Tuesday, July 24, 2012

Syber Touché Technologies

Ramai yang tidak sempat datang melihat projek cyber cafe yang aku usahakan. Terdapat ramai juga yang terkilan kerana jangka hayat STT itu agak pendek, tetapi ini adalah disebabkan oleh keadaan semasa yang tidak dapat dielakkan, bagaimanapun, aku berterima kasih diatas sokongan kuat dari Epi & Kerol yang sentiasa dapat membantu dikala aku kesibukan kerana tugas dan tanggungjawab diluar. Semasa siapnya syber ini, aku mengetahui bagaimana cabang dan ruang lingkup sebenarnya, dan ia sememangnya menakjubkan. Patut pun, GAME is actually a big business. Patut pun, Friendster itu dibeli, dan ramai yang sanggup bayar untuk main game dalam FACEBOOK. Sebenarnya, ada banyak segmen tertentu didalam virtual reality dan dimana peluang bisnesnya. Sebagai seorang yang terlatih didalam bidang Pengurusan Perniagaan, dan juga biasa didalam membuat kajian akan potensi perniagaan, dapat jugalah aku menilainya. Cuma, aku juga perlu jelas bahawa, formula  STEEPLE itu sendiri tidak mencukupi, kerana di Malaysia, ada perkara lain yang lebih besar dari itu.  Biarlah aku menyimpannya untuk pengetahuan ku...

Setiap perniagaan perlukan konsep, dan ramai yang aku temui kurang jelas, bila aku maksudkan konsep. Yang selalunya aku ditanyakan ialah, besar ke belanjanya nak berkonsep-konsep ni. Penat dan letih untuk menerangkan. KONSEP = PETA (ROAD MAP). Kalau kita nak mulakan perjalanan, kita kena lah panduan sebagai road map, kalau tidak boleh sesat. Begitu juga dengan memulakan perniagaan, paling penting kena ada konsep yang jelas. Semasa buat Masters dulu, aku banyak kali bertembung dengan business yang dipanggil 'confuse positioning'. Maknanya, tengok kedai, orang pun tak tahu, apa sebenarnya yang dijual. Antara konsep business yang mudah dan berjaya macam 7Eleven  contohnya. Ia cuma kedai runcit 24jam, macam tu juga dengan KR1M, kedai runcit juga, cuma menawarkan harga yang lebih kompetitif.

Kertas idea paling awal, cuma melalui kertas  graf, berdasarkan keluasan lantai dan berapa banyak yang nak disumbatkan dalam kedai tu. Cuma, pasal aku belajar jauh-jauh, tak ada makna kalau tak guna ilmu yang aku ada, jadi aku dapat juga bantuan jiran depan rumah untuk buat 3D drawing, matlamat cuma - supaya wajah sebenar kedai itu jelas, dan pada masa yang sama, warna, lighting semua dah difinalisekan. Bajet cyber ni kecik je, jadi aku tak mampu nak employ interior designer la, cuma aku kena la perah otak sikit, berfikir untuk menambah baikkan semua. Lantai dalam gambar aku cat sendiri, Bajet  paling murah aku rasa. tapi kontraktor yang buat dinding bercermin itu, tak jujur, akibatnya dinding tersebut tak rata, cermin yang dipasang sepatutnya end to end, tapi dia buat jadi tingkap pulak. So aku kira dah lari dari konsep sebenar. Hampir aje semua ni terbatal waktu tu. Banyak yang aku tak puas hati, tapi nak kata macam mana, pemilihan kontraktor bukan kuasa aku. Tapi bila berlaku masalah, kontraktor bawa mulut, aku yang kena sound balik. Padahal kontraktor tu yang salah. Inilah maksud aku, nak buat business, walaupun paperwork 1st class, tapi hujungnya manusia juga kena jujur dan ikhlas...

