Saturday, May 26, 2012

PETA PEMIKIRAN ASTORA JABAT DALAM ISU 'AURAT

Mohd. Asri b. Zainul Abidin
(UIA-0194121314/ [EMAIL PROTECTED])

Bagi sebahagian muslimin yang tidak begitu biasa dengan istilah-istilah dan
kitab-kitab para ulama dan tokoh cendiakawan Islam, mungkin merasa hebat apabila
mendengar atau membaca seseorang menggunakannya dalam ucapan dan tulisannya.
Dengan kekaguman itu mereka seolah terpukau sehingga tidak dapat menilai sejauh
manakah kebenaran fakta yang dibawa. Demikian halnya sebahagian yang membaca
tulisan-tulisan Astora Jabat. Dengan menyebut beberapa tulisan Arab dan
mempermudahkan dalam menyandarkan sesebuah pendapat kepada sesuatu mazhab, tanpa
membuat semakan detail ketepatannya, maka Astora cuba mempengaruhi sesiapa yang
boleh dipengaruhinya.

Tulisan ini adalah siri awal yang cuba mengajak umat Islam di negara melihat di
manakah letak pemikiran Astora Jabat
dalam kerangka pemikiran modern. Pada peringkat ini saya hanya bercadang untuk
melihat secara umum kedudukan
aliran pemikiran Astora. Terlebih dahulu, saya juga ingin pembaca memahami
bahawa saya tidak berniat jahat atau
berhasad dengannya. Saya hanya mengenali beliau dari cara dan gaya serta aliran
yang diambil dalam tulisannya.

Sebenarnya, segala yang cuba dicanang dan ditonjolkan oleh Astora bukan perkara
baru dalam sejarah serangan atau
pandangan pemikiran Barat terhadap Islam dan umatnya. Bagi saya Astora tidak
lebih hanya menceduk tulisan beberapa
buku dan tokoh serta nota kaki mereka kemudian mengemukakan kepada umat Islam di
Malaysia seolah-oleh itu adalah
kajian beliau.

Saya juga percaya bahawa senarai kitab-kitab atau pandangan-pandangan mazhab
yang disebut oleh Astora, kebanyakan
beliau sendiri tidak pernah merujuk dan menyemaknya sebaliknya hanyalah sekadar
menceduk apa yang disebut oleh
penulis yang lain Kaedah ini sebenar melanggar disiplin ilmiah dunia akademik.
Cara ini hanya dilakukan oleh seseorang
yang tidak mementingkan ketulenan fakta. Dia lupa bahawa pandangan-pandangan
yang berikan oleh setiap tokoh diukur
ketepatannya dengan al-Quran dan as-Sunnah ath-Thabitah bukan sekadar
memungutnya. Sejak sekian zaman umat
Islam yang memegang aliran Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah bersepakat tanpa khilaf
bahawa segala perselisahan
rujukannya ialah al-Quran dan as-Sunnah. Nas-nas dalam hal ini sangat banyak
yang tidak perlu diulangi. Pandangan
setiap individu ditimbang dengan timbangan ini.

Sebagai contoh cuba lihat sikap Astora terhadap aurat wanita yang disiarkan pada
17 Oktober 1999 dalam Utusan
Malaysia. Beliau cuba membawa suatu pandangan yang menganggap rambut wanita
bukanlah `aurat dan menutup kepala
itu sebenarnya menutup akal. Pandangan ini sebanar tidak lebih hanya petikan
pandangan dua orang tokoh Mesir yang
mendewakan kehidupan Barat iaitu Al-`Ashmawi dan `Abd al-`Azim Ramadhan.
Keduanya menganggap kepala wanita
bukanlah `aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal. Pandangan mereka
yang batil itu telah dijawab oleh
Mufti Mesir Muhammad `Ali at-Tantawi dan tokoh mufassir Mesir, as-Syeikh
Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi r.h.
Sesiapa yang inginkan pendetilannya boleh rujuk buku "al-Gharah `ala al-Hijab".
Buku tersebut menyebut hujah-hujah
kedua lelaki berkenaan serta jawapan at-Tantawi dan al-Mutawaali asy-Sya'rawi
terhadap mereka.

Perjuangan menentang hijab berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya hijab adalah
punca kemunduran dunia Islam. Mereka
lupa bahawa punca kemunduran sebenar kerana kita meninggalkan agama yang tulen
dan membiarkan kepalsuan, bid`ah
serta kemungkaran hidup dalam masyarakat. Mereka ini akan cuba mengulas nas agar
menepati selera dan kehendak
mereka. Marqus Fahmi dalam tulisannya al-Marah fi asy-Syarq juga mempertikaikan
hijab. Ini telah dijawab oleh
tokoh-tokoh Islam semasa termasuk Anwar al-Jundi.

Persoalan aurat sudah banyak dibahaskan. Setiap pengkaji Islam boleh merujuk
kitab-kitab tafsir yang beralaskan
nas-nas syarak dalam menafsirkan Surah al-Ahzab 59 dan an-Nur 60. Para ulama
dalam ini, ada yang bertegas
menyatakan seluruh tubuh wanita adalah `aurat. Ini seperti yang dipegang oleh
kebanyakan ulama di Saudi sekarang.
Sesiapa yang ingin pendetilan bolehlah merujuk kepada kitab-kitab fatwa masyaikh
di Saudi antaranya buku al-Hijab
yang ditulis oleh as-Syeikh Soleh Fauzan. Sementara jumhur ulama pula menyatakan
muka dan tapak tangan tidak
termasuk dalam `aurat. Hujah-hujah yang kuat dalam masalah ini telah dijelaskan
as-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam
bukunya Al-Niqab lil al-Mar ah baina al-Qaul bi bid`atih wa al-Qaul bi Ujubih.
Saya amat cenderung kepada
pendapat jumhur ini. Ada fuhaqa dari Mazhab Ahnaf (Hanafi) yang lebih longgar,
membenarkan pergelangan kaki dibuka.
Abd al-Karim Zaidan telah menghimpunkan perbincangan ini dalam tulisannya
al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah. Saya
tidak bercadang untuk mendetilkan persoalan ini sebaliknya sekadar untuk
menjelaskan bahawa adalah lebih baik para
pembaca merujuk kepada para ilmuan dan cendiakawan Islam yang dipercayai
agamanya dari merujuk kepada sesiapa
sahaja yang diragui diri dan ilmunya.

