Thursday, March 10, 2011

Air Asia (Actual Trip is - London to Dusseldorf Weeze)

Air Asia X to London Stansted

Semasa aku menempah tiket menuju ke London, ini adalah kali pertama dalam sejarah hidup untuk aku menaiki budget airline. Kapalterbang dinaiki bersama dengan pemain bolasepak negeri Kelantan, termasuk bersama Senator Annuar Musa. Pada mulanya aku agak tertanya-tanya siapa ramai-ramai berbaju merah yang turut sama ke London. Baru aku ketahui, mereka ada perlawanan di England.

Perjalanan ke London kali ini, memang tidak memerlukan perancangan banyak. Aku cuma sediakan Landing Card untuk mendarat di London. Pengalaman mengajar aku, untuk bersedia untuk delay. Bagaimanapun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya kerana terlalu banyak transit termasuklah di Dubai. Dalam fikiran sewaktu online-booking, aku terfikir 2 perkara;

1. Airport London Stansted mempunyai bilik mandi, dan kebiasaannya ramai akan tidur di airport tersebut (merata-rata kat atas lantai menunggu kaunter dibuka semula sekitar jam 5 pagi). Kapalterbang Air Asia X akan mendarat selepas tengah malam. Jadi aku merasakan adalah baik memanfaatkan masa tersebut untuk berehat.

2. Kedai-kedai seperti WH Smith dan Boots masih dibuka, so aku rasa, kalau setakat nak makan sandwich untuk alas perut, sudah memadai sebelum terlena. So there is no rush. Di masa masa akan datang, aku akan terus memilih untuk tiba di London sebelah malam, berehat, dan keesokkannya masuk kapalterbang lagi sekali untuk menyambung perjalanan. Kebiasaannya, perjalanan adalah menuju ke Germany ataupun Romania. Aku boleh mendapat penerbangan ke Hungary dari London Stansted tapi aku rasa, timing agak kurang menyelesakan.

3. Pengalaman mengajar aku untuk bersedia untuk delay ataupun untuk 'beramah-mesra dengan imigresen' yang mungkin menyebabkan keciciran kapalterbang. Nasib baik juga, semua perancangan aku sekitar Eropah selalunya berpusat dari London, so boleh juga main-main dengan schedule dan sekiranya ada 'housing emergency', pandai-pandailah aku contact sape-sape kat London yang boleh aku pergi singgah untuk rehat-makan. Kebiasaannya, rumah Anthony lah yang jadi mangsa. Tapi memandangkan rumah dia paling strategik tak jauh pun dari Tate Gallery, boleh berjalan kaki ke Trafalgar (sekiranya rajin), dan rumah dia pun agak-agak besar. So, memang memadai. Tapi, budaya duduk rumah orang kat London, faham-faham jelah.


Air Asia kali ini memberikan perkhidmatan yang baik. Steward & Stewardesses yang agak ramah dan sopan ie friendly. Pernah juga aku naik kapalterbang dengan layanan yang agak-agak biadap, mungkin pekerja dalam kapalterbang tu fikir, inilah kali pertama aku duduk didalam kerusi pesawat. So, terima kasih aku ucapkan pada Cabin Crew Air Asia X yang ini. Gambar ini diambil sejurus selepas tiba di London, walaupun penat dan dah tengah malam. Masih sempat lagi bergambar. Perkataan kat belakang tu 'Bureau de Change' , memang typical London. Sebab tu masa kat Malaysia, aku selalu tergelak bila baca perkataan 'Money Changer', bahasa pasar sungguh. Kenapalah tak dibuat penyelarasan bahasa. Pada yang mengambilkan gambar - Merlin, thanks so much.

Dalam perjalanan pulang, tanpa diduga yang menyambut aku di pintu pesawat adalah Sharmin (yang aku kenali semasa dalam perjalanan ke Medan). Dia terpegun masa jumpa aku kat pintu masuk kapalterbang. Thanks Sharmin, seeing you on board makes the journey feel much more comfortable. Congratulations to be on Board for Air Asia X. Rezeki juga tu, though I understand it is indeed very tiring for 12 hours journey. Inilah dia kecilnya dunia. Sebenarnya selepas handphone aku rosak, aku terus hilang nombor Sharmin, tetiba aku jumpa dia, kat London plak tu. Most recently, aku bertembung dia masa dia berdating dengan pramugari kat MidValley...(when is the big day Sharmin? Jangan lupa jemput).

Kadang-kadang, bertembung dengan orang ni semua rahmat dari Allah. Tak boleh diduga dan dirancang. So bersyukurlah dengan mengenali ramai orang yang membuatkan kita rasa dikelilingi oleh rakan dan sahabat.

So, selesailah episod ke London kali ini. Apa yang berlaku sewaktu menyambung perjalanan dari London ke Dusseldorf, nanti boleh cerita. For Merlin - when are we supposed to go for coffee. I thought, we agreed to meet up after returning from London. I guess, since that trip, you have been in and out of London, hundred times, and you still owe me coffee.

Aku tak dapat menghubungi pemain-pemain bolasepak Kelantan yang aku kenali dalam kapalterbang. Mungkin diaorang semua dah tukar nombor kot. Dan aku takkan lupa wajah panik, imigresen (seorang anak gadis orang putih) kerana terlalu ramai rombongan dari Kelantan - dan semuanya didalam senarai kertas A4 yang ada didepan matanya. Bila aku berdiri didepannya, dan aku berkata - 'No, I am not with them, the red shirt group', her reply was -'Oh..Thank God...', she was extremely friendly and nice, to be fair, the immigration guy on my way back from London to Kuala Lumpur is equally nice. However, I can never forget his question ie 'when are you coming back?' (Semua yang tengok rekod passport aku, masih terfikir bahawa aku masih lagi menetap di England)

Entah kenapa lah agaknya..

No comments:

Post a Comment