Monday, October 15, 2012

Bauman Moscow State Technical University

Yang bernama diatas itu adalah nama universiti tersohor Russia, kalau ikutkan adalah Ivy League disana. Masih teringat lagi masa aku bertanya pada Dr Faez Khaled di rumah Dato Shafie Apdal (masa majlis berbuka), apakah dia pernah mendengarnya. Katanya dia tak berapa pasti, tapi rasanya lepas dikisahkan akan Universiti tersebut, dia memahami.


So, inilah gambar aku menandatangani MoA tersebut. Pada waktu ini, aku belum betul2 pulang ke Malaysia, kerana aku nak pastikan MoA ini termeterai sebelum aku committed untuk pulang ke tanahair.

Masa aku dengan beliau, Vice Rector disana, aku kagum akan sikap rendah diri beliau. Memang beliau tidak langsung ada masalah. Semasa aku di Malaysia, dan aku maklumkan pada Kedutaan Russia, Setiausaha Pertama, Nikolay hampir tidak percaya, akan lantikan aku bagi pihak BMSTU ini. Tapi bila dia diperlihatkan watikah perlantikan, baru la dia kagum dan percaya. Inilah dia takdir, cuma waktu semua ini agak asing. Maklumlah, Angkasawan pertama Malaysia pun belum lagi sampai ke Angkasa. Jadi, pendidikan BMSTU yang berpusat kepada penyelidikan angkasa lepas itu memang amat asing bagi ramai pihak. Terima kasih juga aku pada Ekaterina, kerana beliau cukup prihatin dan memastikan majlis MoA ini berjalan lancar di Moscow.

Memang aku sorang je ke sana, dan aku ke sana bermaruah. Malahan, pihak sana yang menanti kedatangan aku pun, terima aku dengan cara kehormat. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku 'take credit for it'. Macam mana penerimaan Malaysia. Well, itu hal lain, Malaysia kena berfikiran global. Setiap kali, aku didendangkan dengan perkataan 'komunis', aku rasa kagum tentang pengetahuan rakyat Malaysia ini.

Sikap prejudis itu menyebabkan kita tercicir, kerana kita malas nak mengkaji. Pernah secara berkias aku lontarkan pada pelajar IPTA. Soalan aku ialah - kita menghantar angkasawan melalui NASA ke, atau melalui Russia. Jawabnya - Russia, jadi, kenapa belajar Aerospace di luar Russia, macam di UK contohnya.

Soalan lain aku pernah tanya pada seorang 'auntie' yang nak sangat anak dia belajar kat England. Katanya - Eropah takde class.. So, aku kata kat dia, memandangkan dia orang 'berkemampuan'. Aku tanya - Puan ada kereta, katanya ada. Aku bertanya lagi - kereta apa - katanya - Mercedes. Aku bertanya lagi - kereta lain ada tak- katanya BMW. So, aku bertanya kenapa tak pakai Jaguar?

Dia masih gagal memahami maksud aku. Lalu aku katakan - Puan - Mercedes & BMW buatan Eropah, bukan England. Jaguar itu buatan UK (masa itulah), sekarang Jaguar pun buatan Jerman. Sedihkan, bila bercakap tanpa berfikir....


No comments:

Post a Comment