Di samping itu saya mencabar Astora untuk mendetilkan alasannya yang menyatakan
kepala wanita tidak dikira `aurat.
Persoalannya, mengapakah isu tutup `aurat sering kali diserang ? Apakah
tujuannya?

Serangan ini muncul sejak lama lagi. Antara puncanya adalah tindakbalas umat
Islam terhadap perkembangan yang
berlaku di dunia Barat. Barat yang sebelumnya ketinggalan jauh di bandingkan
kemajuan yang pernah dicapai oleh umat
Islam kembali berjaya menguasai tamdun kebendaan dan cuba memunculkan diri
mereka sebagai simbol kejayaan
tamadun manusia moden. Ini sebenarnya hasil kecuaian umat Islam terutama
golongan agama dan pemerintah. Justeru itu
semua pandangan bangsa-bangsa tertumpu kepada Barat, termasuklah umat Islam.
Barat telah dianggap kononnya simbul
kepada gaya hidup zaman modern, juga kononnya mereka adalah pejuang hak dan
kebebasan manusia moden.

Dalam menghadapi cabaran ini dunia umat Islam yang tidak mahu dianggap
ketinggalan zaman maka munculnya tiga sikap
utama muncul dalam melihat kemajuan dunia Barat.

i.Di kalangan mereka ada yang menerima apa sahaja dari Barat dan menolak agama
serta tidak menghiraukan
langsung nas-nas agama. Ini seperti Taha Hussain di Mesir. Beliau menyeru agar
Mesir mencontohi dan
meninggalkan keislamannya untuk maju kehadapan. Katanya dalam bukunya Mustaqbal
ath-Thaqafah fi Misr,
"Jalan ke arah itu hanyalah satu..iaitu kita mesti mengikut jejak langkah
orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita
mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamudunan, sama ada yang
baik atau yang buruk, sama
ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicercai".
Bahkan dalam beberapa tempat
beliau dengan jelas mengajak agar Mesir meniru Eropah sekalipun dalam beragama.
Bagi golongan ini, menutup
`aurat sudah pasti ditentang oleh mereka kerana ianya boleh membezakan kita
dengan Barat.

Ahmad Reda Bik yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan
Islam di Turki menganggap
bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya
maka tiada kedaulatan
undang-undang dan kebebasan di Turki. (lihat: al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab
al-Mu`asir, jld 2, m.s. 273)
ii.Golongan yang kedua, mereka tidak menyatakan mereka menolak agama tetapi apa
yang mereka lakukan ialah
cuba menafsirkan nas-nas Islam agar sesuai dengan kehidupan moden di Barat. Apa
sahaja nas al-Quran atau
as-Sunnah yang menyanggahi Barat akan cuba ditakwil sedaya upaya agar dapat
disesuaikan dengan cara hidup di
Barat. Di zaman ini mereka dikenali dengan Islam ala Amarika. Bagi mereka
seolah-olah kehidupan Barat adalah
asas dan nas-nas mesti disesuaikan dengannya. Sedangkan dalam manhaj Islam
nas-nas al-Quran adalah asas dan
kehidupan mesti disesuaikan dengannya bukan sebaliknya. Ini seperti yang disebut
oleh al-Qaradawi dalam
al-Marji`iyyah al-`Ulya fi al-Islam, "Mereka menuntut agar Islam berubah tetapi
mereka tidak meminta agar
perubahan diislamkan".

Kalaulah sekiranya wanita Barat memakai purdah, percayalah mereka
sungguh-sungguh mempertahankan dalil
wajib memakai purdah. Kalau wanita Barat bertudung nescaya bersungguh-sungguh
mereka kumpulkan dalil wajib
bertudung kepala. Namun oleh kerana mereka melihat dunia Barat tidak menutup
`aurat seperti wanita Islam maka
segala nas agama cuba ditafsirkan agar bersesuai dengan keadaan tersebut. Lihat
apa kata seorang tokoh mereka,
Dr. `Imad `Abd al-Hamid an-Najar dalam Jaridah al-`Akhbar, "..adapun mengenai
hijab dan percampuran antara
wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh
ditentukan oleh sesebuah masyarakat
berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang
memudahkan individunya. Apa
yang disebut oleh al-Quran mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri
Rasulullah. Hukum-hakam ini bukan lah
semestinya berkaitan dengan seluruh wanita."

Ini adalah jelas, sama seperti Astora. Dewasa ini ianya dikenali sebagai aliran
Islam Amerika. Mereka ini tidak
menyatakan yang mereka inginkan tinggalkan agama tetapi mereka tafsirkan agama
seiras pandangan-pandangan
umum yang diterima oleh masyarakat Barat. Sedangkan, disiplin asas dalam
pengkajian nas hendaklah nas-nas
yang menentukan sesuatu keputusan bukan keputusan yang menentukan tafsiran nas.
Kata tokoh tafsir terkenal di
zaman ini, Dr. Solah al-Khalidi dalam buku Mafatih li at-Ta`amul ma`a al-Quran:
"Sesungguhnya sebahagian
manusia telah tersalah dalam hubungan mereka dengan al-Quran. Mereka memasuki
alam al-Quran yang luas
dengan cara yang tidak betul. Di kalangan mereka ada yang membawa bersamanya
(dalam memasuki alam
al-Quran) himpunan ilmu pengetahuan, thaqafah, akhlaq, adat istiadat dan sikap
yang bertentangan dengan arahan
al-Quran, maka cahaya al-Quran terhalang darinya. Ada pula yang memasuki alam
al-Quran dengan suatu
pemikiran sebelumnya yang mengganggu fikirannya ketika dia melihat al-Quran maka
terhalanglah pandangannya,
lantas dia terjatuh dalam kekaburan dan kekeliruan. Ada pula yang mengambil
al-Quran dengan niat serta
latarbelakang tertentu, juga tujuan yang hendak diperolehinya maka dia
menyelewengkan jalannya, memutar
belitkan, memaksa-maksa dalil dan nas dan memayah-mayahkan ulasan untuk
dijadikan alasan bagi dirinya.."

