Friday, July 6, 2012

Pulang ke Nagoya

Inilah aku, bersedia untuk pulang semula ke Nagoya setelah menetap di sebuah kampung terpencil di Takayama. Banyak yang aku pelajari semasa berada di perkampungan tersebut. Aku bersyukur juga kerana mendapat peluang, merasa menjadi orang Jepun sebenar. Terima kasih aku tak terhingga pada Micasa & Akiko Koyama yang telah melakukan yang terbaik untuk aku, dengan perangai aku yang memang ikut kepala sendiri waktu tu. Biasalah, memang aku ni jenis rebellious pun, tapi itulah kesabaran mereka. Adik-adik aku, Yuri & Hironari pun dah hampir dah 17 dan 15 tahun. Memang remaja sungguh...

Dunia itu kecil sebenarnya, selama mana kita meyakini bahawa kita akan melihat semua itu tanpa teragak-agak, baru tadi aku terbaca tentang bos DIGI (yang memang orang Nordic pun), dah 2 tahun di Malaysia. Oleh kerana minatnya yang mendalam pada marathon, dia sanggup terbang dari KL ke Berlin, dan terus ke tempat marathon, dan selepas selesai, dia kembali ke airport untuk terbang balik semula ke Malaysia. Mengikut katanya - hanya sehari di Eropah...

Rekod peribadi aku -
Sarapan di Romania
Makan Tengahari dan Mesyuarat di Hungary
Makan Malam di London

Akhirnya aku penat melampau, memang tak larat dah time tu... tapi thanks pada jiran Anthony yang berumah di Rosetti House. Dia la buatkan kopi dan sandwich untuk aku sementara menunggu si Anthony yang tak reti2 nak jawab telefon aku. Tengah sejuk mengigil waktu, terjerit-jerit aku panggil. Memang si Anthony ni tidur mati waktu tu. Tapi pasal rumah dia leh jalan kaki je p Tate Gallery, Trafalgar, so, memang la aku lebih suka duk rumah dia...

No comments:

Post a Comment