Monday, February 27, 2012

Memahaminya

Islam itu ditegakkan atas prinsip Aqidah yang jelas berpaksikan al-Quran dan Sunnah

“Apa saja fahaman, ajaran, amalan dan pengalaman kerohanian yang tidak berasas akidah Islam adalah tertolak. Siapa pun syeikh, besar mana pun serbannya, sepetah mana pun dia, apa pun tafsirannya berkenaan kerohanian, namun jika ia bercanggah dengan nas al-Quran dan Sunnah, maka ia tertolak,” - Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Tareqat = Kaedah mendekatkan diri kepada Allah

Tasawuf = Penyucian

Amalan Tasawuf = Amalan Menyuci Hati & Jiwa, dengan fokus kepada mengamalkan zikir yang telah disusun oleh ulama terdahulu

Sandaran Hadis – Bukhari & Muslim
Pertemuan Rasullullah dengan Jibril a.s. Ditanyakan;

1. Apa itu Iman?
Jelas Rasullullah, Iman itu ialah beriman dengan Allah, Malaikat2nya, Rasul2nya, Kitab2nya, Akhirat & Qada / Qadar

Iman berkaitan dengan Ilmu Aqidah = pengumpulan keyakinan dihati akan perkara ghaib. Ia melahirkan Ilmu Tauhid atau Usuluddin.


2. Apa itu Islam?
Kesaksian la ilaha illallah, Solat, Zakat, Puasa & Haji

Islam berkaitan dengan pengamalan zahir seperti solat dan sebagainya. Ia melahirkan Ilmu Fiqah dan juga Ilmu Syariat.

3. Apa itu Ihsan?
Beribadah kepada Allah, seolah-olah kamu melihatNya, sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu

Ihsan berkaitan dengan Penyucian Jiwa. Dari perbahasan berkaitan dengan penyucian jiwa ini lahirnya Ilmu Penyucian Jiwa, dikenali sebagai Tasawuf.

Aliran – aliran Tasawuf yang pelbagai dikenali sebagai Tareqat. Kepelbagaian berlaku kerana perbezaan fokus amalan dan bentuk zikir yang dipraktikkan didalam amalan seharian.

Amalan Tasawuf lahir dari ilmu ulama feqah, setiap amalan berdasarkan pada panduan, sehingga terhasilnya kepelbagaian Ilmu, Adab, Rahsia & Hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan. Syaratnya amalan tasawuf itu bebas dari kecacatan & kehendak hawa nafsu.

Zikir untuk Tasawuf – ada yang dipetik dari Al- Quran & Hadis, ada juga yang disusun oleh ulama, yang juga menjadi perintis golongan tareqat.

Pengertian umum akan Tariqat – Jalan Agama Allah, Jalan Islam

Asal Tariqat = Tekun Beribadah, Perhatian hanya pada Allah, Berpaling dari Perhiasan Duniawi & Bersifat Zuhud.

Makna khusus Tariqat = Tatacara atau Himpunan Adab yang diamalkan oleh ahli tasawuf tersebut

Erti Tariqat secara halus = Perjalanan & Tahap Peningkatan Kejernihan Rohani Manusia, yang pasti menempuh halangan, setiap peringkat, ketahap merasai pelbagai hal kerohanian


Mengenal Tareqat yang terpesong

Kebiasaan Tareqat ialah mengguna pakai, nama pengasasnya, dan kemudian digabungkan dengan nama kumpulan Tareqat yang lebih dikenali dan diterima.