Dengan melalui kaedah yang salah ini, segala dalil akan ditafsirkan agar serasi
dengan kehendak yang diputuskan.
Inilah cara al-Quran diperalatkan. Sesiapa yang ingin penjelasan yang detil
dalam bab ini, dia boleh merujuk
kepada buku tulisan al-Khalidi di atas. Astora nampak begitu tekun meliti jalan
ini. Jalan yang memaksa al-Quran
dan as-Sunnah mengikut keputusan yang dibuat bukannya keputusan yang bakal
dibuat mengikut al-Quran.

iii.Golongan ketiga menapis apa yang ada di Barat dengan tapisan Islam. Kemajuan
diakui, bahkan kemajuan yang
dinikmati di Barat adalah cedukan dari kemajuan yang pernah wujud di dunia
Islam dahulu. Bukan semua yang
ada di Barat mesti ditolak. Namun bukan semua mesti diterima. Timbangannya ialah
tafsiran yang betul terhadap
nas-nas- al-Quran dan as-Sunnah. Islam adalah agama yang hidup dan sesuai untu
segala masa dan zaman.
Kaedah syara' juga menyatakan bahawa "tidak dinafi perubahan hukum dengan
perubahan zaman". Tetapi
hendaklah dibezakan bahawa di dalam ajaran Islam ada perkara yang tetap dan yang
boleh berubah. Inilah
golongan dan pendirian umat Islam yang lurus dengan agamanya. Adalah dicadangkan
kepada Astora Jabat
melaluinya.

Tujuan Astora Jabat

Saya melihat tujuan Astora menulis tidak lebih melainkan untuk kepentingan
golongan tertentu dalam negara ini. Terutama
golongan politik pemerintah. Tulisannya yang fakir dari perasaan takutkan Allah
dan sunyi dari penghormatan terhadap
tokoh-tokoh umat. Racun-racun yang Astora yang taburkan dalam tulisannya adalah
sama dengan racun-racun yang
pernah ditaburkan oleh golongan orientalis sejak dahulu. Saya seakan-akan dapat
memaafkan orientalis kerana mereka
memang tidak beragama dengan agama ini, bagaimana meraka akan menyokongnya.
Namun Astora Jabat menyatakan
dirinya muslim tetapi sering menggunakan racun yang sama. Ini sesuatu yang sukar
dimaafkan.

Dengan penuh kesedaran juga, saya katakan, masih ada perkara-perkara yang
berhajat kepada semakan di dalam ajaran
Islam yang diamalkan, terutama yang membabitkan persoalan ijtihad. Namun
hendaklah dibekalkan dalam jiwa pengkaji
perasaan takutkan Allah dalam memetik hukum-hakam, bukan tamakkan pangkat dan
harta. Pintu ijtihad terbuka dan
tiada siapa berhak menutupnya. Bagaimanapun bagi ijtihad itu ada syarat-syarat
yang tidak boleh diketepikan dengan
mudah.

Hukum Berpegang Kepada Banyak Mazhab FIQH Dalam Satu Masa

Assalamualaikum
Di Negara kita Malaysia, mazhab Syafi’i merupakan mazhab rasmi ummat Islam. Pertanyaan saya bolehkah kalau saya tidak mengikut pendapat Mazhab Syafi’i sepenuhnya dalam amalan2 saya. Contohnya saya ingin mengikut pendapat Hanafi dalam berwudhu’ iaitu batal wudhu’ hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Sementara dalam masalah solat saya mengikut mazhab Syafi’i, bolehkah jika demikian?
Sekian, Wassalam



JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Perkara ini menyangkut masalah taqlid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
Taqlid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.
Seperti seseorang itu mengikut pendapat Imam Syafi’i tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.
Apa hukum bertaqlid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada dua:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’i dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
Dalam masalah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.
2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan sebelum ini mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.
Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Imam Malik,Imam Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.
Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).
Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.
Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’i, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.
Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’i dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.
Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.
Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’i dengan membaca Bismillah, esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.
Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.
Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.
Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’i telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
2. Mengambil pendapat yang paling ringan daripada mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Disamping itu dalam masa yg sama dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.
Ittiba’
Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.
Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.
Di Malaysia, kita dapati amalan kita bercampur2 dengan maksud kita mengambil berbagai pendapat mazhab dalam amalan seharian kita.
Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulama’ tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terusdilakukan, semuanya akan menerima.
Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’i – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk .Jadi untuk menukar pandangan dari beramal dengan satu mazhab kepada pelbagai mazhab, kita perlu melakukan dengan beransur-ansur dan berhati, dan mungkin juga mengambil masa yang lama.
Wallahu ‘A’lam.

(http://johor.ikram.org.my/Soal%20Jawab%20Agama/Soal%203.html)

AURAT DALAM ISLAM (MENURUT 4 MAZHAB)


PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai “ahlul bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ”

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.

Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:



1. Suami

2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.

3. Ayah mertua

4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami.

Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.

8. Anak saudara dari saudara perempuan.

9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.

10. Hambanya Sahaya.

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.

Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.



Al-Quraan dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;

Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ”

Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:

“Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.

6. Aurat ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu’awiyah bin Haidah mengatakan: “Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?” Baginda menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?” Baginda menjawab: “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: “Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab: “Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain”.

(Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)

BATAS AURAT

Semua imam mazhab mensyaratkan menutup aurat supaya sembahyang menjadi sah sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi para fuqahak’ mempunyai pendapat berbeza dalam menetapkan batas aurat bagi orang lelaki, hamba perempuan dan juga orang perempuan biasa (bukan hamba). Pendapat mereka secara terperinci adalah seperti berikut:

MAZHAB HANAFI

Aurat orang lelaki ialah di bawah pusat hingga di bawah lutut. Maka lutut adalah aurat menurut pendapat yang asah berdasarkan Hadith berikut:

Aurat orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lututnya. Hadith Nabi

Berdasarkan sebuah Hadith da’if menurut pendapat al-Daruqutni:

Lutut adalah sebahagian daripada aurat.

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… .

(Sarah al-Nar 24:31)

Aurat hamba perempuan sama dengan aurat orang lelaki. Tetapi ditambah belakang, perut dan sisinya. Ini berdasarkan perkataan Umar r.a. yang bermaksud:

“Buangkanlah kain tudung kepala wahai hamba perempuan. Apakah kamu menyerupai wanita-wanita yang merdeka?”

Disebabkan dia (hamba perempuan) keluar dari rumah untuk keperluan tuannya dengan memakai pakaian kerjanya seperti biasa, maka dianggap sebagai muhrim (orang yang diharam kahwin) bagi orang lain untuk mengelakkan kerumitan.

Orang perempuan (selain hamba) dan khunsa (orang yang tidak tentu sifat jantinanya), menurut pendapat yang asah di kalangan ulama’ Hanafi, aurat mereka ialah seluruh anggota tubuh sehingga rambutnya yang berjuntai, kecuali muka, kedua-dua tapak tangan dan kedua-dua kakinya (pergelangan hingga hujung jari), baik di sebelah luar mahupun sebelah tapak menurut pendapat yang muktamad kerana darurat.

