Tuesday, July 24, 2012

Rumah Panjang George

Inilah keluarga angkat aku semasa di rumah panjang George. Aku agak gemar semasa berada disini, kerana sungainya paling luas (kebetulan, selepas tinggalkan Sarawak, berlakunya kes kena serang buaya). Dan dengan izinnya aku berharap dapat datang lagi kesini.

Keluarga angkat aku bersiap sedia, ini adalah gambar sebelum, kami keluar dari 'bilik'. Bilik adalah rumah bagi setiap keluarga. Pasal rumah adalah yang besar tu. Ada jugak 'zoo' kat sini ye. Jangan tak tahu plak.

Keluarga angkat aku, pegangannya adalah Katolik. Jadi  tidak menghairkan akan gambar yang penuh didinding tu. Cuma aku terkejut, juga bila tahu, mereka beriman dengan agama Jesus ini, sekitar tahun 2008. Lepas pilihanraya tu. Atau cuma kebetulan...

Selepas bergambar adalah masa untuk menyertai yang lain-lain kerana, PM akan datang. Kemudian tengaharinya PM pun datang. Rumah panjang ini ada kematian sebenarnya. Dan, rumah panjang ini turut didiami Tan Sri William Mawan. Cuma, disebabkan rencana program telah diatur, dan adat iban ada pantang larang yang ketat tentang kematian. Tempoh berkabung yang cukup panjang dan suasana mesti sunyi, maka, jenazah ditangguhkan ketibaannya, sehinggalah tamat program. Kecoh pelbagai hal, untuk siswa Aman Kampus, memang diaorang ada masalah hal makan. In fact, dari malam sebelumnya, dah kecoh hal makan2 ni, tapi nak kata macam mana dah jadi kan. Rombongan mengambil keputusan meninggalkan rumah panjang serta merta selepas PM balik. Nasib baik aku dah ucap selamat pada keluarga angkat aku ni, kalau tidak biadap sangat rupanya.  Kami semua terus ke Sibu selepasnya. Sempat juga aku lambai tangan pada Ashman (anak PM), pasal masa buka puasa tahun lalu,  dia duduk semeja dengan aku kat Sri  Perdana. Tapi, biasalah, takkan aku nak canang satu Malaya pulak.  Itu je la. Ada masa, aku nak gi Rumah Panjang ni lagi..

Yang disebelah aku tu, baru je buat tattoo, so, kesian juga la, rumah jadi panas pasal ramai orang, so dia berpeluh2 gak dan terpaksa menahan pedih. Mereka menjadi tuan 'bilik' yang baik, menjamu kami dengan mihun. Aku dan Afiq tak ada masalah, mungkin kerana adap menghormati tetamu, cuma Hamdan mengelak sangat. Tapi mungkin dia ada pendirian tersendiri. Islam itu menghormati perbezaan pendapat, sekiranya dia berprinsip yang agak ketat walaupun berada ditanah orang, itu adalah haknya. Aku rasa pasal dia sangsi tentang pinggan samada disamak atau tidak. Tapi, masa solat dalam 'bilik' ni dengan dindingnya begitu, takde masalah pun sebenarnya...

No comments:

Post a Comment