Ciri-cirinya
1. Pegangan terhadap istilah tasawuf yang terang-terangan bercanggah dengan
1. Hukum Syarak
2. Falsafah
3. Kebatinan
4. Takwilan Tasawuf
yang semua diatas jauh menyimpang dari kebenaran Aqidah & Ibadah
2. Tareqat berkenaan 'meringankan' kewajipan syarak yang dituntut

Hubungan antara Syariat & Tasawuf (menurut Abu Yazid Al-Bistami – Tokoh Bidang Tasawuf)
Syariat adalah asas utama didalam perjalanan menuju Allah. Andainya kamu melihat seorang manusia itu mampu terbang ke udara, maka, janganlah kamu terpedaya dengan Tareqat yang dibawa olehnya sehingga kamu melihat bagaimana sifatnya disisi perintah Allah, disisi larangan Allah, menjaga sempadannya, menunaikan syariatnya.

Abu Yazid Al-Bistami pernah membawa anak muridnya menemui lelaki yang memasyhurkan dirinya dengan keWALIan dan juga keZUHUDan. Beliau melihat orang itu memasuki masjid dan meludah kearah Qiblat. Abu Yazid berpaling, meninggalkannya tanpa salam. Kata Abu Yazid – bagaimana aku boleh mempercayai apa yang didakwanya itu.

“Pada umumnya, setiap insan ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Justeru, mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan orang yang mampu dekat dengan Allah hanyalah orang yang hatinya bersih, suci, dan sentiasa menjaga dirinya daripada hal yang dilarang Allah,”

Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, pengamal sufi mencontohi perilaku sahabat Rasulullah dalam hal keteguhan iman, ketakwaan, kezuhudan dan budi pekerti luhur. “Mereka sentiasa meneladani kehidupan Rasulullah, tidak pernah takut terhadap musuh serta tidak takut miskin dalam urusan duniawi kerana percaya semua rezeki daripada Allah.

Prof Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam buku Thaqafah al-Da’iyah berpendapat sebahagian ajaran tasawuf dan tarekat dipengaruhi anasir luar seperti ajaran Kristian, Hindu dan Parsi Yunan. “Sebahagian mereka berbicara mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-haqiqah al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Mereka bercakap mengenai kewalian, wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara itu dalam nas agama. “Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar daripada kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian.

Imam al-Syatibi dalam kitabnya Al-I’tisam berkata golongan sufi sama seperti orang lain yang tidak maksum. Mereka juga melakukan kesilapan, lupa dan melakukan maksiat sama ada dosa kecil atau besar. “Justeru, ulama menyatakan setiap percakapannya boleh diambil atau ditinggalkan kecuali percakapan Nabi Muhammad s.a.w. “Memadailah berpegang kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w sebagai sumber utama dalam perjalanan menuju keredaan Allah,”


















Thursday, February 23, 2012

One Moment in Time (Whitney Houston)


Semasa aku mendengar berita akan beliau, menghembuskan nafas yang terakhir, ia memang mengejutkan. Pada usia yang cukup muda, dan berkerjaya. Bagaimanapun, apa yang ingin aku coretkan disini, ialah tentang lagu-lagunya. Aku membesar, mendengar lagu-lagu beliau, antara yang tak mungkin dilupakan ialah, Greatest Love of All, One Moment in Time, dan juga duet bersama Mariah Carey - When You Believe. When You Believe, memang menjadi kenangan buat aku dan Alex, Alex kini akhirnya, dari Cheras, kini membina kehidupan bersama isterinya, di Taiwan. Aku kagum akan semangat juang Alex semasa dia meninggalkan Malaysia dan pergi ke Australia. Rupa-rupanya, permulaan kami adalah sama, dia ke Australia, manakala aku ke Eropah. Kami berdua melalui kepayahan yang teramat pada waktu tersebut. Lagu ini kami dengar bersama didalam kereta Kancil ku pada waktu tersebut sambil berkongsi pengalaman yang telah kami tempuhi dan bakal lalui, selepas teh tarik, didepan pagar didepan condo Miharja, dimana dia duduk bersama adik perempuannya buat sementara, sebelum kami berlepas semula ke destinasi masing-masing. Sudah hampir 16 tahun rupa-rupanya..

