Setiap kali aku mendengar 2 lagu ini, ia ada kesan yang amat kuat pada diri aku. Ia akan sentiasa mengingatkan aku pada keluarga, adik-beradik angkat aku yang jauh beribu batu di Eropah (pasal lagu ini datang dari sana, jadi aku ingat mereka yang disanalah). Aku tertanya-tanya macam mana semua ini boleh aku lalui & menjadi bagian hidupku, dari seorang yang merantau seorang diri, sampailah akhirnya aku bertemu dengan 'keluarga' yang pelbagai. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku cuma seorang dari jutaan manusia yang menempuh pelbagai corak dan warna di hampir semua tempat, dan aku tegaskan berkali-kali, tidak pernah sebagai pelancong.
Jadi bila aku mendengar lagu ini, yang bersifat kemanusiaan, yang bersifat global, memang aku cukup tersentuh. Visualnya aje sudah cukup aku memahami, kerana sesungguhnya aku berada diantara benua ( seperti berkot & cuffling untuk perkahwinan mereka, dan berbaju Melayu disini, mencelah & bergurau dimeja makan bersama mereka - memang aku adaptasi dengan jayanya kerana perbezaannya bukan sekadar daerah, negeri atau negara semata-mata). Mendengar lagu ini, mereka akan berpegangan tangan & bernyanyi bersama, dan ada menitiskan air mata didalam visual lagu ini. Aku pernah disana, dan bersama berpegangan tangan & menghayatinya, dan kini aku di Asia Jauh, jauh dimata tapi tetap dekat dihati. Aku merasa, kesinambungan yang terjalin tidak pernah berkurang, malah tetap kuat dan utuh...
Wajah- wajah mereka, yang aku kenali, yang aku tempuhi didalam perjalananku akan saling bermain dihadapanku setiap kali lagu ini berkumandang... Aku akan terbayang akan setiap sebuah negara, kepayahan & kesusahan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara tersebut dan kemudiannya menjadi sebahagian dari mereka dinegara tersebut, dan senyuman mereka, mungkin juga wajah garang mereka, dan akhirnya mereka menjadi rakan & keluarga ku...setiap suasana yang aku lalui dan pengalaman pahit manis bersama mereka, menahan kesejukan berhujan dan bersalji dengan mereka, berkebun menanam kentang & timun, bergaduh di pejabat pos kerana soal sim kad, bertengkar dengan konduktor bas pasal tiket...mcm2 yang aku teringat. Yang menjadikan kenangan ini amat kuat, kerana, ia adalah sebahagian dari hidup aku... Ya, aku sendiri menitiskan air mata mendengarkan lagu Amazing Grace dan Auld Lang Syne ini...
Pengembara kesepian..perginya seorang..pulangnya...sebagai sebahagian dari mereka...
No comments:
Post a Comment