3 cabang pilihan. Pada aku sebenarnya, ia adalah 2 peringkat. Peringkat memahami, kemudiannya baru sampai keperingkat menghayati. 

Apa yang kita faham, semasa kita kata kita faham, samalah seperti mana kita membaca buku, contohnya melancong ke London. Kita digambarkan dengan Tower Bridge, Parliament House, Big Ben dan sebagainya... Tapi hanya bila kita menjejakkan kaki disana, apa yang kita sangka kita dah faham mungkin sebenarnya kita belum faham. Kita mungkin fikir, kita sampai di London, kita dah tengok Tower Bridge, apakah kita dah tengok London Bridge? Bila dah sampai, tahulah kita...

Ertinya - memahami masih bersifat teori, dan menghayati pula bersifat realiti..Sebab itu, walaupun ruangan ini bertajukan perkataan Latin, tetapi aku ingin mengaitkan dengan pepatah Melayu - berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  'mata yang memandang' masih lagi teoritikal, tetapi 'bahu yang memikul' adalah realiti...

Di Bratsk - Siberia (Pasya & Aku)

Aku mengenali Pasya sebenarnya, melalui Zhenya. Zhenya & Pasya merupakan sahabat karib semenjak dari zaman persekolahan tadika lagi. Pasya memang dilahirkan di Bratsk - Siberia, tetapi keluarganya datang dari sebelah Ukraine. Datuk kepada Pasya masih menetap di Ukraine. Jadi aku terbayang betapa jauhnya untuk Pasya pergi melawat Datuknya setiap musim panas. Tapi inilah juga yang aku kagum akan kekuatan semangat mereka di Siberia, untuk mengekalkan jalinan silaturrahim, mereka akan menaiki keretapi berhari-hari untuk sampai ke Ukraine. Malahan kini, Ukraine sendiri telah condong kearah Eropah Barat, maka ikatan persaudaraan ini, diwarnakan dengan persempadanan politik itu sendiri.

 Gambar ni, adalah monumen, di Siberia, inilah bumi Siberia, sejauh mata memandang, kat belakang aku tu, hutan sebenarnya. Luas, seluas -luasnya bumi Tuhan ini. Semua menjadi botak, pasal dah bulan 10, dah pertengahan musim luruh pun. Aku masih pakai kasut yang aku beli masa di Romania lagi. Tahan juga kasut yang aku pakai. Pasya, memang sentiasa pakai macam tu pasal dia memang sportman, dia kena p gym 2 kali sehari, untuk dia dan untuk train anak buah dia. Aku pun pernah kena tumbuk dengan sorang anak buah dia. Tapi masa training la. Aku tak pernah bergaduh dengan diaorang ni semua. Harap-harap begitu lah sampai bila-bila..

Pasya memang antara yang paling rapat dengan aku dan paling ambil berat. Kadang-kadang isteri dia pun tak boleh nak kata apa, pasal dia tahu, Pasya selalu risaukan aku datang dari luar Siberia. Jadi aku amat berterima kasih dengan isterinya kerana cukup understanding. Dia tak pernah mengeluh setiap hari dia akan masak, dan siapkan hidangan untuk semua, dan aku, yang  terlalu banyak pantang larang ni pun dia faham, yang kena ada coffee setiap 2 jam pun faham. Kat sana, mana ada instant coffee, so, kenalah brew kat atas dapur tu, untuk dapatkan segelas coffee.. Nak brew untuk secawan pun ambil masa dekat 20-30 minit. Aku pulak dibuat macam bos, aku nak buat sendiri kat dapur selalunya diaorang takkan bagi.

Bulan 6 ni, genap la umur dia 33 tahun. Aku ni memang gagal ingat tarikh lahir, tapi tahun selalunya aku ingat. So, nampak gaya aku kenalah check, samada dia balik rumah Datuk dia atau tidak.  Yang lain -lain pun ramai juga yang aku kena  tengok keadaan masing -masing, macam Alexander, Denis & Daniel. Semua ni, memang aku sentiasa berharap, dapat datang duk kat KL...

Saturday, April 2, 2011

London Underground

Peta yang selalu menyelamatkan aku setiap kali aku kat London. Pelik juga, sampai sekarang pun, aku masih memerlukan peta ini. Mungkin sikap acuh tak acuh aku sendiri, memandangkan peta ni diberi free...

