Wednesday, July 11, 2012

Royal Charity Dinner 2012

Disini, aku yang paling kiri. selepas selesainya majlis bersama dengan DYMM Agung & Permaisuri, dimana tuan rumahnya adalah YABhg Tun Mahathir. Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia dan isteri, yang kemudiannya bergegas meninggalkan dewan, untuk ke US dan Spain. Sempat juga aku berborak dengan kawan lama aku, Stan, tentang betapa sibuknya PM sekarang. Tetapi inilah maknanya bekerja.

Ucapan YABhg pada malam tersebut, aku merasakan bahawa beliau sebak. Beliau jarang memperlihatkan perasaannya, tetapi pada malam tersebut, ia jelas kelihatan. Aku memilih untuk terus berdiri, sebagai menghormati ucapan beliau, walaupun ramai dah memanggil aku kembali ketempat duduk. Hanya selepas beliau duduk, baru aku berjalan ke meja aku. Entahlah, agaknya disiplin yang diterapkan masa aku diluar negara membuat aku begini.

Pada malam tersebut juga, YAB PM, mengumumkan akan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM3 juta. Tahniah dan moga terus dimurahkan rezeki lagi oleh Allah kepada PM Malaysia, Dato Seri Najib.

No comments:

Post a Comment