Sunday, July 8, 2012

Aku dalam Akhbar Sin Chew

Gambar aku sebelah bawah, dan Prof Szabo diatas. Beliau dalam lawatan ke Thailand & Malaysia. Sebelum sampai ke sini, aku dah terbang ke sana dulu. Bermesyuarat untuk menjelaskan kedudukan pendidikan di Malaysia. Prof Szabo adalah dari Universiti di Szeged. Universiti ni ada lebih kurang 2 orang Nobel Laureate. Szeged ini terletak paling hampir dengan Serbia. Teringat lak kawan lama aku Milan Todorovic, yang berasal dari Belgrade (ada juga la cerita cerita dengan dia dulu pasal perang Bosnia).

So berbalik pada Prof Szabo, dia tak pernah datang ke sini, jadi dia memang agak 'theoretical' sikit. Semuanya berdasarkan pembacaan dalam internet tentang Negara disini. Selain dari itu, dia juga memang ada la ' poyo' yang agak tidak bersesuaian. Semasa disini, aku mengiringi dia dengan Diplomat Hungary. So, pakai kereta kedutaan la, malaskan nak pakai kereta sendiri..ndak lagi dapat pulak plet kereta rasmi warna merah kan.....

So, dengan segala keistimewaan yang diplomat dapat, Aku tertanya juga, apa sumbangan Duta - Duta ini untuk kerjasama dengan Malaysia.

Semasa aku di Eropah Tengah dan Timur lebih 10 tahun dulu. Semuanya dalam keseronokan untuk menjadi sebahagian dari European Union. Aku memang sangsi. Masih jelas diingatan, majalah Economics yang aku beli di Gatwick Airport, London semasa nak ke Philadelphia, US. Majalah tu kata, kemasukkan negara blok Timur ke dalam EU akan menguntungkan Eropah Barat. Hari ini, pada tahun 2012, semakin jelas. Dengan Austerity Measures yang menekan, dan keinginan Chancellor Jerman kearah United Europe (dengan ber Presiden), aku semakin kagum dengan ramalan penulis dalam majalah Ekonomi tersebut.

Now berbalik pasal Prof Szabo. Dia pun tgh syok yang negara dia akan menjadi sebahagian dari EU. So, terserlah dalam dirinya akan sikap 'keEropahannya'. Aku selalunya banyak tersenyum, diam. Pengalaman aku lama dengan masyarakat Eropah Timur kerana aku punya ramai keluarga disana dan aku adalah sebahagian dari masyarakatnya. Aku bukan, dan tidak pernah menjadi pelancong di sana. Melancong adalah untuk orang berduit. Jadi melihat akan perspektifnya yang terlalu ilmiah sedangkan pentadbiran negara, harus bersikap praktikal. Aku cuma lebih banyak mengangguk bila berbual didalam kereta rasmi, yang jadi driver pun duk mendengar kat depan, dengan wakil kedutaan.

Inilah, bila persepsi, memikirkan yang aku ini, orang Malaysia, yang pastinya lebih terasing berbanding dengan mereka yang disana (syukur warna kulit aku membolehkan aku dinilai sedemikian, menyebabkan aku lebih mudah menerobos persepsi yang ingin dicipta oleh orang putih, berbanding dengan pengalaman peribadi aku sendiri yang orang putih sendiri tak tahu).

Selain dari itu, aku juga nak mengulas akan sikap orang Melayu yang aku temukan. Antaranya, di JPA yang memang mengecewakan. Begitu pula dengan UCSI yang pada waktu itu aku bertemu dengan dengan DEKAN nya yang merangkumi 3 fakulti (Perubatan, Pergigian, Farmasi) - I mean, kalau nak jimat duit kerana pendidikan itu adalah satu perniagaan, takkan sampai 3 fakulti pun, bajet gaji untuk seorang Dekan je kot. Anyway, aku harus puji CEOnya, A polite and well mannered gentleman. Orang korporatkan...

Selepas dari JPA, dan UCSI, aku dan Prof ke UPM. Melihatlah aku akan suasana orang akademik Melayu yang aku tak bercampur, maklumlah, aku ini anak tiri kerajaan, bukan anak emas, belajar kat TAR bukan UiTM pun, jadi aku memang tak tahu budaya kerja dan profesional Melayu. Masa aku bersama duduk dengan Prof Szabo, fahamlah aku akan mereka ini... Contohnya, kata Dekan tersebut pada Prof Szabo - 'tengoklah Putrajaya, kononnya nak mencontohi Negara di Eropah, dengan landscape yang pelbagai, tapi... hasilnya.. begitu je lah, tak menjadi..'

Well, inilah suasananya.. semasa aku bersama Pro Szabo didalam bangunan Tkt 6 di Parcel C, aku malu dengan ketidak jujuran pegawai tersebut. Tapi apa nak kata, dah hampir 5 tahun. Sebab tu, agaknya PRU 2008, merudum. Cuba tgk, tarikh dalam akhbar ni. Tahun 2007...

Memikirkan semua ini, aku terfikir, kemana halau tuju

No comments:

Post a Comment