Wednesday, March 9, 2011

Kenangan di FINAS

Aku terbaca, bahawa di FINAS akan ada suatu forum, dan memandangkan dekat dengan rumah, aku pun pilih untuk datang. Seperti biasa, aku suka duduk senyap-senyap kat belakang dewan. Sambil mendengar akan suasana yang sedang berlangsung. Cuma pada waktu tersebut, forum tersebut didominasi oleh seorang Muslimah yang terlalu cepat mengeluarkan kenyataan melampaui ahli panel (termasuklah YM Raja Mukhriz ; yang aku kenali sebagai Kris), dan menyebabkan suasana tidak selesa.  Aku dalam diam, pun turut merasa kepanasan didalam studio yang berhawa dingin sejuk.

Mungkin dah ditakdirkan juga, sebagai seorang bekas penuntut bidang Theologi, aku agak-agak cepat 'terasa' dengan beberapa kenyataan yang tidak sepatutnya. Akibatnya aku terpaksa mencelah, dengan meninggikan suara, walaupun aku duduk jauh nun dibelakang. Dewan memang agak terkejut waktu tu. Tapi aku terpaksa kerana aku melihat, insan yang seorang ini, terlalu yakin bahawa dia sahajalah yang betul. Langsunglah berlakunya sahut - menyahut antara aku dan dia, habis barisan panel tersisih terus. Mungkin disebabkan itu, sampai hari ni, sesiapa yang ada dalam dewan tersebut, masih ada yang teringatkannya.

Selepas beberapa purnama, tanpa disengajakan aku bertemu semula dengan Kris sewaktu beliau menjalankan penggambaran berdekatan Bank Negara. Langsung aku terus turun kereta, berbual sekejap, dan bergambar dengan beliau dan krew. Thanks for the wedding invitation. Thank God I manage to attend your wedding Kris.

Selepas bergambar dengan Kris, Ahmad Idham pun sampai di lokasi. Aku terus bergambar dengan beliau, sambil ucap tahniah atas filem-filemnya yang meletup-letup sampai dapat kereta baru... syabas, syabas..

Well, selepas aku tulis cerita yang ini, I will contact you Kris, just to catch up on things. It has been quite a while.

No comments:

Post a Comment