Thursday, March 31, 2011

Rakyat Malaysia Tidak Jujur?

Benarkah rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yang memerlukan? Persoalan timbul selepas beberapa kejadian baru - baru ini menunjukkan kerakusan rakyat Malaysia dan sekali gus mencetuskan pertanyaan terhadap tahap integriti masyarakat di negara ini terutama di bandar.

"Apabila nafsu mengatasi pemikiran, masing-masing memikirkan tentang diri sendiri dan tidak kisahkan tentang orang lain. Inilah masalah kita" - Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd Tap Salleh.

Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia kini  terlalu bersifat materialistik.

Jangan kita ingat kita di Malaysia penuh sikap ketimuran, walhal tidak begitu.

Pengalaman Dr. Mohd Tap Salleh

1. ...semua kenderaan menghormati kenderaan yang keluar dari simpang kanan. Kalau di Malaysia, sudah tentu masing-masing berebut nak keluar simpang  dahulu... (di England)

2. ..penduduk (penghuni) apartmen disana tidak menggunakan bilik air selepas pukul 12.00 malam, kerana tidak mahu menganggu penghuni tingkat bawah bila pam ditarik, tiada undang-undang atau peraturan, tetapi kerana mereka prihatin dengan penghuni lain... (di Geneva - Switzerland)

3. ...tiada kes laporan rompakan atau kecurian berlaku di tempat bencana... (di Jepun)

Di Haiti  - Kedai di pecah masuk
Di Malaysia - Peti besi derma perlu dirantai + Papan tanda 'jaga barangan peribadi anda didalam surau'

Kejujuran Semakin Hilang

Apakah perkara menjelekkan berlaku pada bulan Februari lalu? Kemalangan membabitkan lori beras yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Bukan kemalangan itu yang menjelekkan tetapi situasinya, sifat jelek rakyat negara ini yang kononnya kaya dengan sopan santun dan budi bahasa serta tebal nilai dan budaya timur (wartawan tidak menyebut tentang agama)

Dalam insiden yang berlaku orang ramai lalu lalang dengan rakus mengaut beras yang bertaburan dan mengisinya dalam apa juga bekas termasuk topi keledar dan beg tangan (apakah rakyat Malaysia mengalami kebuluran melarat?)

Kerana tamak mahukan beras percuma (yang mungkin tak sebanyak mana boleh dikaut dengan tangan) yang bertaburan, mereka langsung tidak memperdulikan pemandu dan kelindan lori tersebut yang cedera serta dalam kesakitan. (dimana sikap prihatin masyarakat penyayang kita?)

Lebih mengharukan (aku lebih suka perkataan - meluat), orang ramai mengharungi lokasi kemalangan seperti semut menghurung gula, langsung tidak endah (tak amik  pot) kepada mangsa yang cedera (tapi kita lebih syok terjah orang untuk mengendap kes khalwat yang juga, mengikut Dr Asri - tidak  elok aib didedahkan)

Persoalannya - patutkah situasi tersebut berlaku disebuah Negara Islam (Negara distatuskan Islam dan Islam pada wajah mereka yang menghurung beras mungkin ada, tapi roh keIslamannya  dimana?) yang kononnya mempunyai masyarakat yang mengamalkan tatasusila tinggi? (aku tak berminat guna perkataan tatasusila, orang macam gini, ibarat telunjuk lurus - kelingking berkait)

Adakah ini menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yangg memerlukan (masih ada yang prihatin, tapi mungkin tidak tahu memperlihatkannya, tetapi bagi yang oportunis, keprihatinan hanya kalau boleh masuk dalam tv)

Tinjauan rambang Mega (Utusan Malaysia) di kaunter hilang memberikan satu rumusan istimewa:

"lebih banyak aduan  barang hilang daripada mereka yang pulangkan barang dijumpai" - ini bermakna ramai masyarakat (iaitu aku - kau & dia ) yang tidak bersikap jujur. Jawapan petugas kaunter memberi gambaran bahawa jika kita kehilangan barang atau tertinggal sesuatu, jangan harap menemuinya kembali. Mereka yang menemuinya tidak akan memulangkannya. ( Pengalaman aku - menolong menumpangkan orang, bila dia turun kereta, kamera, psp dan handphone aku hilang sekaligus )

Eksperimen wartawan;

1. Kes 1 - Perhentian Bas Kajang, 5.30 petang, RM10 diletakkan berlipat dikerusi menunggu bas. Selang beberapa minit ada sepasang suami isteri  warga (aku rasa wartawan maksudkan bangsa) Cina kelihatan seperti menunggu bas. Suami melihat, tetapi isteri tidak mengendahkannya. Mereka naik bas. Selang beberapa ketika,  seorang lelaki pertengahan umur, berpakaian kemas, kelihatannya baru pulang kerja. Nampak duit tersebut, bertanya pada penulis, dan menyerahkannya kepada wartawan bila wartawan menyeluk poket.

2. Kes 2 - Restoran Mafana, Bandar Puteri, Puchong,  2.00 petang. Wartawan meninggalkan telefon berharga RM88, dipanggil oleh pelayan dan menyerahkannya. Wartawan meninggalkan telefon berharga RM1,800 (di restoran berbeza), memilih untuk duduk disebelah meja yang dipenuhi oleh remmaja lelaki. Sangkaan ternyata benar.  Telefon  diambil oleh salah seorang remaja, tanpa menyedari diperhati jurugambar. Remaja terus ke kaunter, untuk membayar makan & minumnya sahaja (bukan untuk menyerahkan telefon), dia terus pantas menuju ke kenderaannya (aku rasa motorsikal). Jurufoto pantas menerpa,  dan bertanya kenapa diambil telefon tersebut. Katanya ; "tak sempat nak panggil tadi & mungkin tiada siapa yang jujur untuk menyerahkannya kepada polis..Jadi baik diambil"

Senario diatas jelas bahawa sebahagian rakyat negara ini, tidak mempunyai integriti (keikhlasan & kejujuran) dan sanggup mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain (aku dah banyak kali terkena, bila aku tulis dalam facebook aku susah nak percaya kat orang, ada plak mamat yang terasa)

Kesantunan dan budi bahasa yang kononnya (aku suka wartawan gunakan perkataan - kononnya) menjadi pegangan dan amalan kita semakin terhakis oleh tuntutan kebendaan terutama dikalangan generasi muda (tapi aku rasa ada banyak sebab selain tuntutan kebendaan)



Dipetik dari Mega Fokus - Utusan Malaysia (31 Mac 2011)

Oleh           Noor Fazrina Kamal
Gambar      Saiful Bahari Ashari

No comments:

Post a Comment