Monday, November 25, 2013

Fairmont Heliopolis & Towers Hotel

Semasa menanti untuk berucap, sememangnya aku nervous, kerana memang aku tidak menduga akan berucap di hadapan YABhg Tun M & Wife, Sheikh Al-Azhar termasuk juga Sheikh dari Canada.


Apapun aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Majlis adalah pada hari Sabtu, baru sampai hari Jumaatnya. Mesir, tidak seperti yang aku bayangkan selama ini. Well, I have never set foot in this country before, but I learned how things are over here. Semuanya kena diberi tip, beli air segelas kat warung pun kena bagi tip, beli top-up kat kedai pun kena bagi tip. Apalah nak jadi agaknya.

Jadi aku ucapkan syabas pada pelajar Malaysia di Mesir yang meneruskan kehidupan. Semasa aku sebagai perunding pendidikan lagi, aku masih tertanya-tanya akan keadaan dan kehidupan pelajar Malaysia.... biarlah jawapan itu aku simpan sendiri...


Inilah gambar aku memegang cheque untuk diserahkan ke Gaza. Agak gugup juga mengenangkan tanggungjawab, Alhamdulillah semuanya selesai, pulang sahaja dari Mesir, Presiden Mursi, digulingkan..sememangnya semasa disana pun, dah terasa akan 'kehangatan' akan apa yang bakal berlaku... Thanks pada PGPF Club dan juga pada Dr Omer, tak sangka aku yang bila dia jerit memang terkejut semua orang. Juga bersyukur sempat melawat Makan Imam Syafie, dan juga Husein yang tubuhnya ditempat lain dan kepalanya di Mesir. Inilah kekejaman orang zaman dulu. Tetapi, mereka juga yang melakukan ini, adalah juga Islam. Masih jelas diingatan apa yang disebut oleh Dr Omer Sallah kepada ku semasa mendoakan Saidina Husein..

. Kelakar (not being cynical), ada yg sms aku, tanya aku jadi MC ke kat sana.. well, aku bukan MC kat Mesir... it will be very costly kalau MC nak kena import dari Malaysia. 

Akhir kata, terima kasih to my Board of Trustees. Without their trust, to send me there, I would not have been there in the first place...





Monday, April 8, 2013

KCD Dialogue Seri II

Inilah Dialog II (Ekonomi)
Selepas berdialog, bergambar la. Aku tahu, aku dah janji nak ceritakan bermula dari artikel yang sebelum ini. Well, diringkaskan, Dialog kali ini berkaitan dengan Ekonomi, untuk itu aku berterima kasih dengan Moderator - Sheikh yang amat mahir dalam bidang berkaitan. Seterusnya, aku amat kagum juga dengan soalan yang dikemukakan oleh pelajar yang datang dari seluruh Malaysia. Paling aku kagum, ulasan Tun M sendiri tentang ekonomi. Prof Shamsul Amri baru mengulas manifesto BN semalam diakhbar, yang aku baca, ialah Berita Harian, katanya - ekonomi paling sesuai diulas oleh mereka yang belajar, aku memang setuju dengan prof, so, manifesto BN itu agak relevant, since PM is also from Economics, tapi when Tun M can talk about economics to students, when he is a medical doctor by qualification and profession and his dominant career is a Prime Minister till retirement, that explains it all. He is a bona fide intellectual. Lagipun, he not only talk, he has proven it, not to Malaysian, but even to the world. What else is left to be said.

About the event, well, thanks to all members, everyone did their best, especially to President, who made a huge effort here. My scope is minutiae je... Regarding the baju Melayu, well, it is Friday, and I think, KCD is not defined or seen as ultra Malay because of Baju Melayu. It is a respect to the Jumaat day itself. In fact, I think, the next time it will be on other days, so, it will be back to suit and tie.

Furthermore, Tun M realises that, since the entire dialogue was in English. As the present PM said, Melayu Glokal, I reckon, that is manifested. The entire philosophy is an an artistic adventure, apart from the intellectual objective.

We have a lot to learn......
(siapa yang aku maksudkan denga WE, tepuk dada, tanyalah selera...)

