Monday, March 7, 2011

Semasa di Prague - Czech Republic

Mendengar akan Gregorian Chant, teringat akan semasa aku di Prague, suasana dan orang-orangnya.. Tempat yang aku diami, dan yang paling aku tidak akan lupakan ialah, bagaimana aku bertemu dengan seorang nenek dari Amerika, dalam lingkungan 70 tahun di sebuah taman bunga di Bandaraya Prague. Pada waktu tersebut aku hampir putus asa, untuk bertemu sesiapa yang boleh berbahasa Inggeris kerana hampir semuanya 'melarikan' diri bila aku bertanyakan soalan.

Nenek tersebut, merupakan anak kepada bangsa Czech yang berhijrah ke Amerika. Makanya dia sendiri pergi, untuk melihat akan saudara maranya, walaupun dia sendiri tidak berapa mengenali mereka. Pada masa yang sama juga, dia juga in melihat tempat kelahiran ibubapanya sebelum dia meninggal dunia. Pengamatan ku ialah bila berada disana, golongan muda dan pertengahan, kelihatannya lebih mesra dan peramah. Pada waktu tersebut, Czech akan menyertai Kesatuan Eropah, jadi semangat '1 Eropah', teramat kuat. Aku kagum, dan dengan keprihatinan remaja mereka yang menolong aku sewaktu aku terkial-kial naik bas, tercari cari bilik hostel dan yang lain-lainnya, amat bermakna. Termasuk juga akan penyambut tetamu dihotel yang menolong aku mendapat tempat makan yang best tapi murah (sebenarnya pada waktu tersebut, memang harga di Czech Republic banyak yang murah, malahan lebih murah dari Malaysia), tetapi kini mungkin telah berubah.

Aku juga puas hati dengan makanan ikan direstoran tersebut. Cuma aku terkilan kerana aku alpa memberikan tip pada pelayan restoran. Aku tidak berapa ingat, tetapi aku tahu akan tempatnya jika aku kesana semula.

Merujuk kepada golongan muda yang mesra, ia juga bergantung kepada suasana dan keadaan. Ada tempat, dimana peniaga kiosk sendiri akan menyombong dengan orang luar, terkena juga pada aku ini. Tetapi ini mungkin kerana mereka mungkin lebih berbangga melayan bangsa Eropah sesama mereka, jika dibandingkan dengan orang luar. Itu adalah semangat 'Kebangsaan 1 Eropah' mereka, yang aku terpaksa terima dalam terpaksa. Tetapi jika bercampur dengan golongan pengembara muda, mereka lebih mudah, kerana mereka telah melihat negara luar, jadi tidak terlalu terikat dengan sifat assabiyyah tak bertempat tersebut.

Berkenalan dengan bakal-bakal doktor dari Universiti Charles, dan bersama mereka untuk makan malam, adalah juga pengalaman yang menarik. Perlu aku sebut bahawa bakal-bakal doktor ini, bukannya pelajar dari Malaysia, tetapi pelajar negara lain. Rasanya, Kedutaan Malaysia pun tak tahu aku disana. Seperti biasa, jejak aku adalah jejak terlindung... Kalau tahu pun, apa yang Kedutaan nak buat untuk aku. Aku tidak memohon apa-apa pun...

Dimana Nenek tersebut sekarang...Aku ada menghantar e mail kepadanya...tetapi tiada jawapan.. Samada dia telah pulang ke Amerika atau telah pulang ke....

No comments:

Post a Comment