Thursday, March 31, 2011

Apakah kita semakin tamak?

Benarkah ada antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain (dulu2 semasa aku kemalangan, aku dibantu, 3 kali kemalangan, dan sekali kereta rosak - pada hamba Allah yang menolong - terima kasih, moga Allah jua membalasnya )

Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan - santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi tamak haloba ? (ye ke kita bersopan santun, aku cakap  terima kasih, ada juga yang tarik muka kat kaunter kedai  - perasan aku nak mengurat dia agaknya)

Beberapa kejadian berlaku memaparkan realiti sebenar sikap segelintir masyarakat kita. Februari lepas, seluruh negara membaca luahan rasa kecewa seorang pemandu lori treler - Ahmad Rozlin Ahmad Murad, dengan  sikap orang ramai berebut memungut kampit berisi beras bertaburan diatas jalanraya selepas lori treler tersebut terlibat dalam kemalangan tanpa memperdulikan mayat rakannya yang tersepit dikenderaan. (Aku pernah tengok cerita drama tv, seorang imam marah pada satu keluarga, pasal tak reti mempersiapkan  mayat, sebelum dimandikan, katanya, apa nak jadi, benda macam gini pun tak tahu nak buat, aku akui mengetahui menguruskan jenazah fardhu kifayah, tapi bagaimana pula bila ada mayat tersepit depan mata, dibutakan mata semata-mata nak mengejar kampit beras? Aku rasa berat lagi dosa pencuri beras dibandingkan dengan keluarga 'jahil' yang imam tu marah sangat)

2. Kenderaan pacuan 4 roda membawa lebih RM70,000 (dalam bentuk syiling) terlibat kemalangan di KM244 Lebuhraya Utara - Selatan berhampiran susur keluar Pedas. Duit syiling bertaburan, mereka yang lalu 'berpesta' mengutip syiling dan tidak menghiraukan rayuan pemandu kenderaan pacuan 4 Roda tersebu (bagaimana agaknya  diaorang ni kalau diaorang plak merayu, orang lain plak buat bodoh je..)

Mufti Perak - Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata - duit tersebut haram kerana ia mempunyai pemilik dan wajib dikembalikan

Penasihatt Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) - orang ramai hendaklah  membantu mangsa kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling dan bukannya mengambil kesempatan daripada insiden tersebut.

Pada aku - kalau tak minta pandangan 'orang agama' pun, common sense lah, tak bolleh ambil hak orang lain. Betul juga kata pensyarah  aku dulu - I don't know why, common sense has become so rare?

Wajarkah insiden-insiden mencerminkan 'tamak haloba' rakyat Malaysia berlaku, sedangkan kita memang dididik dengan sikap Masyarakat Penyayang & Berbudi Bahasa? (Pada aku, didikan memang ada, tapi meresap masuk ke jiwa atau tidaknya, lagipun, kan rakyat Malaysia ni, terkenal dengan double standardnya... Macam masa aku berbual dengan Profesor Shamsul Amri UKM, katanya ; semut seberang jalan nampak, gajah depan mata tak nampak plak..)

Apa dah jadi dengan masyarakat kita hari ini, tinggal 9 tahun sebelum menuju wawasan 2020, dan kita sekarang menuju gagasan 1 Malaysia. (Kita memang menuju kemajuan, rakyat bangsa kita makin ramai yang pandai - tapi macam aku selalu cakap dalam ceramah, pandai tak boleh diikut, bodoh yang tak boleh diajar, common sensen takde..)

No comments:

Post a Comment