Padaku, lagu lagu Whitney, banyak memberi inspirasi, dan juga dorongan. Lagu One Moment in Time, sememangnya menjadi 'peneguh jiwa' buat ku, kerana maksud, dan juga penyampaiannya. Hanya 2 sahaja lagu sebegini yang aku suka, iaitu, One Moment in Time, dan Power of Dream (Celine Dion). Setiap kali aku mendengar akan lagu ini, aku sentiasa teruja dengan semangat yang sampai dengan lagu ini. Malahan pada tika aku sedang menulis blog ini pun, aku sedang mendengarkan lagu One Moment in Time.

Lagu ini, kali pertama aku mendengarkannya, ialah selepas aku membeli radio kecil rasa-rasanya sebelum menaiki cable car ke Pulau Sentosa, Singapura. Aku mendengarkan lagu ini semasa mencuba radio kecil tersebut, semasa meneropong akan Lautan dihadapan Pulau Sentosa. Pada waktu tersebut, aku baru berumur 14tahun, ke Singapura bersama teman-teman sekolah, beramai-ramai, masih aku ingat lagi filem Beetle Juice yang aku tonton disana, dan kami terperangkap dengan penjaga stesen MRT Dhoby Ghaut Singapore kerana salah membeli tiket, kami terpaksa berkeras dengan pengawal stesen bahawa kami adalah warga dari Malaysia, dan perlu dilepaskan kerana merupakan rakyat asing, fikir-fikir balik, memang dari time tu lagi, aku dah ada sifat memberontak. Kami pada waktu tersebut, tinggal di No 1, Orchard Road Singapore, iaitu, YMCA, iaitu Young Men Christian Association Hostel. Aku masih ingat lagi, kena marah dengan ayahku, kerana tidak memaklumkan dia, bila aku telah kembali semula ke Kuala Lumpur, selepas ber'kecoh-kecohan' di Singapore. Agaknya, pasal aku beranggapan yang Singapore tu tak lah jauh mana. Masa pergi, memang aku maklumkan, kalau tidak macam mana aku nak dapat duit belanja kat Singapore tu. So, memang salah aku la, tak terfikir langsung, pada aku, dah selamat sampai KL, abis citer.

Seperkara lagi, ialah apabila aku mendarat di Amerika Syarikat pada pertama kalinya, lagu ini terngiang-ngiang ditelingaku. Mungkin, aku merasakan, akhirnya aku sampai juga ke Negara dimana lahirnya lagu ini. Didalam pesawat American Airways, yang sedang melayang-layang diudara, dan aku melihat keluar melalui tingkap, aku melihat bumi Amerika buat pertama kalinya, dan serta merta, lagu ini bermain difikiran. Mengapa, aku pun tak tahu.. 'Feeling' yang amat berbeza berbanding dengan semasa aku mendarat di London, of course, mendarat di Jeddah, mendarat di Moscow, turut memberikan 'feel' yang berbeza dan tersendiri.

Sehubungan dengan 'ketiadaan' beliau lagi, semoga beliau, Whitney, 'Rest in Peace'.

Meminjam kata-kata Queen Elizabeth, semasa aku melihat pengkebumian Queen Mother, di London, kata-katanya ialah
" We can be sad for she has died, yet, we can be happy for she has lived "

For you, Whitney, I am sad for you have died, yet, I can be happy for the music you left behind...


"One Moment In Time"

Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown

I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free


Yes, Whitney, now you are free...























Tuesday, February 21, 2012

7 Perkara

Mukjizat

Keistimewaan yang diberikan kepada para Nabi & Rasul sebagai pembuktian kepada orang kafir tentang kebenaran seruan yang dibawanya datang dari Allah swt. Ia tidak dapat ditandingi manusia. Contohnya adalah seperti tongkat Nabi Musa a.s. yang dapat membelah laut dan bertukar menjadi ular yang membaham ular-ular ahli sihir. Mukjizat yang paling besar ialah yang diturunkan kepada Rasullullah saw.

