Saturday, March 5, 2011

Sehari di PC Fair - MidValley

Pada hari Jumaatnya, aku terfikir untuk melihat-lihat akan produk produk baru yang ada dipasaran. Memandangkan PC telah bermula, aku memulakan langkah ku disitu. Aku berhasrat hanya untuk mencari 3 benda iaitu Modem-Router, Webcam Mike, dan juga, ntah aku pun tak ingat dah.

Suasana adalah seperti biasa. Aku juga menanti akan panggilan dari Moscow, tapi aku rasa, panggilan akan datang pada sebelah malamnya. Maka aku punya masa untuk berjalan-jalan dulu.

Aku juga kagum dengan Kenneth Hue yang aku kenali selaku promoter Trust Port, pelajar dari UniKL jurusan Computer Software Engineering. Punya sikap yang rendah diri, aku paling kagum dengan emailnya yang bermaksud -'adakah anda menyayangi Tuhan.. Adalah unik kerana bagi seseorang dari Bidang Sains seperti beliau mempunyai kerangka minda yang diluar dari Disiplinya..

Aku ada sms, pada Kenneth, so aku harap dia dah add aku dalam FBnya.. Begitu juga dengan Alfred Wong, yang teramat sibuk menjual wiper di semua Stesen Esso. Katanya pada Jumaat lepas, dia berada di Connaught. Hari ni aku tak pasti, rasanya dia tak kerja pasal kena pergi sekolah.

Kepada staf ThunderMatch, nanti aku akan pergi Low Yat tengok sendiri barang-barang yang aku nak beli masa kat PC Fair tapi tak jadi. Terima kasih ye..

No comments:

Post a Comment