Thursday, March 31, 2011

Palatul Parlamentului (Romania)

Sewaktu aku meronda-ronda Bandar Bucharest. Aku sampailah ke Istana hebat ini. Aku sebenarnya amat suka berjalan sorang-sorang pusing mana-mana Bandaraya dunia. Pasal aku bukanlah semata-mata nak melihat sebagai pelancong, tetapi lebih untuk merasa 'penjiwaan' setempat. Tapi kebodohan aku selalunya, pergi negara orang, macam gitu aje, tak pernah nak tengok buku panduan pelancong, tak pernah merancang nak tidur, mana, yang aku tahu dah sampai negara tu, seret bag, tanya kat kaunter airport, macam mana nak ke bandar, selepas tu, melilau cari hotel yang aku mampu.

Waktu ke sini pun, bajet aku cuma dalam RM500, je, tapi waktu ni, aku menetap kat London, jadi tiket kapalterbang dari London ke Bucharest, aku dapat bajet airline yang murah la. Waktu ni, Romania belum pun jadi ahli Kesatuan Eropah. Jadi, harga banyak yang masih murah, makan minum hotel dan sebagainya. Aku bersyukur, dah teroka negara - negara ni awal - awal dulu, sebelum ia di 'berjiwa Eropah'.. Sewaktu disini aku berkenalan dengan Ciprian yang sedang duduk di bus-stop menanti kawannya datang untuk dia tuntut hutangnya semula. Aku masih ingat, betapa dia tergagap-gagap nak cakap untuk menolong aku, jadi 'pelancong'. Tapi aku cuma mampu melawat tempat-tempat yang free macam muzium yang free. Kalau berbayar, aku tak boleh la tak p. Pasal aku disana, untuk 2 minggu hanya berbekalkan RM500. Kalau kat KL pun belum tentu boleh hidup lagi...

Jadi, aku dibawa melawat taman dan tempat bersiar-siar di Bucharest. Di dalam gambar diatas, diatas bangku sewaktu aku duduk melihat matahari terbenam, tiba-tiba datang seseorang lalu duduk disebelahku. Tanpa aku duga, soalan pertamanya ; 'anda dari Malaysia?', memang aku terkedu waktu tu. Didalam jutaan manusia di Bandaraya Bucharest, aku yang terpencil, datang sorang-sorang, boleh pulak dikenali oleh mat salleh sorang ni..Itulah kuasa Tuhan. Kadang-kadang aku tertanya juga, betul ke dia tu manusia.... Sampai sekarang, ia masih misteri..

Sewaktu aku ke Romania tahun berikutnya, aku pergi ke tempat yang sama, pada waktu yang sama, berharap, kalau-kalau dia akan muncul lagi..tapi tiada...

Aku paling suka beli kasut disana, pasal design dia special, dan teramat murah. Jadi aku amat terkejut, bila aku di Times Square, dan melihat kasut buatan Romania pada harga hampir RM1,000. Aku terkilan jugak, kalau lah aku tahu, elok aku yang jadi pengimport kasut dari sana awal-awal dulu. Paling kelakar, bila salesman yang jual kasut kat Times Square KL tu promote beria-ia benar akan macamana kualiti tak kalah dibandingkan dengan buatan Itali, Perancis & sebagainya... Itulah aku, aku yang datang Romania masa orang Malaysia masih lagi berkiblat ke Paris & Milan untuk fesyen, tapi pasal aku ni pengembara miskin, bukan bisnesman pegang duit berjuta..kalau tidak, dah berkontena kasut aku angkut bawa balik KL time dulu - dulu lagi..

Gambar di bawah ialah Istana Ceausescu, teramat besar, menjadi Pusat Parlimen, cerita penuh hal dia ada dalam Wikipedia. Tapi bangunan inilah yang menjadi kemarahan rakyat dia waktu tu. Kisahnya dia mati ditembak pada malam nak sambut Krismas. Tragik sungguh. Dah lah aku pun lahir bulan 12. Tak jauh je dari birthday aku time dia kena tembak tu...


So inilah gambar Istana tersebut. Aku teringat akan kisah ada rakyat Malaysia tak puas hati dengan perbelanjaan Putrajaya, katanya membazir. Mungkin yang bangkang tu, tahu kisah Istana ni kot. Tapi aku cuma nak ingatkan, masa Putrajaya dibina, rakyat Malaysia tak melarat, tak kebulur pun. Masa kat sini, sampai elektrik pun boleh takde. Dan bagi yang tak dapat bayangkan, biar aku ceritakan. Negara Eropah ni sejuk, kadang-kadang sejuk melampau. Diaorang bergantung sangat pada pemanas (heater), bila takde elektrik, boleh sejuk beku dalam rumah, silap-silap boleh mati. Jadi aku faham kenapa rakyat marah. Tapi aku tak pernah dengar pulak, rakyat Malaysia mati kepanasan dalam rumah pasal tak dapat on air-con, semata-mata pasal Putrajaya..

Prinsipnya sama - berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sebelum kita kata, teraniaya, tengoklah orang yang lebih teruk dari kita. Sebelum kata kita melarat, tengoklah orang yang lebih menderita dari kita. Kata-kata yang tertulis, memang boleh dibaca, tapi kalau tak merasa sendiri, jangan cakaplah... Itu teori bukan realiti... So kalau yang bangkang tu nak samakan Istana ni dengan Putrajaya, aku rasa, dia masih keanak-anakkan. Orang luka terkena pisau, manakan sama dengan pejuang yang mati dibunuh kerana berjuang. Tapi kita hanya membaca dari tempat kita dengan penuh keselesaan...tahu tapi tak merasakannya...

1 comment:

  1. post yang menarik. tapi status saudara semasa pergi ke tempat-tempat yang menarik tu tak jelas. sama ada saudara sebagai pelajar yg mengambil peluang melancung semasa cuti sem atau pun perantau dari malaysia yang saje saje nak ambik peluang kenali negara luar. Good post anyway. keep a good job.

    ReplyDelete