Irhas

Sesuatu yang luar biasa, yang diberikan kepada 'bakal' Rasul. Contohnya, Nabi Isa as. boleh bercakap ketika masih bayi, dan Rasullullah saw, dipayungi oleh awan ketika dalam perjalanan dari Mekah menuju Syam dibawah panas terik matahari.

Karamah

Kemuliaan atau kemurahan yang diberikan kepada mereka yang memiliki darjat ketaqwaan yang teguh serta tinggi pegangannya kepada Allah. Apa yang berlaku kepada mereka adalah diluar kebiasaan, tanpa diduga, tanpa usaha dan tanpa logik. Lazimnya, mereka yang diberikan karamah, hidup hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah.


* Karamah Zahiriah
Boleh dilihat dengan mata kasar, makanya dinyatakan sebagai zahir (zahiriah), misalannya adalah seperti mampu beribadat dalam tempoh yang lama tanpa makan dan minum. Kisah Allah memberikan buah-buahan yang turun dari langit kepada Maryam, ibu Nabi Isa a.s. sedangkan buah-buahan tersebut bukan terbit dalam musimnya, ini juga sebahagian dari karamah zahiriah. Surah Ali-Imran ayat 37 juga menjelaskan bahawa ketika Nabi Zakaria a.s. menemui puterinya Maryam dimihrabnya, dia melihat makanan disisi Maryam. Apabila ditanya, Maryam menjawab, ia datang dari Allah.

*Karamah Maknawiah
Tidak boleh dilihat, tetapi dapat dirasai dengan mata hati. Misalannya, memerangi hawa nafsu tanpa perlu bermujahadah, musuh menjadi gerun pabila melihatnya, dan lain lain lagi.

Maunah

Maunah bermaksud pertolongan atau bantuan dari Allah swt. Ia berupa keajaiban yang diperoleh oleh seseorang mukmin tanpa diusahakan atau dipelajari. Misalannya terselamat dari maut apabila jatuh dari bangunan tinggi.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Istidraj

Tipu Daya yang dilakukan oleh mereka yang mendustai Allah swt atau orang-orang kafir. Ia akan menambahkan kebodohan atau kejahilan sehingga Allah swt, menimpakan bala keatasnya. Sabda Rasullullah, "apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seseorang hambaNya apa yang dihajati, sedangkan hamba tersebut tetap dalam kekufuran".

Ihanah

Keajaiban yang dimiliki oleh orang yang mendakwa akan dirinya sebagai Nabi ataupun Rasul

Sihir

Keajaiban yang ada pada orang yang menyekutukan Allah swt. Dari segi istilah, ia adalah perbuatan yang menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal yang disihir secara tersembunyi. Pada dunia Nusantara, ia dikenali sebagai Ilmu Hitam. ( Bagaimanapun, sumber rujukan ini tidak menjelaskan tentang Jin Islam, dan juga untuk tujuan perawatan secara Islam)

Sihir boleh dipelajari, menggunakan kuasa Jin mahupun Syaitan, dan telah wujud semenjak zaman Firaun hingga kini. Contohnya dalam Al-Baqarah, ayat 102, yang menceritakan tentang Harut & Marut yang diturunkan untuk menentang Ahli Sihir. Tujuan turunnya Malaikat tersebut adalah untuk memperlihatkan bahawa sihir mampu membawa manusia ke arah kekufuran.

Ibnu Khaldun didalam kitabnya, Muqaddimah, ada menyebut, "Ilmu Sihir dan Tilik adalah Ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mendapatkan sesuatu samada dengan tiada bantuan atau dengan bantuan dari Langit.

Diambil dari - IMAN
















Erti Orang Berakal

Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dalam dirinya.


Orang yang berakal itu tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima dengan tenang dan tabah. Jika rugi, dia tidaklah cemas, jika untung, dia tidaklah berbangga. *kerana cemas menghilangkan hikmah dan bangga melenyapkan timbangan.


