Thursday, January 31, 2013

KCD-PLF Dialogue Series 2013

Syukur, selesai juga apa yang dipertanggunjawabkan pada aku. Sesungguhnya, dalam gambar ini, adalah saat aku sebagai moderator untuk dialog bersama Negarawan Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, YABhg Tun Dr. Mahathir.

Adalah perkara biasa, untuk merasa nervous, berdebar bila mempunyai tanggungjawab berucap dihadapan beliau, apatah lagi apabila menjadi moderator seperti ini. Bagaimanapun, buat diri ku, saat ini, aku lebih composed, kerana, aku telah pun menemui beliau terlebih dahulu didalam pejabatnya. Apa yang  disampaikan kepada beliau semasa dipejabatnya membuatkan aku merasa lebih tenteram apabila dialog bermula...

Kini aku faham, bagaimana etika kerja seorang Perdana Menteri. Amat mengagumkan.... ia tidak mudah, tetapi beliau berjaya melaksanakannya... Malaysia bertuah, dianugerahkan pemimpin seperti beliau...


Terima kasih kepada yang menjayakan program ini, terutamanya warga KCD, dan of course volunteer yang lain, begitu juga Perdana Leadership Foundation. Cuma agak terkilan, kerana - 1. Ketiadaan video (adalah amat sukar, menjawabnya ketika ditanyakan oleh YABhg Tun, kerana ia telah dijanjikan... 2. Ketiadaan senarai nama dan stationery... 3. Media...bagaimanapun syukur, blogger tetap  hadir.....

Mana yang baik datang daripada Allah, kerana sesungguhnya Dia Maha Sempurna... Aku cuma ibarat setitik air dilautan yang menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.. Akhir kata, seronok dapat mempelajari macam mana kehidupan sebagai isteri Perdana Menteri, semasa duduk dimeja makan bersama YABhg Tun Dr. Siti Hasmah, banyak yang dapat difahami. Aku juga kena tulis disini akan permintaan beliau, YABhg Tun Siti - maaf sekiranya saya kelihatan tidak ramah, pada usia begini, penglihatan saya kurang jelas, ramai yang tersalah anggap apabila saya tidak tersenyum kepada mereka, hakikatnya saya perlu gagal mengecam mereka, bukan kerana saya tidak mengenal mereka...

Terima kasih kepada Dato Bad...