Tuesday, March 15, 2011

Budapest

Sebenarnya, aku pun tak tahu macamana asal usulnya aku boleh berada di Budapest. Seingat-ingat aku la..waktu dulu-dulu, aku memang lebih biasa ke Bucharest, melihat bandarnya, dan juga keramahan rakyatnya dan juga keindahan viewnya.. Tetapi, bila aku kena jadi 'Homme de Affaires', alih-alih, bukannya dengan Romania, tetapi dengan Hungary. Satu negara yang sebenarnya cukup asing buat aku. Tetapi, bila masa pulak ada negara yang aku memang dah kenal. Ibarat kata pepatah - Tak Kenal Maka Tak Cinta..

Kegemaran aku ialah berjalan keliling bandar sebelah pagi. Pada peringkat awal Hungary nak menyertai Kesatuan Eropah, memang terasa 'keghairahan' di sana. Lebih-lebih lagi pada golongan muda, yang tidak sabar-sabar menanti akan kemunculan 'Greater United Europe'. Golongan lain, sekiranya pada usia senja - adalah golongan terpelajar, dan tidak aku lupakan ialah golongan 'pengamal undang-undang' yang teramat fokus kepada warna hitam-putih. Jadi, mereka beranggapan bahawa memang akan ada pergeseran ataupun friction dari sudut ekonomi dan kedaulatan negara, tetapi ia adalah untuk sementara, sebelum menjadi sebuat Kesatuan Eropah yang kukuh dan perkongsian kekayaan.

Pada waktu aku diceritakan sedemikian, aku masih lagi teringat akan artikel yang pernah aku baca sewaktu aku hanya duduk di London dan tidak pernah ke Eropah, iaitu - apakah Kesatuan Eropah perlu bagi negara-negara Eropah Tengah & Eropah Timur. Jawapan penulis British tersebut - Tidak Perlu, malahan ia akan merugikan anggota baru.

Pada tahun 2008, hanya 4 tahun selepas menyertai Kesatuan Eropah, golongan yang amat 'ghairah' pada awalnya merasa kecewa. Golongan Professional yang aku temui pun menggelengkan kepala, menyatakan rasa terkilan mereka. Aku tidak akan lupa pada rakan ku yang seorang ni. Seorang professor Engineering yang menyatakan, memang dia sendiri tidak pernah bersetuju. Tapi apakan daya bagi seorang mengatasi suara rakyat yang ramai.

                            Kenalan ku sewaktu di Budapest. Kenalan yang cukup ramah & sabar.

No comments:

Post a Comment