Menurut pendapat yang rajih, suara bukanlah aurat. Menurut pendapat yang azhar, sebelah luar tapak tangan adalah aurat. Tetapi menurut pendapat yang asah, tapak tangan dan sebelah luarnya bukan aurat.

Menurut pendapat yang muktamad, kedua-dua kaki bukan aurat semasa sembahyang. Tetapi menurut pendapat yang sahih, kedua-duanya adalah aurat dari segi penglihatan dan penyentuhan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

Tempat perhiasan yang zahir ialah muka dan dua tapak tangan, sebagaimana perkataan Ibn Abbas dan Ibn Umar, dan sabda Rasulullah s.a.w.:

Orang perempuan itu aurat, apabila ia keluar, maka syaitan memandang kepadanya.228

Dan Hadith riwayat `Aisyah yang telah disebut sebelum ini:

Wahai Asma’, orang perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini.

Baginda menunjukkan kepada mukanya dan kedua-dua tapak tangannya.229

Begitu juga Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini:

Allah S.W.T. tidak menerima sembahyang orang perempuan yang sudah datang haid (baligh) tanpa tudung kepala.

Ditegah perempuan remaja daripada memperlihatkan mukanya di kalangan orang lelaki. Tegahan itu bukan kerana muka itu sebagai aurat, tetapi untuk mengelak timbulnya fitnah atau nafsu syahwat. Tujuan tegahan memperlihatkan mukanya adalah kerana dibimbangkan orang lelaki akan melihat mukanya yang boleh mengakibatkan timbul fitnah. Ini kerana dengan memperlihatkan muka membolehkan orang lelaki memandangnya dengan keinginan syahwat.

Tidak harus melihat muka orang perempuan dan pemuda yang belum tumbuh misai dan janggut (yang masih terlalu muda) dengan nafsu syahwat, kecuali kerana keperluan, seperti kadi, saksi atau pembuktian terhadapnya dan orang yang ingin meminang boleh melihatnya sekalipun timbul nafsu syahwat, tetapi dengan niat beramal dengan Sunnah Nabi, bukan untuk memuaskan nafsu. Begitu juga ketika mengubati tempat yang sakit sekadar yang diperlukan.

Menurut pendapat yang muktamad di kalangan ulama’ Hanafi, mendedahkan satu per empat bahagian anggota aurat (yang berat, mughallazah, iaitu kemaluan hadapan dan belakang dan sekelilingnya, ataupun aurat ringan (mukhaffafah), iaitu selain dua kemaluan tadi) dengan tidak sengaja selama kadar melakukan satu rukun sembahyang, maka terbatal sembahyang itu.

Ini disebabkan satu per empat bahagian sama hukumnya dengan seluruh bahagian, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi tidak terbatal sembahyang jika terdedah kurang daripada satu per empat.

Oleh itu, jika seseorang mendedahkan satu per empat daripada perut, paha, rambut yang berjuntai daripada kepala, kemaluan belakang, zakar, kedua-dua buah zakar atau kemaluan hadapan perempuan, maka terbatal sembahyangnya jika berlalu selama kadar melakukan satu rukun sembahyang, tetapi jikalau tidak berlalu selama kadar tersebut, maka tidak terbatal sembahyangnya itu.

MAZHAB MALIKI

Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.

Aurat hamba perempuan ialah kedua-dua kemaluan dan papan punggung. Oleh itu, jika terdedah sesuatu daripadanya atau terdedah paha seluruhnya atau sebahagian daripadanya, maka hendaklah diulangi sembahyang dengan segera sebagaimana juga orang lelaki.

Waktu mengulangi sembahyang bagi sembahyang Zuhur dan Asar ialah semasa matahari kekuningan. Bagi sembahyang Maghrib dan Isya’ pula ialah seluruh malam dan bagi sembahyang Subuh semasa naik matahari.

Aurat berat (mughallazah) orang perempuan (bukan hamba) ialah seluruh badan kecuali dada, tepi kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki (dari pangkal paha hingga hujung jari) dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dada sama hukumnya dengan dada.

Jika terdedah aurat ringan (mukhaffafah) daripada dada atau sebahagian daripadanya sekalipun belakang kakinya bukan perut kakinya, maka hendaklah diulangi sembahyang pada masa yang dikehendaki sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, iaitu bagi waktu Zuhur dan Asar sewaktu kekuningan dan bagi waktu Maghrib dan Isya’ sepanjang malam dan bagi waktu Subuh ialah naik matahari. Itu adalah daripada segi sembahyang.

Dari segi pandangan dan sembahyang, maka diwajibkan juga menutupnya. Tidak disyaratkan tutup aurat bagi orang lelaki dan hamba perempuan di luar sembahyang. Aurat orang perempuan (selain hamba) di hadapan orang perempuan Islam atau kafir ialah antara pusat dengan lutut.

Wajib menutup seluruh tubuh orang perempuan (selain hamba) ketika berada di hadapan lelaki asing (bukan muhrim) kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan, kerana kedua duanya bukan aurat. Namun begitu diwajibkan juga menutup muka dan tapak tangan supaya tidak menimbulkan fitnah.

Orang lelaki tidak dibenarkan melihat dada orang perempuan muhrim dan seumpamanya, sekalipun sebab menjadi muhrim itu kerana persemendaan dan persusuan, kecuali muka dan bahagian-bahagian termasuk tengkuk, kepala dan belakang tapak kaki dan sekalipun penglihatan itu tidak menimbulkan keseronokan.

Hukum tersebut berbeza dengan hukum di sisi ulama’ Syafi’i dan para ulama’ lain yang membenarkan melihat seluruh tubuh kecuali antara pusat dan lutut. Kebenaran itu adalah sebagai kemudahan (fushah).

Daripada huraian itu, jelas bahawa aurat orang lelaki dan orang perempuan dalam sembahyang terdiri daripada aurat berat (mughallazah) dan aurat ringan (mukhaffafah).

Aurat berat bagi orang lelaki ialah kemaluan hadapan dan lubang dubur. Aurat ringan mereka ialah bahagian-bahagian selain kemaluan hadapan dan lubang dubur yang terdapat di antara pusat dan lutut.

Aurat berat bagi hamba perempuan ialah kedua-dua papan punggung dan yang terdapat di antara seperti lubang dubur, kemaluan hadapan dan yang di atas daripada ari-ari. Aurat ringan baginya ialah paha dan apa yang terdapat di atas ari-ari sehingga pusat. Aurat berat bagi orang perempuan (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya kecuali kaki, tangan, dada dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dada. Aurat ringan baginya ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya.

Oleh itu, jika seseorang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat berat, sedangkan ia tahu dan berdaya untuk menutupinya sekalipun dengan membeli atau meminjam, menurut pendapat yang rajih, maka terbatal sembahyangnya dan hendaklah diulangi menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Maliki.

Sebaliknya, seseorang yang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat ringannya, maka tidak terbatal sembahyangnya sekalipun hukum membuka aurat ringan ialah makruh dan diharamkan melihat nya. Walaupun begitu, digalakkan orang yang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat ringannya supaya mengulangi sembahyangnya itu dalam waktu darurat (bagi Zuhur dan Asar ialah waktu kekuningan, Maghrib dan Isya’ pula ialah sepanjang malam dan Subuh waktu terbit matahari).

Diharamkan melihat aurat ketika terdedah, sekalipun tidak menimbulkan keseronokan. Tetapi melihatnya ketika tertutup hukumnya harus kecuali jika diintai dari sebelah atas penutupnya, maka hukumnya adalah tidak harus.

Aurat dinisbah dari segi pandangan bagi orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lutut. Aurat orang perempuan ketika berada di hadapan orang lelaki asing ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya dan ketika berada di hadapan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka, kepala, tengkuk, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki. Tetapi jika dibimbangi menimbulkan keseronokan, maka haram mendedahkan perkara-perkara tadi. Pengharaman itu bukan kerana perkara tersebut menjadi aurat, tetapi kerana dibimbangi menimbulkan keseronokan. Orang perempuan dengan orang perempuan atau dengan muhrimnya sama seperti lelaki dengan lelaki, boleh dilihat selain yang terdapat antara pusat dengan lutut.

Bahagian yang boleh dilihat oleh orang perempuan pada orang lelaki asing adalah sama dengan hukum orang lelaki dengan muhrim-muhrimnya, iaitu boleh dilihat pada muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki.

MAZHAB SYAFI`I

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan orang lelaki asing dan orang perempuan yang muhrim ialah antara pusat dengan lututnya. Ini berdasarkan riwayat al Harith bin Abi Usamah daripada Abu Usamah daripada Abu Said al-Khudri r. a.:

Aurat orang MU’min ialah antara pusat dengan lututnya.

Dan riwayat al-Baihaqi:

Dan apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya.

Dan banyak Hadith yang diriwayatkan tentang penutupan paha sebagai aurat. Antaranya ialah Hadith:

Janganlah kamu mendedahkan pahamu dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan orang mati.’

Dan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami:

Tutuplah pahamu, sesungguhnya paha itu aurat

Menurut pendapat yang sahih di kalangan ulama` Syafi’i, pusat dan lutut tidak dikira sebagai aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Anas yang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w. mendedahkan pahanya, sebagaimana yang diterangkan dalam Mazhab Maliki sebelum ini. Tetapi diwajibkan menutup sebahagian lutut supaya tertutup juga paha dan begitu juga sebahagian pusat supaya tertutup, juga bahagian di bawah pusat, kerana apabila tidak sempurna kewajipan kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu juga menjadi wajib sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ulama’ Syafi’i, Hanbali dan Maliki dalam Usul al-Fig h.236

Aurat lelaki ketika berada di hadapan perempuan asing (bukan muhrim) daripada segi penglihatan ialah seluruh tubuhnya, dan ketika keseorangan hanya dua kemaluan sahaja. Hujah ulama’ Maliki yang bersandarkan kepada Hadith riwayat Anas dan ‘Aisyah yang membuktikan bahawa paha bukan sebahagian daripada aurat ditolak dengan empat alasan:

Hadith tersebut menceritakan perbuatan, sedangkan hujung paha dibenar didedahkan khususnya ketika peperangan dan permusuhan dan Usul al-Filth menetapkan bahawa perkataan lebih kuat hujahannya daripada perbuatan.

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas dan `Aisyah tidak dapat menguatkan penentangan terhadap perkataan-perkataan ulama’ yang sahih lagi umum.

Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah dalam Sahih Muslim adalah diragui. Hadith itu bermaksud:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbaring di rumahku sedangkan kedua-dua paha atau betisnya terdedah.”

Betis tidak dikira sebagai aurat menurut ijma` ulama’, maka bahagian yang terdedah itu diragui apakah betis ataupun paha yang terdedah.

Pendedahan paha yang menjadi isu dalam peristiwa ini adalah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. kerana tidak ada bukti yang menunjukkan Bahawa perbuatan itu menjadi ikutan. Oleh itu, wajib berpegang dengan perkataan-perkataan yang jelas menunjukkan Bahawa paha adalah sebahagian daripada aurat.

Aurat hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki menurut pendapat yang asah, kerana kepala dan tangan hamba perempuan dan orang lelaki dikira bukan aurat dan kerana kepala dan tangan adalah anggota yang terpaksa dibuka untuk digunakan.

Aurat orang perempuan (selain hamba) dan juga khunsa (orang yang tidak tentu jantinanya atau yang mempunyai kedua-dua organ jantina) ialah pada seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada belakang tapak tangan atau perut tapak tangan yang meliputi dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… . Surah at-Nur 24:31

Ibn Abbas dan `Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang zahir itu ialah muka dan kedua-dua tapak tangan kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang orang perempuan yang berihram (sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah) daripada memakai sarung tangan dan penutup muka.

Jika muka dikira sebagai aurat, nescaya tidak diharamkan menutupnya semasa berihram. Kerana terpaksa dibuka muka untuk keperluan berjual beli dan membuka tapak tangan untuk keperluan mengambil dan memberi sesuatu, maka ia tidak dikira sebagai aurat.

Jika terdedah sebahagian daripada aurat ketika bersembahyang sedangkan berupaya menutup kedua-duanya, maka terbatal sembahyang itu, kecuali jika terdedah disebabkan oleh tiupan angin atau kerana terlupa dan ditutup dengan segera, maka tidak terbatal sembahyang itu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika terdedah aurat bukan kerana tiupan angin atau dengan sebab binatang atau kanak-kanak yang belum mumaiyiz, maka terbatal sembahyang itu.

Orang lelaki tidak wajib menutup auratnya daripada pandangannya sendiri, tetapi makruh melihat auratnya.

Aurat orang perempuan, (selain hamba) semasa di luar sembahyang dan di hadapan orang lelaki asing (bukan muhrim) ialah seluruh badannya dan semasa di hadapan orang perempuan kafir juga seluruh badannya kecuali anggota yang terpaksa dibuka untuk keperluan pekerjaan dan menunaikan hajat. Adapun semasa di hadapan orang perempuan Islam dan orang lelaki muhrim, auratnya ialah antara pusat dengan lututnya.

Dalil seluruh utama’ tentang kewajipan menutup aurat dan tegahan terhadap orang lelaki daripada melihat aurat lelaki lain, dan tegahan terhadap orang perempuan daripada melihat aurat orang perempuan lain ialah

Hadith riwayat Abu Sa’id al-Khudri:

Orang lelaki tidak boleh memandang aurat orang lelaki lain dan orang perempuan tidak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang lelaki lain dalam satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama sama orang perempuan lain dalam satu pakaian.

Hadith riwayat Bahzu bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya yang bermaksud: “Aku berkata,

`Wahai Rasulullah s. a.w., aurat apakah boleh kita dedahkannya dan apakah ditegah?’

Sabdanya,

`Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu.’

Kataku,

`Sekiranya orang ramai?’

Sabdanya,

‘Jika terdaya mengelak daripada dilihat oleh sesiapa pun, maka jangan dibiarkan dilihat.’

Kataku,

`Jika salah seorang daripada kami berkeseorangan?’

Sabdanya,

`Maka Allah Taala lebih utama untuk malu kepada-Nya.”’240

Hadith itu menunjukkan tidak harus bertelanjang di tempat kosong dan ia disokong oleh Hadith riwayat Ibn Umar menurut alTirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Janganlah kamu bertelanjang, sesungguhnya bersama-sama kamu ada (malaikat) yang tidak berpisah dari kamu kecuali ketika kamu membuang air dan ketika seseorang lelaki itu berseronok-seronok dengan ahlinya, maka malulah kepada mereka (malaikat) dan hormatilah mereka

Al-Bukhari mengatakan harus bertelanjang ketika mandi berdasarkan kisah Nabi Musa dan Nabi Ayub.

MAZHAB HANBALI

Aurat orang lelaki ialah apa yang ada antara pusat dengan lututnya. Ini berdasarkan Hadith yang telah disebutkan sebelum ini dan yang dipakai oleh ulama’ Hanafi dan Syafi’i sebagai dalil mereka. Tetapi pusat dan lutut bukan aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shu’aib yang telah disebutkan sebelum ini:

… Bahawa apa yang di bawah pusat sehingga lutut adalah aurat.

Dan Hadith Abu Ayyub al-Ansari:

Di bawah pusat dan di atas kedua-dua lutut ialah aurat.242

Alasannya bahawa lutut ialah batas bukan aurat seperti pusat. Orang khunsa musykil (seseorang yang mempunyai dua organ jantina) yang tidak jelas sama ada lelaki ataupun perempuan tidak d1wajibkan menutup aurat oleh kerana tidak jelas sifatnya.

Di samping itu, agar sembahyang menjadi sah, menurut yang zahir daripada mazhab ini diwajibkan ke atas orang lelaki menutup salah satu bahunya sekalipun dengan kain yang nipis yang boleh menjelaskan warna kulit kerana kewajipan menutup bahu adalah berdasarkan Hadith:

Janganlah seseorang lelaki itu melakukan sembahyang di dalam satu kain yang tidak ada sesuatu apa pun di atas bahunya.24s

Larangan tersebut menunjukkan pengharaman dan lebih diutamakan daripada qiyas. Abu Daud meriwayatkan daripada Buraidah:

Rasululah s.a.w. melarang seseorang daripada melakukan sembahyang di dalam selimut dan menutup bahu (seperti selimpang) dengannya_

Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sesuatu yang hanya dapat menutup sama ada aurat sahaja atau baju sahaja, maka hendaklah dia menutup auratnya dan wajib sembahyang secara berdiri. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

Jika kain itu luas, maka selisihkan dan ikatkan kedua-dua tepinya dan jika ia sempit, maka ikatkan kuat-kuat pada pinggangnya.

Orang lelaki hendaklah menutup auratnya daripada penglihatan orang lain, bahkan daripada penglihatannya sendiri ketika sedang mengerjakan sembahyang. Jika ternampak auratnya melalui saku bajunya yang terbuka luas apabila rukuk` atau sujud, maka hendaklah dikancingkannya atau seumpamanya supaya ia tertutup. Ini kerana perintah menutup aurat itu adalah umum.

Begitu juga diwajibkan menutup aurat sekalipun ketika keseorangan atau di dalam gelap. Ini berdasarkan Hadith riwayat Bahzu bin Hakim yang telah disebut sebelum ini yang bermaksud:

“Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu … .”

Tidak diwajibkan menutup aurat dengan tikar, tanah, Lumpur berada di dalam parit, kerana benda-benda itu tidak tetap dan di dalam parit pula menyusahkan. Tidak terbatal sembahyang jika terdedah sebahagian kecil aurat. Ini berdasarkan riwayat Abu Daud daripada Umru bin Salmah yang terdedah kain tutupnya ketika sujud kerana singkat. Jika terdedah sebahagian besar daripada aurat, maka terbatal sembahyang. Perbezaan sama ada aurat yang terdedah kecil atau besar adalah menurut kebiasaan.

Sebaliknya, jika terdedah sebahagian besar daripada aurat dengan tidak sengaja dan ditutup pada ketika itu juga tanpa berlalu masa panjang, maka tidak terbatal sembahyang. Ini di sebabkan pendek masa sama pendek dengan ukuran. Tetapi jika berlalu masa yang panjang atau sengaja dibuka, maka terbatal sembahyang itu secara mutlak.

Aurat hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki, iaitu apa yang ada antara pusat dengan lutut menurut pendapat yang rajih. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shuaib (Hadith marfuk yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud: “Dan apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya.”

Aurat orang perempuan yang sudah baligh (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya kecuali muka. Menurut pendapat yang rajih daripada dua riwayat di kalangan ramai ulama’, kedua-dua tapak tangan juga terkecuali. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… .

Surah al-Nur 24:31

Ibn Abbas dan Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang zahir ialah muka dan kedua-dua tapak tangan dan tidak boleh mendedah selain muka dan kedua-dua tapak tangannya semasa sembahyang.

Ini berdasarkan Hadith-hadith yang telah disebutkan sebelum ini menurut pendapat ulama’ Syafi’i.

Dalil yang mewajibkan tutup kedua-dua kaki ialah Hadith riwayat Ummu Salamah yang bermaksud: “Aku bertanya,

“Wahai Rasulullah, adakah orang perempuan bersembahyang dengan memakai baju dan tudung kepala tanpa sarung?’” Baginda menjawab:

Ya, jika bajunya labuh, maka tutupilah belakang kakinya-146

Hadith tersebut menunjukkan wajib menutup kedua-dua belah kaki kerana ia kawasan yang tidak boleh dibuka semasa berihram haji dan umrah, maka tidak boleh juga didedahkan ketika bersembahyang seperti kedua-dua betis.

Memadai bagi orang perempuan menggunakan pakaian yang cukup untuk menutup bahagian yang wajib sahaja. Ini berdasarkan Hadith riwayat Ummu Salamah yang tersebut tadi. Tetapi digalakkan melakukan sembahyang di dalam baju yang labuh yang dapat menutup kedua-dua kakinya dan tudung kepala yang boleh menutup kepala dan tengkuk dan selendang yang diselimuti dari atas baju.

Hukum terdedah aurat orang perempuan, selain muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada kecil atau besar adalah sama hukumnya dengan kes orang lelaki seperti yang telah dibincang kan sebelum ini. Aurat orang perempuan di hadapan orang lelaki muhrimnya ialah seluruh tubuh kecuali muka, tengkuk, kedua-dua belah tangan, kaki dan betis.

Sebagaimana pendapat ulama’ Syafiei juga, ulama’ Hanbali mengatakan bahawa seluruh tubuh orang perempuan sehingga muka dan kedua-dua tapak tangan, di luar sembahyang, ialah aurat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud: “Orang perempuan adalah aurat.” Diharuskan mendedah aurat untuk berubat, bersendirian di bilik air, bersunat, untuk mengetahui pencapaian umur baligh, untuk mengetahui dara dan bukan dara dan kecacatan.

Aurat orang perempuan Islam (selain hamba) di hadapan orang perempuan kafir menurut pendapat ulama’ Hanbali adalah sama seperti auratnya di hadapan orang lelaki muhrim, iaitu apa yang ada di antara pusat dengan lutut. Menurut pendapat jumhur, seluruh tubuh kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan rumah.

Punca perselisihan ialah pentafsiran bagi ayat al-Qur’an dalam Surah al-Nur, iaitu firman Allah S.W.T:

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka, … atau perempuan-perempuan Islam… . Surah al-Nur 24:31

Menurut pendapat ulama’ Hanbali dan para ulama’ lain, ganti nama bihinna (mereka) mencakupi orang perempuan secara umum tanpa perbezaan antara Islam dengan kafir. Justeru itu, harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan perhiasan tubuhnya kepada orang perempuan kafir, sama dengan apa yang harus baginya memperlihatkan kepada orang perempuan Islam.

Menurut pendapat jumhur ganti nama bihinna di sini ialah khusus bagi orang perempuan Islam sahaja, iaitu khusus bagi persahabatan dan persaudaraan Islam. Justeru itu, tidak harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan apa pun daripada perhiasan tubuhnya kepada orang perempuan kafir.247

Jelas kepada kita bahawa pendapat ulama’ Hanbali dan ulama’ Hanafi adalah lebih utama kerana ia bersepakat dengan Hadith yang menyuruh kanak-kanak yang berumur tujuh tahun supaya bersembahyang dan dipukul apabila meningkat umur 10 tahun jika tidak sembahyang.

Bahagian Aurat Terpisah daripada Tubuh Badan

Menurut pendapat ulama’ Hanafi dan Syafi’i, diharamkan melihat aurat lelaki sama ada bahagian yang menjadi aurat itu masih sedaging dengan tubuh badan atau sudah terpisah daripada tubuh badan seperti rambut, lengan ataupun peha.

Menurut pendapat ulama’ Hanbali bahagian aurat yang terpisah daripada tubuh badan tidak diharamkan melihatnya kerana hilang kehormatannya apabila terpisah.

Menurut pendapat ulama’ Maliki harus melihat bahagian aurat yang sudah terpisah daripada tubuh ketika pemiliknya masih hidup. Tetapi diharamkan melihatnya sesudah dia mati sama seperti bahagian aurat yang masih sedaging dengan tubuh badan.

Suara Orang Perempuan

Menurut pendapat jumhur, suara orang perempuan tidak dikira sebagai aurat, kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. untuk mempelajari hukum-hukum agama. Tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan al-Qur’an, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.

(KITAB FIQH 4 MADZAB)

(http://wangolds.com/Thread-AURAT-DALAM-ISLAM-MENURUT-4-MAZHAB)

Thursday, May 10, 2012

Manusia yang pelbagai..

Selesai menghadiri Kuala Lumpur War Crime Tribunal (Yayasan Al Bukhary), aku duduk bersama sama dengan warga Kelab Che Det (KCD). Kebetulan waktu tersebut, masuklah Sasterawan Negara, di kedai mamak, KTM tersebut. Tapi apa yang aku ingin coretkan disini ialah...

S/U KCD menyebut akan apa yang berlaku pada hari ini. Seperti biasa, aku hadir lewat petang, pasal aku memang tak dapat nak datang awal (iyelah kan, sebab gitu, kalau awal, mesti dah sampai pagi, lebih2 lagi dapat plak makan free) tetapi memandangkan aku tak ada 'kemampuan' untuk sampai pagi, dpt tgk hujung hujung pun jadilah..

Kejadian yang berlaku tadi, ialah - warga Kazakh yang menerjah masuk kerana ingin mendapat sokongan Tun M untuk ahli keluarganya yang nak belajar disini. Yang paling aku musykil ialah kenapa, nak datang belajar di Malaysia perlu surat sokongan. Setahu aku perkara sebegini tak pernah terdengar akan kejadiannya pun.

Aku lalu mengingatkan semula, semasa mengikut program Jelajah Aman Kampus (dimana aku, dibawa terus ke Perlis dan Pulau Pinang), aku dimaklumkan, rombongan konvoi kami, ada seorang pelajar dalam bas (aku duk dalam kereta) yang berasal dari sana, dan kini menuntut di UNIKL. Jadi, kalau dia tak ada masalah, kenapa ada yang special sangat ni..Soalan ni belum terjawap. Aku memang dah ada andaian tersendiri. Tapi aku tak pasti untuk menyatakannya didalam blog, masih terlalu awal untuk menyatakannya.

