Didalam ketidaksempurnaan kehidupan, yang sudah semestinya diperakui, kadang-kadang aku menerima hakikat, perfection tidak mungkin dalam imperfect world. Aku lebih yakin dan percaya akan 'state of equilibrium', dimana keseimbangan itu adalah perlu. Equilibrium ini aku fahami semasa subjek Ekonomi dipelajari dulu. Dari sudut sains pun sama, tekanan sentiasa ada, sebab itu wujud Newton Law. Jadi, bila bercakap tentang soal kehidupan, aku tertanya, sebagai manusia yang penuh kekurangan, kenapa desakan kesempurnaan itu melampaui kemampuan kita. It is a big difference between challenging oneself to improve, or about having utopian values to be achieved. Eventually, being utopian may lead to desperation.
Adalah amat perit bagi individu yang tidak mampu memenuhi expectation yang diletakkan keatas mereka. Pada aku adalah lebih wajar, expectation itu diselarikan dengan kemampuan didalam individu tersebut. Pada masa yang sama, melihat kepada perkara yang lebih makro. Prinsip - Guiding Principlenya tetap sama. Tak perlu aku sebutkan, cuma bila bercakap tentang terpaksa memilih diantara 2 kemudaratan, pilihkan yang paling kurang risiko berkaitan. Didalam membuat pemilihan tersebut, lihat dan kaji criteria serta aspek penilaian secara menyeluruh. Jangan disempitkan didalam ruang lingkup yang sama, kerana we do not live in isolation. Kaedah untuk isolate kan sesuatu, dan kemudian digabungkan kepada level makro haruslah difahami. Setiap perkara ada kaedah dan cara. Ada formula dan strategi, malangnya, ia dikelam - kabutkan dengan pemahaman cetek - matlamat menghalalkan cara...
Salam,
ReplyDeleteSomething I need to learn from u is, kaedah utk isolatekan sesuatu, dan kemudian digabungkan kpd level makro. Itu memerlukan teknik berfikir, which I dont know.....
Wsalam. Soalan yang sukar saya terjemahkan. Saya 'berada didalam proses tersebut' tetapi saya bukanlah 'arkitek kepada proses tersebut'. Tapi, didalam peredaran semasa sekarang, saya akan cuba merungkai proses penguraian 'isolation and merging back into the macro factors'...
ReplyDelete