Tuesday, September 25, 2012

Persatuan Bahasa Cina (TARC)

Inilah kad keahlian aku, masa aku belajar kat Kolej Tuanku Abdul Rahman dulu.
Pada aku, TARC adalah antara tempat terbaik aku pernah belajar, dan memberi banyak pendedahan. Peliknya aku ini, adalah student yang tak rajin macam yang lain. So, time diaorang semua tengah busy belajar, time tu la aku datang mengacau, tapi apa pun, dari diaorang semua ni, aku takkan lupa pengalaman bersama, duduk dirumah mereka yang biasanya dipanggil student house.

Macam rumah student dari Miri (Chee Kiong, Poh Yan Ping, Robin Wong Mun Kit + Vincent Wong Sze Zue dari Kedah). Masa aku kenal diaorang, aku langsung tak tahu diaorang semua dari top independent chinese school dari seluruh Malaysia. Jadi, kenal dalam satu rumah, aku ter'kagum' dengan ketajaman akal, aku rasa time tu, aku la yang paling bodoh. Dah la aku tak tahu diaorang ni top student, lepas tu, target focus diaorang dah jelas.

Chee Kiong antara orang paling rajin aku kenal dalam dunia, akhirnya dia tamat ACCA juga dan kemudian ke Singapore... Yan Ping pulak dari awal dah cakap kat aku nak p UMIST atau Imperial College, and memang dia sampai juga ke Imperial. Well, itulah bila tiada keistimewaan dan dimanjakan, semua dirancang awal2 dan usaha sebaik mungkin. Inilah nilai positif yang aku belajar dari mereka. Walaupun aku satu-satunya minoriti, tapi pengalaman aku, antara yang paling menarik.

Paling best bila aku sentiasa dijemput untuk semua acara, dari birthday, ke moon cake, cuma CNY je tak dapat, pasal diaorang semua balik kampong. Ada la juga kemudiannya aku pergi, tapi hari ke 2- ke 3 macam tu.



Jadi bila aku dah serasi, aku memang tak rasa terasing, malah aku jadi sebahagian dari keluarga diaorang. Rumah yang satu lagi, penuh dengan student dari Pahang macam Desmond Hoon Chin Keat - Ketua Rumah, kemudian Siu Juan, Mie Mie, lepas diaorang grad, batch baru masuk rumah tu, termasuklah budak2 dari Johor pulak, macam Bernard, tercampak pulak sorang Veen Senn (junior sekolah aku).

Ada juga love affairs macam Mui Kin dan Juh Kwee. Disebelah rumah diaorang ni, rumah Wan (dari Institut Megatech), antara yang paling rapat dengan kami, Wan ni Melayu, dari Kedah, dia duduk situ dengan mak dia. Adik beradik dia semua dah kahwin. Aku ingat lagi, projek kolej dia buat Go-Kart, memang jadi, tapi bingit teramat. Lepas tu aku tak tahu dia dimana sekarang. Masa baru-baru kenal, dia ingat aku ni Cina juga, macam diaorang yang satu rumah. Agaknya pasal dia tak pernah dengar aku cakap Melayu kot time tu...so, dalam kad ni, aku saja padam nama aku dalam tulisan latin, bagi yang boleh baca tulisan cina, silakan lah k...

Kisah Wan ni, agak tragik sikit. Aku doakan dia berjaya. Selepas aku tinggalkan TARC, aku pun tak kerumah jiran dia lagi. Jadi aku pun lost contact, pasal aku pun takde kat sini lagi.., antara rumah lain, yang aku selalu gaduh, rumah Ho Aik (Ketua Rumah) - kalau cakap dengan dia memang berbahas panjang, tapi semuanya ok. Dalam rumah tu, tiap-tiap minggu ada Bible Studies. Diaorang nilah Navigator. Aku dulu pun tak faham sangat.

Tapi sekarang aku dah tahu la apa dia. So, gambar-gambar diaorang masih dalam simpanan aku. Aku rindu gak nak jumpa diaorang semua. Rumah yang satu lagi - Rumah Kedah (Ping, Goh Cheong Ho, Bong Fean Loo dll) - paling aku respek. Aku ni junior diaorang, memandangkan aku ni special - satu - satunya Melayu. Diaorang la yang paling ambil berat, jaga aku kat Kolej dulu, termasuk la Lim Eng Han dari Johor. Aku masih berhubung dengan Goh dan Bong. So, kalau dengan diaorang, aku masih boleh contact semua yang lain. Cuma Leong sahaja, yang terus ke Hong Kong, dan kerja disana. Selain dari konteks ini, antara yang lain termasuklah Alan Lee, dan Alex Mok, Alex Mok terus menetap di Taiwan, dan membina hidup disana. Aku doakan dia berjaya.

 Dia dah puas hidup susah, kali terakhir dia datang waktu ibunya meninggal. Aku ingat lagi macamana aku kena jemput mak dia kat Jusco Maluri pasal waktu tu dia menetap dengan kakak dia kat Miharja Condo. Dia minta tolong aku, pasal dia takde kereta dan dia tak tahu macam mana nak pergi ambil. Selepas itu dia ke Australia - kerja macam tak ingat dunia, cari duit dan belajar (sama la macam aku kat England). Bapa dia menetap illegal disana dulu. Jadi dia pun tak berapa kenal sangat. Aku juga yang hantar dia ke Airport waktu tu.

Inilah kehidupan. Pelbagai warna. Ramai yang aku dah temui, dan ramai juga yang dah mengecap kebahagiaan. c'est la vie...

No comments:

Post a Comment