Friday, October 5, 2012

Mother Superior Agnes Mariam

Sewaktu aku dapat sms, bertanyakan apakah aku boleh jadi MC untuk program Dialog Mother Superior yang akan singgah di Malaysia dalam perjalan menuju ke Australia. Aku agak tergamam, pasal aku tak sangka secepat ini. Pasalnya, aku tak sempat nak buat homework, cuma, kerana berdasarkan kepada kefahaman aku tentang Theologi, makanya aku bersetuju jugalah. Lagipun, aku pun rasa, eloklah aku memudahkan orang yang dah memberi kepercayaan. Oleh itu, terimakasih pada Perdana Global Peace Foundation (PGPF)

Sewaktu aku ke PGPF untuk dapat maklumat terkini tentang program dialog, PGPF dikejutkan dengan kedatangan Archbishop. Aku yang tengah menulis ucapan aku, terus letak pen, memikirkan apa yang bakal berlaku dengan kehadiran Bishop. Pasal, dah lama pun aku tak berhubung dengan orang sebegini. Lainlah masa aku di Liverpool dulu, memang Dekan aku sendiri, Bishop. Tapi, thrill jugalah, pasal, kali ini di Malaysia.


Inilah beliau, namanya panjang, dia merupakan rakyat Malaysia, cuma mungkin tak ramai tahu, macam mana laluan yang perlu ditempuhinya untuk sampai ke pangkat sebegini. Dengan penuh tawaduk, dia membongkokkan diri, untuk menulis nama didalam senarai buku daftar pelawat sambil diperhatikan yang lainnya. Dah lama aku tak tengok, orang didalam attire cam gini. Dulu-dulu, hampir setiap hari..


Bersama dengan "The Most Reverend Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam, The 3rd Metropolitan Archbishop of the Roman Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur to Malaysia " - inilah yang aku kena sebut sebijik - sebijik dalam ucaptama aku. Aku rasa inilah antara nama paling panjang aku kena sebut selain dari DYMM YDP Agung Malaysia...

Dia selesa bergambar dengan aku, dia boleh la letak tangan kat bahu aku, aku tak boleh pasal dia - Reverend. Masa berbual, aku tengok ramai yang tak pasti nak panggil apa, pasal title dia panjang sangat, aku panggil Reverend, pasal memang itu yang sepatutnya. Aku ingatkan semua yang lain dah tahu. Bila dia dengar aku, panggil dia macam tu, dia tahu yang aku faham protokol keyakinan-iman dia. Well, ada jugaklah faedahnya aku belajar dulu. Anyway, gambar ni lepas majlis selesai, so, memanglah dia kenal aku time tu pun, pasal aku yang jadi hos. Cuma, sebelum bergambar ni, ada lah 'makmum' dia, borak, menceritakan betapa, tawaduk, dan zuhudnya dia. So, bila makmum dia kata - dia ni, teramat zuhud sampai hanya berselipar untuk ke airport. Aku bertanya - apakah disebabkan oleh sikapnya, atau keyakinannya atau kerana dia telah bernazar. Bila aku sebut 'nazar', makmum dia terkedu sikit, langsung bertanya, mana aku taw....kwang kwang kwang...Aku akhirnya jawab, yang aku memang belajar Theologi kat Liverpool dulu. Apa pun, aku puji sikap friendliness Reverend ni.


Menyambut kedatangan Mother Superior Agnes Mariam (nama agak panjang, cuma tak sepanjang Reverend tadi), datangnya dari Syria, dan dia masa keluar kereta je, terus tengok badge aku, dan berkata - Yes, WAR IS A CRIME. Memang tajam pandangan dia, and she is very jovial and cheerful. Dia asalnya orang Arab Palestin, dan menetap di Gereja di Syria, sampailah usaha keamanan yang dibawa olehnya itu, mengancam nyawa dia sendiri, so, dia terpaksa mendapat keselamatan di Lebanon, tapi katanya jiwa dia masih di Lebanon. Ucapannya didalam Bahasa Inggeris yang berlevel - Diplomat. Banyak juga perkataan dia yang aku rasa, memang agak 'tinggi'. Mungkin disebabkan dia terlalu banyak didalam International Conference. Anyway, aku salute usaha 'Musallaha' yang dia bawa

Yes, it is an Arabic word - Mussallah. Maknanya - reconciliation. Ramai jugak yang bertanya itu emotional, but this Mother Superior is very sharp, dia jawab, right there and then to all. Aku la yang terdiam sekejap, macam mana aku nak interrupt, orang Arab tanya pada orang Arab yang lain. Walaupun berbahasa Inggeris, tapi, angle soalan dia, memang sesama diaorang je yang faham maksud. Believe me - I know. They may use the word that we all know, but only among them, will know, the invisible meaning of the words...


Inilah aku, thanks PGPF, yang begitu yakin aku ni bukan SHY GUY, Syarifah yang pegang kamera dan ambilkan gambar aku. Dia juga ada recordingkan ucapan pendek aku tu, nantila ye, aku uploadkan kat YouTube.


Inilah program dialog yang aku MCkan..sempat juga bergambar dengan Mother Superior Agnes Mariam....

No comments:

Post a Comment