 Manalah aku boleh lupa Stesen Chalfont & Latimer, stesen yang paling dekat dengan rumah aku dulu. Yang ini kat Barat London. Aku sendiri tak begitu biasa dengan belah-belah East London. Tapi rasanya tempat ni popular dengan kebanyakkan Malaysian, pasal ada University UEL, kat situ. Jadi, aku pun, tak leh komen apa-apa pasal aku tak mahir. Yang aku tahu, dari tempat aku, terus p Central London, carilah apa nak cari kat sana. Last sekali, aku mesti pergi Station Angel, untuk makan kat Gallipolli. Masa dulu-dulu, kedainya cuma satu, tapi masa aku p yang paling terkini, dah ada 3. Memang orang sana kuat makan kot...


 Line Merah, line apa ye tak ingat plak, Tapi kalau aku tengok map kat atas tu aku mesti ingat punya...


Pemandangan yang cukup biasa aku tempuhi setiap hari masa duk kat sana. Macam zaman dulu dulu juga. Sebab tu aku tak begitu kagum dengan undergroundnya. Ada yang melahirkan rasa kagum mereka, katanya hebat. Tapi aku rasa, yang kat sini lagi canggih. Tapi biasalah, orang kita, biasa melihat hanya yang indah ditempat orang, sampai sanggup menafikan kebenaran disebelah tempat sendiri.
Juga pemandangan yang cukup biasa. Masih aku ingat, sewaktu aku duduk kat sana, aku ada 2 jenis keretapi. Satu yang underground kat atas tadi, kemudian yang besar sikit. Gambar yang ini, lebih kurang macam keretapi besar tu, tapi sebenarnya yang kecil juga. Aku sentiasa ingat, pasal kalau tercicir yang besar kena lah menunggu lama untuk yang besar lagi datang semula kat stesen...

Thursday, March 31, 2011

Amazing Grace & Auld Lang Syne

Setiap kali aku mendengar 2 lagu ini, ia ada kesan yang amat kuat pada diri aku. Ia akan sentiasa mengingatkan aku pada keluarga, adik-beradik angkat aku yang jauh beribu batu di Eropah (pasal lagu ini datang dari sana, jadi aku ingat mereka yang disanalah). Aku tertanya-tanya macam mana semua ini boleh aku lalui & menjadi bagian hidupku, dari seorang yang merantau seorang diri, sampailah akhirnya aku bertemu dengan 'keluarga' yang pelbagai. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku cuma seorang dari jutaan manusia yang menempuh pelbagai corak dan warna di hampir semua tempat, dan aku tegaskan berkali-kali, tidak pernah sebagai pelancong.

Jadi bila aku mendengar lagu ini, yang bersifat kemanusiaan, yang bersifat global, memang aku cukup tersentuh. Visualnya aje sudah cukup aku memahami, kerana sesungguhnya aku berada diantara benua ( seperti berkot & cuffling untuk perkahwinan mereka, dan berbaju Melayu disini, mencelah & bergurau dimeja makan bersama mereka - memang aku adaptasi dengan jayanya kerana perbezaannya bukan sekadar daerah, negeri atau negara semata-mata). Mendengar lagu ini, mereka akan berpegangan tangan & bernyanyi bersama, dan ada menitiskan air mata didalam visual lagu ini. Aku pernah disana, dan bersama berpegangan tangan & menghayatinya, dan kini aku di Asia Jauh, jauh dimata tapi tetap dekat dihati. Aku merasa, kesinambungan yang terjalin tidak pernah berkurang, malah tetap kuat dan utuh...

Wajah- wajah mereka, yang aku kenali, yang aku tempuhi didalam perjalananku akan saling bermain dihadapanku setiap kali lagu ini berkumandang... Aku akan terbayang akan setiap sebuah negara, kepayahan & kesusahan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara tersebut dan kemudiannya menjadi sebahagian dari mereka dinegara tersebut, dan senyuman mereka, mungkin juga wajah garang mereka, dan akhirnya mereka menjadi rakan & keluarga ku...setiap suasana yang aku lalui dan pengalaman pahit manis bersama mereka, menahan kesejukan berhujan dan bersalji dengan mereka, berkebun menanam kentang & timun, bergaduh di pejabat pos kerana soal sim kad, bertengkar dengan konduktor bas pasal tiket...mcm2 yang aku teringat. Yang menjadikan kenangan ini amat kuat, kerana, ia adalah sebahagian dari hidup aku... Ya, aku sendiri menitiskan air mata mendengarkan lagu Amazing Grace dan Auld Lang Syne ini...

Pengembara kesepian..perginya seorang..pulangnya...sebagai sebahagian dari mereka...