Wednesday, October 24, 2012

مكة المكرمة

   Pengalaman pertama kali aku ke Tanah Suci ialah semasa aku masih lagi menetap di London. Pada hari tersebut, masih aku ingat lagi aku duduk di Park Room (tempat kitaorang semua buat research), duduklah seorang hamba Allah yang menjadi PR Arab Saudi. Tanpa diduga, aku bertanyakan padanya - bagaimana nak ke Mekah. Lalu dia berkata - pergi aje dapatkan visa di Kedutaan Arab Saudi.

   Rumah aku agak jauh dari Central London, untuk dijadikan cerita, esoknya Abhi, akan ke London, lalu aku mohon tumpangkan passport dan borang yang aku dah ada, berserta tiket (zaman tu, tiket kena beli pakai telefon, dan aku berjaya membeli tiket murah, transit di Athens (Greece), sebelum menyambung perjalanan ke Jeddah.

   Abhi, dengan penuh innocentnya menghantarkan passort, tiket dan borang visa ke Kedutaan. Keesokkannya aku diberitahu, yang aku dah DAPAT VISA. Aku panik sekejap, pasal, aku takde duit langsung time tu. Aku berlari ke flat rakan Arab aku itu, dia keluar dan bertanya - kau nak pergi tak ke sana? Aku jawab - ya. Dia balas - abis tu kau takut ape?, aku kata - dwet takde, semua dah abis, gaji belom dapat lagi.. Aku ingat nak tangguh dulu tapi visa dah dapat pulak..

   Lalu keluarlah kata-katanya yang 'original' sebagai penduduk Mekah - 'kau jangan nak berniaga, tawar-menawar dengan Allah. Aku tahu, kau nak pastikan kau lepas thesis, viva, baru nak pergi sana, kalau tidak kau tak pergi, tapi kalau kau dah dapat visa, maknanya, Allah redha kau sampai, dan kau akan berada dibawah lindunganNya... (amik..betul2 dia cakap direct - tapi inilah orang yang memahami erti sebenar Kebesaran Allah)

   Aku terdiam, aku termenung, aku akur dan faham maksudnya...Aku pun bersiap sedia... Dia, sampai dulu di Arab Saudi, dia ada rumah di Jeddah, makanya dia kata dia akan ambil aku dari airport, dan bawakan aku ke Mekah... Akhirnya hari yang ditunggu pun sampai.. Kain Ihram aku beli di Baker Street, ada kedai disana, dan sebuah buku panduan, selebihnya, aku bergantung pada bapa rakan aku tu bila sampai kat sana nanti..

   Pada malam, aku bakal berlepas, aku berjalan2 sekitar Chalfont St. Giles, dengan Zhenya. Malam yang dingin, dan menceritakan detik2 perjalanan kami merantau ke England, dia dari Russia, dan aku jauh dari Timur dunia.., sewaktu dia berjalan, tiba-tiba dia meletakkan sesuatu kedalam kocek jaket ku. Aku merasa akannya, lalu aku bertanya. Apa dia - katanya - I know you have no money, I know you cannot borrow to go there, and I know you need money to survive, so, take this and do not say anything more... (Aku tahu, kau takde duit, aku juga tahu nak ke sana, kau tak boleh berhutang, tapi aku juga tahu kau perlukan duit untuk hidup, jadi, ambil duit ni, dan jangan fikir banyak2).

Bayangkan perasaan aku waktu itu. Seorang mat salleh Russia, yang beragama Orthodox Christian, yang memberi aku duit sara hidup untuk ke Mekah... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui... Wang itu adalah sebanyak £100 (RM500 = Riyal 500). Itulah bekalan aku sepanjang tempoh aku disana.. Bagi yang pernah kesana boleh la bayangkan apa yang boleh aku dapat hidup sebanyak ini untuk 17 hari.. Aku nekad, berpuasa setiap hari, dan minum air zam-zam sepanjang tempoh tersebut...

   Aku pun booking Chilterns Cab, menunggulah aku sorang2 di tepi jalan, berbekalkan beg sandang, teksi mengambil aku dari Gorelands Lane ke Station Chalfont Latimer. Aku sambung lagi naik underground ke Heathrow. (Jauh bezanya kalau dibandingkan dengan kat Malaysia kan, yang menghantar pun ramai, sampai ke airport lagi, sedih gak la time tu, nak ke tanah suci, sebatang kara). Perjalanan aku ke Heathrow je dah ambil masa dekat 3 jam denga public transport, belum dikira naik kapalterbang, dan sehinggalah sampai ke destinasi.. dengan penat, dengan azan dan menjaga rukun & tertib berihram..Tapi itulah hidup orang merantau, tiada manja, tiada berleka dan bersantai...