Orang yang berakal, sentiasa mahu berdampingan dengan mereka yang berakal juga. Ini untuk membolehkannya melihat kelemahan dirinya. Benci melihat kelemahan diri akan menutupi mata dari melihat segala kebaikan. Sebab itulah perasaan jangan mengatasi akal.


Orang yang berakal merindui 3 perkara
1. Persiapan Pulang
2. Kelazatan Jiwa
3. Menyelidiki Erti Hidup


Orang yang berakal sentiasa insaf bahawa diantara aqli dan naqli, kewujudan persefahaman tiada akannya. Kehendak naqli biasanya manis dipangkal tapi hambar dihujung, manakala kehendak aqli, mulanya pahit, akhirannya manis.


Orang berakal tiada berduka kerana berduka tiada faedahnya. Faedah duka, hanyalah mengaburi Akal. Makanya orang berakal tidak akan bersedih kerana kesedihan tidak dapat mengubah keterlanjuran. Malahan, banyak bersedih membawa pengurangan akal


Orang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, payung sebelum hujan. Andainya, masih dibasahi hujan dan masih didatangi sakit, orang berakal tidak akan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya, orang yang berakal sentiasa sabar dan redha, dan terus berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.


Diolah kembali, melalui rujukan dari Prof Dr. Hamka

Wednesday, February 15, 2012

Stesen kat umah aku..

