Wednesday, March 9, 2011

Syabas buat Syed

Mengenali beliau, semenjak aku pulang ke Malaysia, aku selalu memerhati akan perkembangan beliau. Perjalanan semenjak ditinggalkan di Malaysia, di Sabah, dan terpaksa bekerja semasa berusia belasan tahun, menyebabkan aku kagum dengan semangat juang beliau. Beliau hidup sendiri. Aku pun tidak tahu macammana aku boleh bersahabat dengan beliau. Dan bagaimana beliau selalu menceritakan pengalaman kerja blue collar, di Stesen Keretapi dan sebagainya.

Pada hari beliau kena pulang ke Negara asalnya, aku yang menghantarnya ke KLIA. Dia bercakap Melayu macam orang sini, dan memang tak ada siapa sangka sebenarnya, dia datang dari jauh. Aku ucapkan selamat kepada beliau, dan aku juga ingin pastikan supaya, dia boleh bersama dengan keluarganya semula selepas tidak bertemu selama 11 tahun. Unik, waktu tersebut, bapanya sedang sakit, kakaknya pula akan menikah dan menetap di Perancis. Dia memang ingin terus disini. Yang aku kagum, kadang-kadang dia lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. Tapi, disebabkan suasana genting, dia terbang juga ke tempat asalnya. Sebab itu aku rasa, dia layak jadi warganegara sini.

Dia tidak lupa menelefon aku, memberitahu akan perkembangan terkini sewaktu dirumah. Yang paling tidak diduga, ialah, sewaktu dia beritahu, dia tak boleh makan disana, pasal dia terlebih biasa makan masakan Malaysia.

 Kini dengan tiada persekolahan (kerana 'tercampak' di Malaysia pada umur usia muda), dia berjaya memasuki Universiti di Negara asalnya dan menuntut bidang psikologi. Dia memang cekap baca orang, dia tahu kalau orang menipu, pasal keperitan hidupnya bermula selepas tiba di Malaysia. Walaupun begitu, dia mendengar juga pandangan aku, jika mengikut pandangan & tindakan mengikut 'darah muda' beliau. Jadi sungguhpun ada pendidikan dibidang psikologi, dia masih lagi ada sifat rendah diri.


Tahniah kerana berjaya membina hidup baru diatas segala kesusahan dan keperitan hidup..

No comments:

Post a Comment