Tuesday, July 24, 2012

The Nagivators

..
Ini adalah rakan-rakan aku semasa aku menuntut di TAR College. Yes, Kolej Tuanku Abdul Rahman. Waktu tu, aku sorang je yang bukan Cina, so, ramai juga member-member ni ingat aku ni mixed blood. Dengan diaorang ni aku belajar cakap cina. Rumah diaorang pun dekat. Gambar ni aku ambil lepas aku p cycling, selalunya lepas gym. Diaorang akan layan aku kat rumah. Ketua  Rumah - Ho Aik  tak ada. diaorang ni semua  dari Pahang


Apa yang  aku nak cerita ialah mereka ini 'beriman dan bertaqwa' (ayat ni aku belajar masa PhD Theology dulu dan terjemahan Bahasa Melayunya aku pinjam dari gereja Indonesia) dengan kepercayaan -we are the church. Jadi tiap tiap malam beberapa kali dalam seminggu, akan ada Bible Studies. Aku pun, biasa la terdengar-terdengar gak. Kagum gak dengan tahap keimanan mereka ni. Dari rupa, memang tak tahu punya. Rumah yang diaorang duduk ni, memang disewa khusus untuk ahli mereka. Kalau orang luar tak boleh duduk situ.  Aku seperti biasa, semua tempat lepas masuk juga....kakakaka....Aku tak lah duduk situ,  cuma aku selalu lepak dengan diaorang ni...sampai esok harinya....

No comments:

Post a Comment