Gambar dibawah memberi kenangan nostalgia, bila dikenang kembali, tempat aku bernaung disana untuk tempoh bertahun lamanya. Inilah stesen underground yang paling dekat untuk aku, kalau nak ke London. Mengambil masa hampir 40 minit kalau nak ke Baker Street. Selalunya aku tak bernasib baik, kerana bila sampai di Stesen ini, aku selalunya dah tercicir bas yang terakhir untuk ke Chalfont St. Giles (tempat aku menetap), dan akhirnya aku terpaksa jalan kaki balik, lebih kurang 2.5 batu (masa tu, memang orang UK ni, masih guna sistem tu, kalau Metric, aku tak pasti berapa km). Selalunya, aku akan beli tiket, all zone, lebih kurang 5.4GBP, itupun lebih kurang RM35 (mcm nak sama naik ERL). Tapi nak buat macam mana, dah memang tempat aku, walaupun, di'isytihar' sebahagian dari London, tapi tak termasuk zon yang tersenarai. Memang tersingkir la tempat kita orang ni kiranya. Tapi gambar ini, bukanlah Chalfont & Latimer, tapi Latimer Road. Cuma, ia lebih kurang sama. Aku ingatkan, dah bertahun-tahun ada internet, ada la sape2 yang akan uploadkan, tapi tak jumpa-jumpa pun. Yang ada gambar landasan, tapi tempat beli tiket, takde, Tapi inilah dia, lebih kurang sama je.
Keeretapi yang aku naik, warnanya merah, laluannya dipanggil 'Metropolitan Line'. Terhenjut-henjut naik keretapi ni, jenis yang besar sikit dari jenis yang biasa pusing-pusing dalam London. So, selalunya aku memang akan turun di Baker Street, memang last pun untuk line ni, dan dari situ, mulalah melilau pusing-pusing. Tempat favourite aku, biasalah, samada di Camden, ataupun tempat makan kat Angel.
Inlah tempatnya platform aku berdiri, kalau hujan, masa time winter, memang nak menangis, dah la basah, sejuk menggigil pulak tu, tak kira lagi, pastu nak kena jalan 2.5 batu, termasuklah barang-barang yang aku beli kat London, tangan dah penuh kiri kanan, ntah berapa kilo, berat baju winter lagi...agaknya kepayahan ini, yang mendidik aku supaya tidak mudah mengeluh, dan tidak suka merungut..
Inilah kerusinya dan inilah namanya - Chalfont & Latimer, walaupun disediakan, aku tidak pernah duduk disitu, samada basah, atau aku tak yakin akan kebersihannya...Biasalah, kat tempat sejuk dan hujan, sentiasa lembab, jadi tak boleh nak agak, apa yang melekat kat kerusi tu..
Inlah dia, tempat duduk, memang skema, masih warna purple yang sama, cuma corak dah berubah. Mickey Mouse tu memang takde la. That is so American, kalau nak fikirkan, ada plak kat dlm 'car' yang ini.. Map yang terpampang tu la jadi panduan. Ntah nape, aku ni memang tak boleh hafal kot, walaupun dah berkali-kali turun naik, aku tak pernah hafal...tapi, aku tak pernah silap pun. So, kira okeylah, tak pernah salah turun, atau masa interchange, tersampai kat tempat lain..
Bila keluar dari Stesen, kedai yang sederet inilah yang akan jumpa dulu. Aku baru je jumpa ni dalam google. Jadi, kalau masih ada lagi, aku memang kagum, dah hampir 20- 30 tahun agaknya.. Kedai optician tu, dan sebelahnya kedai Chinese Restaurant, dan selepasnya kedai gunting rambut. Aku pernah tanya, tapi mahal sangat, last last aku p kt Gerrards Cross, itu memang kat tempat lain la. Yang itu nasib baik ada bas, dari St. Giles
Aku tak berapa pasti, tapi rasanya, inilah flat aku dulu, memang sebijik sama. Tapi kita tak tahulahkan kalau-kalau pelanduk 2 serupa. Tapi disinilah aku menelaah, mengkaji, dan mengenal pelbagai ragam manusia dari seluruh Eropah dan Asia, termasuk juga kejadian yang berlaku disini. Teringat plak time aku sorang-sorang kat sini, masa musim sejuk selama 3 minggu. Memang gelap dan sunyi melampau. Agaknya kot, sebab tu sampai sekarang, aku tak kisah kalau gelap dan sunyi sorang-sorang..dah terbiasa masa kat St. Giles dulu. Kelebihannya, inilah saat saat keemasan untuk menimba ilmu, mengasah aqal, membaca buku yang payah-payah, yang mindanya teramat teruji, takde sape ganggu..dan bermuhasabah diri...yang aku duk, kat hujung sebelah kanan nun, kat tingkat paling atas sekali....tgk gak la, blok sebelah tu, orang gaduh2 ke, atau ape ape ke...samada patut atau tak patut ditengok....kwang kwang kwang... Lupa nak cakap, aku sebenarya duduk di St. Peter, lepas 6 bulan baru aku pindah ke St. Giles...Apa yang jadi kat St. Peter, itupun panjang ceritanya juga...
Alamat aku memang pelik, sebab tu sampai hari ni, aku pun tak dapat nak explain, sebenar-benarnya, aku duk kat mana. Bangunan ni, memang akan jumpa sebelum aku sampai kat flat. Jalan kat bangunan ni, kat tepi jalan ni la, aku melangkah balik dari Chalfont & Latimer station. Ikut alamat, ini dah memang Chalfont, tapi dipanggil juga sebagai Newland Park. Memang dulu, aku pakai 2 alamat ni pun. Nasib baik, takde surat yang salah sampai. Time tu biasa la, masih surat menyurat lagi, kan klasik sket...

