Wednesday, March 23, 2011

Parlimen Malaysia ( 22 Mac 2011 ) 8.30pm

Kisah bermula sewaktu aku menerima 'panggilan', untuk hadir perbincangan di Bilik 2. Aku hanya mendiamkan dirinya (maknanya aku tak begitu ingin nak pergi waktu tersebut, kerana ada perkara lain, bukan kerana aku tidak mahu pergi ke perbincangan tersebut)., tetapi cukup 48jam kemudiannya, aku ditelefon sekali lagi, dan aku tiada upaya untuk mengatakan NO, walaupun aku ini, memang terkenal dengan Black & White policy. Aku sebenarnya segan (ikut tertib orang Melayu), untuk mengatakan tidak berkali-kali. Dah bertahun dengan Jerman pun, masih ada lagi elemen 'segan' Melayu dalam diri aku ini.

Semasa dalam perbualan ditelefon tu, aku bertanya (sungguhpun aku mengetahui akan hakikat dress code masuk ke parlimen, please la, bukan kali pertama aku ke sana pun), samada aku boleh pakai t-shirt polo yang berkolar.  Sebabnya, cukup mudah, hari dah malam, dan aku pulak dari rumah. Aku rasa pelik sangat, kalau kena pakai necktie malam-malam buta masa nak keluar rumah. It feel so strange.

However, yang 'menjemputku' berkata, bahawa dia rasa tiada masalah kerana hari dah malam, dan menurutnya ramai 'rakyat istimewa' boleh pula masuk macam gitu aje, so dia kata, pakai je, bukan nak masuk dewan pun, tapi ke bilik perbincangan. Aku faham dan aku pun fikir tiada apa-apa kesalahan. Ibarat, kalau aku ni technician nak kena buat kerja repair dalam bangunan tu, takkan kena pakai kot juga. Tapi tak tahu la kalau memang macam gitu.

Aku pun, walaupun dah biasa, boleh terlupa bahawa Dewan masih bersidang pada malam tu.

Pada malamnya, selepas aku tgk tajuk berita, aku terus ber'pergi'an ke Parlimen, jalan yang aku pilih, adalah melalui Duke, terus ke Jalan Kuching. Dari situ terus lah aku dibelakang Dataran Merdeka.

Sesampai disana, polis bertanya, aku katakan aku pelawat dan ada mesyuarat. Dia minta aku tinggalkan lesen. Aku terus memandu ke pondok pengawal, dan menyerahkan lesen. Sambil bertanya, boleh ke aku ni masuk. Katanya yang cukup ramah dan sopan - 'tak pasti encik, pasal dewan masih bersidang, tapi cubalah tanya kat pintu masuk. Bilik mesyuarat pula di Bangunan Rendah. Aku dah mula rasa, mungkin aku kena patah balik je ni'.

Bila aku mendengar bahawa Dewan masih bersidang, aku terus bertanya, ada pintu masuk lain tak, pasal aku tak nak menyusahkan sesiapa pun. Aku masih tahu adab & adat, untuk masuk tanpa bertembung dengan Policy Makers Malaysia yang aku tak ada berurusan pun. Lagipun, memang ada muka-muka yang memang aku lebih rela tak tengok dari bertembung kat Pintu Dewan.

Katanya kepada ku - ada di Pintu 5, terus naik lif ke Bilik Mesyuarat.

Selepas itu, aku terus ke tempat aku biasa parking, walaupun aku rasa, mesti jauh dari Pintu 5 pasal tempat aku biasa parking tu, memang dekat pintu masuk utama. Aku terus berjalan laju pergi ke Pintu 5 (walaupun aku tak berapa ingat dimana). Aku tak mahu lewat, masih ada 5 minit lagi. Aku terlajak sampai ke Pintu 7. Aku bertanya pada wartawan yang baru keluar dari Pintu 7, dia kata dia tak pasti. Aku masuk dan bertanya kepada wanita yang menjaga Pintu 7, dia bersungguh-sungguh kata, aku kena patah balik dan masuk semula ke terowong. Aku pulak tak dengar dengan betul, aku terus masuk ke terowong, aku terlajak lagi sekali, aku sampai semula ke Pintu 4. Aku pun berpatah balik, pergi berjumpa dengan dia di Pintu 7 (jauh juga sebenarnya dari Pintu 4  ke Pintu 7). Dia agak menggelabah. Aku kata, kalau saya masuk dari Pintu 7 boleh. Dia kata, tak boleh Encik, pasal ini laluan terus. Tapi, cuba cari Pintu 5, Masuk semula ke terowong, lihat sebelah kanan.

Bila dia kata sebelah kanan, baru aku teringat aku melihat seperti sebuah 'bilik' anggota keselamatan berkumpul bila lalu didepannya. Sebenarnya bila dah masuk dalam bilik itu, nampaklah ruang legar depan pintu lif untuk aku ke Tingkat 2. Aku sampai buat kali ke - 3 nya di situ. Dan yang menjaga, berasa amat serba - salah, kerana tidak dapat membenarkan aku menaiki lif. Walaupun, kalau dia bagi naik tangga pun aku tak kisah. Pasal aku dah sampai dari 'jauh'.  Tapi dia bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan dengan berhemah. Aku terima, dan aku ucapkan terima kasih. Aku terus keluar dari Pintu 5.

Semasa aku menuju ke parking kereta yang terletak dengan Pintu Utama Dewan, rupa-rupanya Dewan baru habis bersidang. Kelihatanlah, deretan kereta-kereta YB, ada yang teramat mewah, ada yang biasa, ada yang gah dengan pelbagai simbol & logo dikereta masing-masing. Aku terus sms pada pegawai di Tingkat 2, aku katakan;

'Salam, saya dah sampai di Parlimen, tapi tak dibenarkan masuk, kerana pakaian kasual. Jadi saya tak dapat hadir ke mesyuarat ini. Tapi, saya akan maklumkan pada ***'

Jawapan yang aku terima; 'Ok'

Aku forwardkan sms tersebut pada ***, dan katanya 'banyak protokol betul', dan dari kata-katanya, aku tahu dia marah. Yang menariknya aku tak rasa marah pun pasal tak dapat masuk mesyuarat tersebut.

Pada waktu tersebut aku teringat akan 'rakyat istimewa yang dapat masuk dan jumpa Menteri, seperti itu sahaja, dengan pakaian kasualnya juga'. Aku katakan pada diri aku. Aku cuma golongan rakyat biasa, salah seorang diantara 20 juta lebih warga Malaysia. Aku bukan pun 'golongan setaraf' seperti barisan pemilik kenderaaan-kenderaan yang berderet didepan mata aku sekarang ni.

Selesai membaca sms 'Ok' tersebut, dan melihat pemandangan indah kereta-kereta YB, aku terus masuk ke kereta untuk meninggalkan Parlimen. Aku ucapkan terimakasih diatas sikap dan etika sopan sewaktu menerima lesen aku dari pondok pengawal.

Masuk semula ke Jalan Mahameru, aku terus ke Cheras, dimana aku terlupa dan meninggalkan dompet aku diatas kereta di Petronas Sri Permaisuri. Aku ucapkan syabas kepada pekerja petrol pam tersebut yang ada menanti dikereta ku, bagaikan patung, kerana dia bimbang, sekiranya dia meninggalkan keretaku. dompet tersebut akan hilang. Walaupun hakikatnya. pada waktu tersebut, sekeliling aku tiada orang. Tapi iyelah, hari dah malam...belum tentu kalau tak nampak, ertinya tiada...

No comments:

Post a Comment