Wednesday, July 4, 2012

Selepas Mesyuarat di St. Petersburg.

Ini adalah gambar semasa di St. Petersburg, Russia. Bukan gambar baru, selepas mesyuarat dengan Universiti, Seperti masyarakat sana, untuk berfikir, kita akan berjalan-jalan sambil berbincang. Sampai sekarang aku dah terbiasa, walaupun di Malaysia cuaca agak panas untuk berjalan.. Waktu ini, aku berada didepan sungai yang ada jambatan yang akan terbuka pada sebelah malam untuk membolehkan kapal lalu untuk melintas (betul ke bahasa yang aku guna pakai ni?),

Cuaca agak dingin, dan typical of St. Petersburg, Cuaca sentiasa hujan. Itulah salah satunya sebab, setiap kali cuaca baik, aku nak ambil gambar. Maklumlah, dulu2 masa duduk di Eropah, dekat sini nak ke Russia, kalau dari Malaysia, berjam-jam perjalanan...

Fikir fikir balik, aku pun tak pernah terduga akan bekerja, bermesyuarat dengan orang orang disebelah sana. Cita-cita aku tak besar mana pun...tapi takdir, tak siapa yang tahu...

No comments:

Post a Comment