Saturday, March 12, 2011

DemiGod?

Berbual dengan rakan yang pernah aku tolong akan 'personal relationship'nya membuat aku terfikir, kenapa agaknya dia merasakan dari sudut agamanya, dia mengganggap aku ni Dewa. Memang aku terkejut, betul-betul terkejut. Menemuinya tadi, dia berkata, dia pergi ke kuil bersembahyang, dan mengatakan pada dalam dirinya terhadap dewa yang disembahnya "kau terlalu sibuk untukku, dan kau menghantar dia untukku, jadi aku akan merujuk darinya, supaya aku tahu apa yang perlu aku lakukan, kerana aku percaya, kata-katanya datang dariMu"

Memang aku tergelak besar mendengarkannya tadi. Aku kata pada dia - macam nilah, boleh tak I buat appoinment dengan Dewa yang you sembah tu, supaya I boleh serah file kaunseling you, kat dia. Boleh dia sambung kerja yang I dah buatkan ni. I percaya yang dia dah tak sibuk sangat sekarang ni. Musim perayaan untuk dia dah selesai.

18.03.2011
Aku baru mendapat panggilan dari empunya diri, bahawa dia dihubungi. Andainnya, kerana si dia kesepian. Aku hanya membenarkan separuh darinya, kerana empunya diri membuka ruang pabila menyatakan rasa cintanya didalam Facebook Wall.

Dia kata, masa dia beri 'persembahan' untuk Dewanya, dia kata dalam dirinya. Aku dah beritahu dan aku dah minta. Semua orang nasihatkan aku supaya jumpa Engkau dan minta Kau selesaikan masalah Ku. Tapi nampaknya Kau terlalu sibuk untukku. Jadi, aku berterima kasih pada Wakil engkau.

Lagi sekali aku tergelak besar. Semoga tidak lah jadi sampai macam tu. Katanya lagi ; Kalau aku tulis buku, dia akan jadi orang pertama rekomen pada rakan-rakannya tentang buku 'mengekalkan hubungan perkahwinan', aku tanya, kalau aku tulis buku politik pulak, dia tetap akan rekomenkan pada rakan-rakan..

Memang kelakar. Tapi aku bersyukur, hubungan dia selesai juga dan dia berjaya didalam perjuangannya. So aku bergurau lagi dengannya sambil berkata - sekarang masalah you dah selesai, dah sampai masa untuk I bersara, dan don't worry, I akan serahkan file P&C you pada Dewa yang baru. Dia menggelengkan kepala, katanya - No, I akan buat rayuan pada Dewa I supaya you dikekalkan disini, dibumi, dan di Malaysia, supaya, I senang nak jumpa you untuk rujukan..

Masyallah..apalah lagi yang boleh aku cakap...

*Artikel DemiGod ini ditulis dengan izin dan pengetahuan empunya diri*

3 comments:

  1. Ha ha ha....I know this story kah kah kah, interesting and yet funny....

    ReplyDelete
  2. Emm...kadang2 kita tak sedar pendapat atau pandangan yang kita berikan pada seseorang itu boleh mengubah perjalan atau nasib seseorang yang datang mengadu kepada kita...Mungkin ada juga kebenaran dari katanya..." dia memohon pada dewa yang disembah...dan tanpa disedari atau dirancang dia bertemu dengan "U" ..dan tak disangka2 apa yang "U" sampaikan membuahkan hasil apabila dia melakukannya..so itu dah dikira satu pahala ....kerana dalam beribu manusia di bumi ini knp dia terjumpa dengan "U" dan "U" plak yag boleh membantu dia menyelesaikan masaalahnya...emmm

    "TAPI APU PUN IANYA SATU CERITA DAN PASTINYA PENGALAMAN YANG MENARIK BUAT U KAN..."

    ...hanya JAUHARI mengenal MANIKAM ....

    ReplyDelete
  3. Mungkin I tak dapat nak bersedekah wang pada dia, tapi dapat juga sedekahkan buah fikiran. Itu yang terlintas sewaktu dia menceritakan kekecewaan dia. Namun I masih bersyukur, kerana apa yang dinasihatkan menjadi. Ia takkan menjadi melainkan dia menurut setiap langkah yang I sarankan. Mudah untuk I bercakap, tapi lebih sukar untuk dia melaksanakannya. Jadi I bukanlah 'separuh Dewa', wakil dari Dewa yang dia buatkan sajian masa perayaan hari tu. Hanya, dia yang teramat yakin I dihantar untuk menolong dia.. I kongsikan dalam Facebook pasal ia cukup unik. Pengalaman, tak sangat lah, cuma dari segi cabaran, ia menguji I untuk berfikir dan menyelami apa yang bergelodak didalam jiwanya dan kemudian merangka "pelan menyelamat". Memang sampai hari ni, dia berterima kasih kerana I beri jalan shortcut untuk dia. I selalu berkata pada dia - normally, I akan ikut stage by stage, tapi memandangkan keadaan dia gawat sangat & dia memang tak dapat bantuan sape2. I terus bagi pelan 'advance stage'..

    ReplyDelete