STT berkeupayaan untuk menampung 70 komputer serentak (ini pun, banyak kali kecoh kat ofis), ditanya berkali-kali, sampai aku pun tak tahu punca was was sebenar. Jumlah point 70 komputer tu, kontraktor networking tak boleh nak menipu, pasal boleh tengok dengan mata kasar, tapi, kualiti networking dia, dia boleh tipu. Itu sebenarnya, cara nak menilai. Cuma, aku dipenatkan dengan kaedah traditional untuk mengenal 'penipuan perniagaan' padahal,, aku dah nampak, benda-benda lain yang kontraktor tu nak tipu contohnya macam kes dinding bertingkap tu. STT, aku benarkan cuma setakat 40 komputer, juga atas  sebab (ruang, keselesaaan dan speed - semua 3 perkara inipun termasuk dalam apa yang aku panggil Kriteria Konsep) tapi, sekali lagi aku dilengahkan dengan perkara-perkara yang tak kena mengena.

Lukisan di dinding mendapat pujian melambung dari customer, termasuklah contractor game aku, yang menjadi contractor kepada 400 cyber seluruh Malaysia. Maknanya, dalam marketing, aku dah berjaya cipta niche sendiri. Aku anggap, pujian contractor game itu satu pengiktirafan pasal dia bukan jalan-jalan kat 400 cyber, tapi dia berurusan dengan bos-bos 400 cyber dan dia tahu macam mana setiap satu cyber itu siap, dengan masalah dan cabaran tersendiri.  Terima kasih pada Epi yang melukis dan Ridza yang cat dinding tu. Belanja tak mahal pun, pasal cat aku beli kat Melawati, upah cat tak leh nak cerita dalam blog la. Cuma, bos tak suka gambar ni, akibatnya, aku kena marah. So, aku pun terdiam juga. Aku buat untuk dapat customer, yang penting customer suka, dan penting customer tak keliru kedai ape ni. Dan ia dah berjaya. Tapi pernah juga disuruh padam. Aku pun pelik gak. Kalau kat Theme Park kat Times Square ke, kat Genting ke, kat Sunway Lagoon ke, kena ada gambar yang  memperlihatkan suasana. Jadi, kalau dinding tu kosong, memang boring giler la customer aku. Pada aku, satu rahmat bila Epi offer untuk tolong lukis. Ingat ya, tolong taw, bukan minta digajikan untuk lukis... Sayang juga, bos tak tahu, berapa ramai sukarela untuk menggerakkan projek ni..Nak bagitahu pulak tak dapat...

Itu lah, dengan warna meja, kerusi dan dinding termasuk lighting yang matching. Kalau ikutkan, dah ada yang tiru konsep aku ni. Cuma aku tak sempat nak bertahan lama, kalau tidak aku rasa, dah difranchisekan juga la..

STT siap penuh, didalam walaupun tanpa signboard (yes, ramai terkejut, kedai ni takde signboard), tapi nak buat macam mana, dari awal, bajet tak pernah cukup, terpaksa pulak catu-catu duit yang ada. Antara pertimbangan paling besar ialah  sewaktu duit cuma ada sekian banyak dan aku kena buat pilihan antara game dan signboard. Aku kan business graduate. Aku juga customer. Aku tahu paling penting jaga hati customer. Apa kita akan rasa, kalau kita pergi kedai makan yang gah lagi hebat, dengan interior first class, dengan pelayan beruniform first  class, dan dengan menu yang  cukup hebat. Bila aku dah duduk dan diberi menu,  bila tunjuk, nak makan itu dan ini, satu persatu, pelayan kata, tak ada, dah habis, confirm lepas tu aku tak akan masuk lagi kedai tu kan. Jadi maksud aku yang penting ialah produk. Untuk cyber ialah game. Jadi kalau  ada signboard tapi takde game, customer tak akan masuk. Inilah analogy aku, dan memang dalam business school, kita diajar untuk beranalogy, syukur la akhirnya bajet disalurkan ke game. Sayangnya, nasi dah jadi bubur. Bos melihat dari tempoh masa kedai 'kononnya' dibuka, aku melihat dari masa produk aku siap. Jadi, pada pandangan aku, secara business rational - cuma 3 bulan je, bos melihat  dari tahun lepas. Faktor tiada pekerja, tiada bajet untuk kelangsungan kedai mcm nak beli barang, dan juga last sekali, game yang masuk lewat sangat tidak diambil kira. So, memandangkan aku cuma menjalankan projek. Aku kena la ikut  cakap bos.

So, inilah gambarnya. Bagi yang tak dapat merasa nak masuk tengok. Dapatlah ilham macam mana projek yang aku buat..

No comments:

Post a Comment