Sunday, October 28, 2012

Masjid Irkutsk

   Inilah antara kenangan paling bermakna selain dari di Mekah. Pada waktu ini, aku sedang mengembara merentasi bumi Russia sehingga ke Siberia. Dalam perjalanan balik, aku terfikir, untuk mencari samada wujud atau tidak masjid di bumi Siberia ini, bandar ini namanya Irkutsk, hanya beberapa tahun selepas aku berada disini, timbul nama bandar ini didalam akhbar di Malaysia, kerana Panglima Tentera Udara Malaysia, membuat penerbangan membawa balik Sukhoi yang dibeli ke Malaysia dari Bandar Irkutsk ini. Sewaktu melihat nama ini didalam akhbar, di Malaysia, aku tersenyum sendirian, mengenang kembali, bagaimana aku disana, dan akhirnya, nama Bandar ini akhirnya diketahui (samada diingati, aku rasa tak kot) oleh rakyat Malaysia.


   Inilah gambar jemaah dimasjid tersebut. Jemaah tidak ramai, tetapi mencukupi untuk mengadakan solat Jumaat. Terdapat mimbar, dan semua makmum yang hadir. Pada awalnya, mereka ini agak musykil kenapa aku sibuk mengambil gambar, tetapi aku tahu, peluang untuk sampai ke tempat sebegini adalah sukar. Nak mencarinya aje, sudah hampir membuatkan aku sesat berkali-kali. Terutamanya, masjid ini, asalnya adalah Synagogue, makanya, penduduk sekitar lebih mengingatinya sebagai tempat ibadah Yahudi berbanding Islam. Semasa sampai, aku disapa, kerana, yang menjaganya, menjangkakan, aku ini, bukan Islam. Lalu, mengajarkan aku supaya melihat keliling, dan melihat jam solat 5 waktu mereka. Dia sudah amat berumur, tetapi bukti keimanannya masih utuh. Beliau mengadai nyawa untuk mengekalkan keyakinan imannya kerana zaman komunis, boleh menyebabkan beliau kehilangan nyawa.


   Inilah gambaran jemaah yang berfikir bagaimana untuk menjawab semua soalan aku. Bagaimanapun, perlu aku jelaskan bahawa, solat Jumaat di Masjid ini, adalah sama seperti di Malaysia, so, pastinya AhlusSunnah. Aku masih ingat, akan kebijak saan Imamnya. Katanya kepada ku : apakah anda mampu berbahasa Russia, Aku - geleng, Apakah anda boleh berbahasa Turki, Aku - geleng, Apakah anda mampu berbahasa Arab, Aku - geleng. Apakah anda boleh berbahasa Parsi, Aku geleng juga. Akhirnya, aku dan dia, bersetuju untuk berbahasa Inggeris.  Soalan aku ialah supaya mereka mengetahui bahawa aku ini rakyat Malaysia, walaupun menetap di England. Mereka akan musykil kenapa aku sanggup datang sejauh ini. Aku kata, aku adalah pengembara. Ayat terakhir yang tidak akan aku lupakan ialah ; bila anda pulang ketempat anda, jangan lupa akan kami disini. Hampir menitis air mata aku...., Aku berpegang pada janji, sehingga hari ini, aku akan menceritakannya, dan aku memastikan gambar ini tetap kekal. Syukur, zaman sekarang sudah ada blog... Bagi yang mengganggap cerita aku adalah pembohongan, inilah buktinya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...


   Inilah gambar makmum meninggalkan masjid. Meneruskan kehidupan masing-masing. Aku bertanggungjawab untuk bercerita pada dunia, akan kewujudan mereka, ini jauh lebih awal, sebelum Jejak Rasul TV3 meneroka bumi Russia lagi. Aku sendir pernah membawa cerita ini ke TV3, malangnya mereka perlu melihat nilai komersial, dan aku diminta untuk mencari sponsor bagi mereka ke sini. Makanya aku rasa 'kurang kena caranya'...

   Jadi, janganlah kita terus menghukum mengatakan, mereka ini tiada agama, janganlah kita riak, merasakan Islam kita lebih sempurna dan mereka ini jahil. Imam mereka sendiri mampu bertutur sehingga 4 bahasa. Taranumnya semasa mengaji, adalah sempurna, lengkap dengan waqaf dan ibtida' yang sempurna. Jadi, aku sentiasa mengingatkan diri aku ini, setiap kali aku mendengar mereka yang merasa iman mereka, mengaji mereka, ibadat khusus mereka sempurna, aku mohon pada Allah supaya aku jangan terikut menceritakan apa yang aku buat pada orang, kerana tidak mahu riak, bongkak, dan ujub disisi Allah. Biarlah manusia zaman ini menilai aku sebagai sekular dan sebagainya. Itu tidak mengapa, kerana Allah itu lebih mengetahui...

   Entahlah, pada aku, lebih baik senyap, sepertimana aku senyap semasa ke Mekah. Itulah diri aku sebenarnya. So dibawah ini, adalah gambar aku didepan masjid. Yang cukup daif, mengambil wuduk dari cerek air, kalau musim salji tak dapat aku bayangkan macam mana keadaannya.. ini adalah Siberia, bukan London, so musim sejuk berkali ganda dari UK. Tapi jemaah tetap tabah....


   Kata2 yang disebut oleh makmum supaya mereka tidak dilupakan dan pesan Imam Masjid ini, tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Atas nama tanggungjawab, kisah ini aku ceritakan. Aku amat berharap, ada pihak dari Malaysia yang boleh membantu menaik taraf masjid ini. Bertahun-tahun aku berkongsi cerita ini, tapi tiada satu pun pihak di Malaysia yang tampil, TV hanya nak story je.. Tapi takpalah, kita bermegah dengan masjid kita yang besar dan hebat...kita condemn Russia, mengatakan mereka itu komunis, tidak tahu beragama, dan walaupun mereka ada masjid yang daif, mereka itu sesungguhnya lebih ikhlas...Janganlah dicop mereka ini Chechen, mereka adalah Russia sejati. Aku mohon, jangan kita reka alasan, untuk kita menyedapkan hati kita sendiri... Kalau begitu, kita ini lebih hina dari orang yang kita anggap jahil ini...

1 comment: