Wednesday, July 4, 2012

86th Floor - KLCC

Aku kat belakang tu...macam biasa....

Peluang keemasan, bila akhirnya dapat juga naik ke Tingkat 86 untuk bertemu dengan Negarawan yang dikagumi. Ini gambar aku tengah duduk kat paling hujung, sebelah kanan. Banyak juga yang dikongsikan oleh beliau dan banyak juga ilmu - ilmu yang dapat diturunkan oleh beliau pada sesi bersama beliau pada petang bersejarah tersebut.

Menariknya juga, pada petang yang sama, sejurus selepas kami semua bersurai dan menuju ke haluan masing-masing, sungguhpun ramai yang nak ke NZ seberang jalan yang berjiran dengan Public Bank itu, aku terfikir untuk berpatah balik (selepas bergambar beramai-ramai didepan pintu masuk KLCC). Dengan takdir Allah, aku memilih untuk ke Isetan untuk melihat barang di supermarket. Tanpa diduga pada waktu tersebut, Tun Mahathir sedang turun dari escalator. Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar sekali lagi dengan beliau. Maklumlah di Tkt 86 itu, peluang sangat terhad kerana aku ni kan low profile, suka duk jauh jauh kat belakang belakang....Itu lah rezeki pada orang yang sabar...

Sungguhpun aku ni pemalu dan low profile, tapi itu keperibadian aku sebagai diri aku. Namun, sekiranya disebabkan tanggungjawab dan keperluan, aku tidak segan. Ini gambar aku bertanyakan soalan kepada YABhg Tun Mahathir. Soalan aku dijawab secara berhikmah (ada kiasannya), dan sehingga hari ini, aku masih memikirkan apakah maksud beliau...

Gambar YABhg Tun bersama dengan Presiden aku, Presiden Kelab Che Det. Moga KCD ini terus maju dibawah pimpinan beliau dan moga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir..

No comments:

Post a Comment