Friday, February 10, 2012

忘了有多久

再沒聽到你

對我說你最愛的故事

我想了很久

我開始慌了

是不是我又做錯了什麼

你哭著對我說

童話裡都是騙人的

我不可能是你的王子

也許你不會懂

從你說愛我以后

我的天空星星都亮了

我願變成童話裡

你愛的那個天使

張開雙手

變成翅膀守護你

你要相信

相信我們會像童話故事裡

幸福和快樂是結局

你哭著對我說

童話裡都是騙人的

我不可能是你的王子

也許你不會懂

從你說愛我以后

我的天空星星都亮了

我願變成童話裡

你愛的那個天使

張開雙手

變成翅膀守護你

你要相信

相信我們會像童話故事裡

幸福和快樂是結局

我要變成童話裡

Tuesday, February 7, 2012

Tazkirah : Ustaz As-Sayyid Ahmad Faez Hafizuddin Al'Aydarus

Dengan ilmu dan taqwa, ulama-ulama dahulu mereka sentiasa mendapat hidayah dan taufik dari Allah (سبحانه وتعالى). Dari jasa mereka, kita yang hidup di akhir zaman ini mendapat panduan untuk beribadah dan berbakti kepada Allah.

Kitab-kitab peninggalan mereka adalah merupakan karya-karya agung yang terpelihara hingga kini. Mereka menggali, mentafsir, menghurai isi Al-Quran dan hadis-hadis Nabi ﷺ. Semuanya untuk kemudahan orang-orang kemudian seperti kita.

Benarlah firman Allah (سبحانه وتعالى) apabila Dia memuji orang-orang berilmu:


قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. ". (Az-Zumar:39:9)


يُؤۡتِى ٱلۡحِڪۡمَةَ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِڪۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِىَ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا‌ۗ وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (Al-Baqarah:2:269)


إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ

"Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu (ulama).". (Al-Faatir:28)


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

"Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat." (al-Mujadalah:58:11)

Rasulullah ﷺ bersabda bermaksud:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Tujuan tasawuf adalah mendekatkan diri sedekat mungkin dengan Tuhan sehingga ia dapat melihat-Nya dengan mata hati bahkan rohnya dapat bersatu dengan Roh Tuhan. Filsafat yang menjadi dasar pendekatan diri itu adalah, pertama, Tuhan bersifat rohani, maka bagian yang dapat mendekatkan diri dengan Tuhan adalah roh, bukan jasadnya. Kedua, Tuhan adalah Maha Suci, maka yang dapat diterima Tuhan untuk mendekatiNya adalah roh yang suci. Tasawuf adalah ilmu yang membahas masalah pendekatan diri manusia kepada Tuhan melalui penyucian rohnya.

Perjalanan jiwa seorang manusia dalam mencapai Sang Khalik bukanlah perjalanan mulus. Banyak duri menghadang di jalan yang berliku-liku. Tak hanya itu, hempasan badai juga siap melemparkan seorang salik (penempuh jalan) dari tujuan mulianya. Maka, hanya orang-orang yang berilmu dan berhati waja yang sanggup melewati jalan tersebut, mendaki sampai puncak kemenangan, menghadap Al-Haq Sang Pencipta. Mereka bergeming dari berbagai godaan di dunia, tak mau terjebak dalam kehidupan berbalut syahwat di alam fana.

Monday, February 6, 2012

Ilmu

WAHYU

Merupakan ilmu yang disampaikan Allah kepada para rasul dan nabi secara terus, ataupun melalui perantaraan malaikat. Sampainya terus ke jiwa mereka, dan terus dapat dihafal, sertai tidak akan lupa buat selama-lamanya. Ia berlaku tanpa sebarang usaha mahupun ikhtiar dan tanpa diajar. Ini adalah mauhibah (anugerah) Allah Taala. Wahyu membawa syariat baru dan memansuhkan syariat sebelumnya.

ILMU LADUNI ATAU ILHAM
Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.

Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.

Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.

Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.

Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.
Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:

1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.
2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.
3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan  hujah berikut:

PERTAMA: Hujah naqli (nas)
1. Hujah Al Quran
Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.
2. Hujah Hadis
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.
Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.

KEDUA: Bukti Sejarah
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.
1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).
Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.
2. Imam Sayuti
Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.
3. Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.
Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.

FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

KASYAF
Kasyaf ertinya  ’singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.