So, I summed it up the 2 Dialogue, ok. Yang previous one, biarlah kekal dalam memori.
Apa yang ditanyakan sewaktu bertemu Tun M, biarlah rahasia.... cuma aku dan seorang lagi...



Mesyuarat berkaitan Mushaf

Bila mendengar perkataan Musyaf ini, aku agak keliru, kenapa perlu adanya Mushaf tersendiri untuk Palestin, tapi selepas dijelaskan oleh Pengerusi, baru aku memahami, rupa2nya, di Singapura dan Malaysia pun ada. Well, ini adalah kelebihan penganjur, memang bidang mereka.

Tetapi yang paling penting, bila ditekankan akan diaspora Palestin, yang membuatkan aku melihat akan lebih jauh, dan doa yang disertakan untuk memastikan keamanan dan keadilan di Palestin. Inilah yang paling utama, disebalik usaha Mushaf Al-Quran ini. Kosnya memang ada, kelihatannya, itu tujuan utamanya. Tempoh adalah diantara 1 hingga 2 tahun.

Selain dari itu, aku tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh salah seorang yang hadir di mesyuarat tersebut. Katanya - sewajarnya, hadis yang berkaitan dengan kezaliman turut dimasukkan, begitu juga dengan ayat  - ayat berkaitan di higlightkan untuk memastikan ia relevant dengan perjuangan tersebut.

Dan yang paling menarik, sahabat Restu mencadangkan pertandingan catur diantara Palestin dan diasporanya termasuk juga dengan Lawan Palestin itu. Pada aku, idea tersebut teramat baru tetapi amat menarik.

Itu je yang aku nak komen, untuk rujukan dilain kali..

Monday, February 4, 2013

Thursday, January 31, 2013

KCD-PLF Dialogue Series 2013

Syukur, selesai juga apa yang dipertanggunjawabkan pada aku. Sesungguhnya, dalam gambar ini, adalah saat aku sebagai moderator untuk dialog bersama Negarawan Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, YABhg Tun Dr. Mahathir.

Adalah perkara biasa, untuk merasa nervous, berdebar bila mempunyai tanggungjawab berucap dihadapan beliau, apatah lagi apabila menjadi moderator seperti ini. Bagaimanapun, buat diri ku, saat ini, aku lebih composed, kerana, aku telah pun menemui beliau terlebih dahulu didalam pejabatnya. Apa yang  disampaikan kepada beliau semasa dipejabatnya membuatkan aku merasa lebih tenteram apabila dialog bermula...

Kini aku faham, bagaimana etika kerja seorang Perdana Menteri. Amat mengagumkan.... ia tidak mudah, tetapi beliau berjaya melaksanakannya... Malaysia bertuah, dianugerahkan pemimpin seperti beliau...


Terima kasih kepada yang menjayakan program ini, terutamanya warga KCD, dan of course volunteer yang lain, begitu juga Perdana Leadership Foundation. Cuma agak terkilan, kerana - 1. Ketiadaan video (adalah amat sukar, menjawabnya ketika ditanyakan oleh YABhg Tun, kerana ia telah dijanjikan... 2. Ketiadaan senarai nama dan stationery... 3. Media...bagaimanapun syukur, blogger tetap  hadir.....

Mana yang baik datang daripada Allah, kerana sesungguhnya Dia Maha Sempurna... Aku cuma ibarat setitik air dilautan yang menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.. Akhir kata, seronok dapat mempelajari macam mana kehidupan sebagai isteri Perdana Menteri, semasa duduk dimeja makan bersama YABhg Tun Dr. Siti Hasmah, banyak yang dapat difahami. Aku juga kena tulis disini akan permintaan beliau, YABhg Tun Siti - maaf sekiranya saya kelihatan tidak ramah, pada usia begini, penglihatan saya kurang jelas, ramai yang tersalah anggap apabila saya tidak tersenyum kepada mereka, hakikatnya saya perlu gagal mengecam mereka, bukan kerana saya tidak mengenal mereka...

Terima kasih kepada Dato Bad...