Aku ambil gambar semasa di Venlo, kalau ikutkan, aku paling suka pergi Venlo pasal cheesenya sedap. Lagipun, tak terasa langsung bila sampai kat Belanda ni, pasal dari Duisburg (Germany) kesini, adalah dalam setengah jam, dan tiada imigresen nak check passport pun. Selalunya, kitaorang akan kesini untuk beli cheese dan roti, dan aku paling suka sos German - Pommess, yang memang tak ada, walau di England sekalipun.
Waktu ni, musim luruh, sebab tu aku masih lagi kena pakai jaket tebal. Dan sesungguhnya, aku paling tak suka pakai jaket tebal-tebal ni, berat dan meletihkan. Sampai hari ni, kalau orang tanya, aku akan kata, aku tak suka pergi Eropah masa musim sejuk, pasal macam gambar diatas la. Tapi aku bersyukur berpeluang untuk dapat duduk disana, dan lebih bersyukur lagi, sekarang aku boleh pilih bila aku nak kesana. Semua di sana, samada di England, Jerman, Netherland, Russia, Portugal, Sweden akan faham bila aku pilih untuk pergi semasa musim panas. Thanks to you all there..
Memandangkan aku merantau lebih 10 tahun dulu, aku terkilan dan juga 'meluat' kadang-kadang dengan kesombongan pekerja travel agency, semasa aku ke MATTA FAIR, tak semua sombong, tapi pada yang sombong, pesan aku - memanglah korang semua pun pergi oversea, tapi pasal korang semua ditanggung company, dan korang cuma taw tempat yang company korang dah 'pasti selamat dan selesa'. Turun kapalterbang je, dah ada orang menunggu, dah ada bas menanti. Tak payahlah nak samakan orang merantau dengan orang yang pergi melancong. Jauh bezanya, ibarat tujuh petala langit dengan tujuh petala bumi...
No comments:
Post a Comment