Semasa menonton berita berkaitan tsunami, aku menontonnya dari Televisyen Indonesia (RCTI), pada sekitar jam 1 tengahari waktu Malaysia. Aku cuba mencari-cari apakah sudah disiarkan oleh RTM tapi belum lagi. Stesen TV yang lainnya aku tak berapa pasti.
Perkara pertama yang terlintas difikiran ku ialah :
1. Macammana keadaan keluarga angkat ku di Takayama. Aku masih lagi belum menjawap surat yang dikirim oleh mereka
2. Apakah akan berlaku lagi ulangan episod di sebelah sini.
Semasa kejadian di Acheh, aku baru seminggu tiba dari Moscow. Aku terus mendapat panggilan telefon dari sana, bertanya, samada Malaysia selamat ataupun tidak. Aku mengatakan, Acheh dengan Semenanjung Malaysia adalah jauh, walaupun kelihatan amat dekat didalam peta dunia. Aku tidak menyalahkan mereka, kerana itu adalah budaya pemikiran orang putih. Terlalu cepat untuk 'sekaliguskan segala-galanya'. Tapi tidak lama selepas itu, walaupun didalam penuh keengganan, rakan ku dari Portugal sampai juga ke Singapore, dan aku menemuinya untuk lunch dan dinner di Singapore sebelum aku naik bas balik ke KL pada sebelah malamnya. Dia juga menyatakan perkara yang sama, seolah-olah rantau ini terlalu kecil dan segala-galanya adalah sama.
Memandangkan aku pernah berada di Portugal, Aku menjawab secara analogi. Bahasa Portugis dan Bahasa Sepanyol lebih kurang sama. Tapi, tak mungkin orang Portugis dan Sepanyol suka dikatakan bahawa ia adalah sama. Kerana, kita bercakap soal identiti. Jadi, aku menyatakan, Singapura, Malaysia dan Indonesia adalah sebuah negara berdaulat. Maka, tak boleh orang Eropah 'longgok kan sekali dalam satu mangkuk'. But again, ini adalah double standard mereka. Maka, berkaitan dengan tsunami, mereka beranggapan bahawa seluruh Rantau Nusantara ini sebenarnya tidak selamat. Sebenarnya ini bukan perkara baru, semasa berlakunya kemalangan Bajet Airline Indonesia, rakan-rakan ku yang datang bercuti di Malaysia terus kata, mereka tidak akan naik Air Asia, kerana itu juga adalah bajet airline.
Mungkin kita yang tidak membaca majalah, akhbar mereka tidak akan faham, akan dorongan dari mana yang membawa mereka berfikir (menghukum semua adalah sama) secara demikian. Tapi inilah realitinya minda mereka..
Sekarang, berdasarkan kepada tsunami di Jepun, aku ternanti nanti akan tafsiran warga Eropah..
No comments:
Post a Comment