Kapalterbang yang aku dapat itu kapal terbang Greece, so tak hairanlah aku kena transit kat sane..

   Kalau di Malaysia, kita selalu diingatkan perkara-perkara pelik. Orang kita suka nak dengar cerita magic show. Syukur, pemikiran aku tidak dibelit sedemikian kerana aku datang dari London dan aku pun tidak suka, kerana ini akan menggagal nawaitu orang yang nak pergi, pada aku lebih besar dosa lagi kalau ditakut2kan orang nak ke sana, cuma masih aku ingat, aku rahsiakan perjalanan ini dari semua orang kecuali kakak aku, sorang, akhirnya semua dapat tahu jugak. Pasal, kalau2 la kan, aku meninggal dunia kat sana, karang semua orang ingat aku kat London plak.

   So, dalam kapal terbang, dugaan hebat, kapalterbang bergegar dari take-off sampai landing, berjam-jam lamanya, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku naik kapalterbang. Cabin Crew pun panik, diaorang sampai tak nak senyum lagi bila bagi makan minum, tanya nak makan apa pun tidak, terus letak je dalam tray lepas tu duduk. Aku dah mula menggelabah, sampai tidak aku ni ke Tanah Haram... Allah redha ke insan macam aku ni sampai ke sana...

   Kemudiannya, Akhirnya..sampai juga aku ke Athens... Waktu itu, sempat juga melihat-lihat bumi Athen, sebelum menyambung perjalanan ke Jeddah. Disebabkan destinasi aku adalah Mekah, maka, aku kenalah berihram dari dalam Kapalterbang lagi. Itulah yang aku kena buat, dan itu yang aku buat, so tempoh aku berihram agak panjang la ceritanya... Aku bawa seribu kerisauan, jutaan kesedihan pasal aku ni minoriti kat London, lepas tu kena gasak memanjang, Professor aku yang dari Cambridge tu pulak orang paling sombong dalam dunia (tapi hari ini aku berterima kasih dengan dia), sikapnya, nak fail kan semua assignment dan thesis aku... Aku pulak pergi, tanpa kemewahan..., kena kerja cari duit, duit yang dapat, cukup2 aje...kadang-kadang, tak cukup pun... Nak balik Malaysia time tu, pun takde duit, hikmah Allah, disebabkan tak berduit nak balik Malaysia, aku sampai ke Makkah dulu...

    Masa aku kata yang aku nak ke Mekah, ianya datang secara spontan, aku berpegang pada ketentuan Ilahi, kalau dah sampai masa, dengan izinnya, pasti sampai, tapi kalau tidak dengan izinNya dan KeredhaanNya...walaupun disponsorkan, jangan salahkan sape2 (so aku bingung gak la dengan sorang ahli politik yang marah bila dia tak dapat p sane, katanya isu dia disponsorkan untuk p Mekah dipolitikkan), pada aku, memang patut pun rakyat tanya, 1st - p sana, paling afdhal dengan usaha sendiri, 2nd - kalau Allah redha, dengan jalan kaki pun boleh sampai sana. Tak caye, tanyalah warga yang jalan kaki, mulakan perjalanan 6 bulan awal, so bila sampai betul2 time musim haji..ada insan-insan dimuka bumi ini yang buat sebegitu... Mereka ini adalah unsung heroes...syukur, pengalaman aku melihat dunia, dan sampai ditanah suci membolehkan aku mengenali, merapati mereka ini...

  Sambil aku menulis, baru aku terbaca, yang ada lelaki Bosnia jalan kaki ke Mekah, untuk Haji tahun ini, kan aku dah cakap...




So, inilah gambar aku dalam Ihram. Masa ni aku dah sampai dirumah di Jeddah, Belakang aku penuh dengan kitab, pasal bapa kawan aku tu, pangkat tinggi sikit dari ustaz yang mengajar agama, so rezeki aku la, belajar ibadah di Tanah Suci dari insan yang orang sana pun belajar dengan dia... Dia memang sporting, tak typical ustaz-ustaz convervative, dalam kereta leh main lagu omputeh lagi, takde la ceramah agama memanjang... Tapi, dia mengajarkan aku sesuatu, bermula dari ayat  ni..

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Sebenarnya, ayat ni dibaca kepada ku selepas pulang dari Mekah, so, patutnya aku tulis ceritanya hujung2 nanti..tapi takpe lah, nanti aku sambung lagi Part II

1 comment:

  1. salam kenal n salam lawatan :).. dah follow..sudilah follow saya juga k. yang "Ai Ai, Terbangkan Aku Ke Mesosfera" thanx in advance.........!! :)

    ReplyDelete