Tindakan warga Kazakh ini telah memberatkan pihak yang menjaga keselamatan dan protokol iaitu KCD sendiri. Tapi aku juga kagum dengan Duta dari Argentina, yang boleh memperkenalkan diri, memberi name cardnya, tanpa merasa dirinya itu 'kelas atasan'. Semasa aku terlibat dengan bidang antarabangsa, antara yang aku ditekankan sangat ialah, sifat membawa diri mengikut arus tanpa mengorbankan prinsip. Jadi, aku rasa Duta Argentina tersebut sememangnya tahu membawa dirinya didalam memperkenalkan dirinya hatta di pintu masuk sahaja. Belum pun dibawa ke dalam. Untuk itu, aku tabik pada 'Her Excellency'

Pada masa yang sama juga.. KCD diasak oleh, muda-mudi Iraq (Arab) yang mendakwa dirinya berhak mendapat pas VIP. Aku kagum dengan keberanian mereka untuk menghidupkan lakonan. Teringat pula aku akan apa yang aku diperingatkan semasa menukar wang di Jeddah dari Pounds Sterling (aku datang ke Arab Saudi dari London), supaya jangan beralih pandang, perhati betul-betul, dan jangan lupa kira semula wang Riyal yang ditukarkan. And I was told of this in Saudi, of all places....

Selain dari muda - mudi Arab ini, yang agak-agak poyo pada orang Melayu yang jadi 'jaga' (moga mereka lebih bertawaduk, kerana mereka tiada negara dah, dan orang Melayu yang jadi 'jaga' ini adalah orang yang sebenarnya sukarela dan amat menyokong Iraq itu selamat dari ditindas (pelik betul la, orang yang terlepas dari negara yang tengah sengsara, leh poyo pulak dgn warga negara yang menolong dia...)

Tapi, inilah manusia yang pelbagai.....

Selain dari warga 'luar', tadinya juga, teringatlah aku akan seseorang yang marah kerana ditegur memakai baju 'pink' semasa Tribunal, tahun lepas. Tahun ini, pakaiannya lebih conventional, sesuai dengan tema majlis. Tapi, KCD sekali lagi, dibebani dengan keEGOan beliau, yang menuntut diberi pas VIP. Ada warga KCD kata, mamat separuh abad ini, ada masalah psikologi. Tapi mengenali sikapnya (kerana dia duduk makan semeja dengan aku tahun lepas), aku kata, dia ada EGO sebesar GALAXY, bukan GALAXY TAB k..., Khabarnya dia menuntut pas yang sama setiap hari, atas dakwaan beliau 'know somebody'.....(nak menipu lagi...)

Kemudiannya, semasa sesi dialog - bertajuk 'Sekatan Ekonomi adalah suatu jenayah perang'. Terdapat seorang lagi manusia separuh umur, yang memegang mikrofon, melalut sana sini, lepas tu, dia cakap, 'this is not what I wanted to say'...dan paling menjengkelkan...bila dia asyik nak tanya soalan, dari mula sampailah kesudah... Aku mengkaji sikap yang seorang ni pulak. Kalau yang berbaju PINK itu, EGOnya sebesar GALAXY, yang seorang ni lebih teruk lagi kerana -

1. Dia cakap melalut, lepas tu baru tanya soalan (Panel pun dah naik menyampah)
2. Bila dibidas, dia kata dia patut dibenarkan bercakap, pasal dia duduk dalam tribunal, dan dia 'membuang masa hadir' sekiranya suaranya tak didengarkan (excuse me, who the hell forced him to come, anyway...)
3. Dengan bangganya dia mencanang bahawa dia ada membawa 'Kertas Kerja bertajuk Keamanan' (Aku ada bertanya, dan dia berkata, dia hanya memberikan pada orang yang serius pada Kertas Kerjanya. Jawapannnya yang sombong, membuatkan aku, terus berlalu meninggalkan beliau)
4. Rupa-rupanya ada seorang lagi warga KCD yang disebutnya begitu, dan lebih teruk bila 'penulis kertas kerja itu berkata' - if you don't know what I have written, then I am not going to give it to you! (Now, this is pure rubbish, macammana la warga KCD aku tu, tahu apa yang dia tulis kalau dia tak nak bagi tengok....
5. Ada seorang diantara kami yang dapat juga Kertas Kerja tersebut dan komen aku
i. Kertas Kerja bertulisan tangan
ii. Dia menamakan dirinya Prof Mohan.

= Jawapan aku pada sidang minum petang tadi. 'Bila dia tulis, dirinya seorang Prof, bagi aku, yang lama duk kat Uni, dia berhak 'mendakwa' dirinya seorang Profesor, tapi kita selaku KCD, berhak untuk 'tidak mengiktirafnya'. Sebagai pelajar dan tutor, satu pantang paling besar, buat kertas kerja ialah tulisan tangan. Tapi, inilah 'prof' kita dah buat. Soalan sinis aku waktu tu ialah - best la, prof pakai tulisan tangan, student dia leh pakai tulisan kaki kot..., Conclusionnnya ialah - dia sama seperti yang baju pink tersebut.

Tapi masalah dia lebih kronik lagi. Teringat aku, akan kata-kata rakan baik aku, orang Jerman, semasa aku duduk di Jerman, komen kami tentang seseorang yang kami berdua kenal di London. Ayat rakan aku - dia perlukan platform....

Pada Prof dan yang baju Pink - you both are looking for platform. Unfortunately, it is a little too late, better late than never, but again, the approach taken by you, is disastrous, even worse by someone of your 'mental dexterity and intellectualism', novice like me, would have expected something far more extravagant in terms of discourse. Sadly enough, despite your 'experiences in life', the methodology you guys took, were a child's play...(this indirectly refers to yang misai dan janggut putih - panjang ) as well...

My advise - GROW UP....

Yang bestnya untuk hari ini

1. Aku bertanya soalan (yang hadir tadi, tahulah soalan aku)
2. Aku bergambar dengan salah seorang yang bersama United Nations. Aku kagum akan kata - katanya. Dia kata 'we can create our views and opinions, but we can never create facts..' Aku rasa nak tulis je kat wall aku tu...nantilah aku posting gambar aku dengan dia. Mendengar kata-katanya yang tersusun rapi dengan bahasa yang berilmiah..aku tahu, dia somebody (taklah mcm yang sibuk desak nak pas VIP)...Aku tahu dia adalah seorang yang berstatus DIPLOMAT, yang cukup professional. Terima kasih...Kalau takde Tribunal ni, takde peluang la aku nak refresh balik zaman2 aku bercampur dengan Duta2 nih....