Semasa pemasangan streamyx dijalankan, aku dah mula tertanya-tanya, apa yang sepatutnya aku 'rombak' semula. Seperti biasa, lawatan ke Low Yat kena dimulakan semula. Rondaan bermula sejak 3 minggu lepas. Semua yang meniaga kat Tingkat 2, 3 dan 4. Aku akan pergi tanya.
Ramai yang menjual dan ramai yang bercakap, tentang distance range. Aku pula lebih berminat akan stability and security. Pasal aku bukannya nak buka commercial premise, cuma untuk pakai Wi Fi sendiri je. From there, I realise, most 'selling point' diaorang tak lah menjurus kepada keperluan aku.
Cuma ada 3 orang yang memberikan 'taklimat' penuh. Seorang namanya Fiq dari Thundermatch Tingkat 2. Aku puas hati dengan penjelasan panjang lebar, tentang samada Technology N atau G lebih sesuai untuk aku, dan samada aku perlu kepada 150 atau 300. Penjelasan beliau adalah lebih kepada perlu atau tidaknya ia dibeli, kerana Streamyx dah bekalkan Modem Router. Jadi that is good enough. Pada masa yang sama juga, dia mengatakan yang Modem Router Free tu, is 150 Mbps (yang ini beliau tersasar), aku balik rumah, check, it is only 54Mbps.
Aku berjalan lagi minggu satu laginya, dan bertemu Jason, dia pulak kata begitu, tapi aku realise kekeliruan yang terjadi ialah, speed dari pencawang kepada router kat rumah, yang sememangnya aku tak boleh buat apa-apa. Itu diluar dari kemampuan aku untuk pengubahsuaian. Tapi yang aku maksudkan ialah speed dari router ke komputer / laptop kat rumah. Ini yang aku tekankan sangat-sangat. Ini yang menyebabkan aku tertanya-tanya antara penjelasan Fiq dan juga Jason, dan sebenarnya ada seorang lagi tapi aku lupa namanya. Seorang itu datangnya dari Sabah. Dan yang lainnya, adalah 2 anak gadis - juga dari Thundermatch, satu di Low Yat, dan yang satu lagi di Times Square. Mereka yang menolong menjernihkan kekeliruan yang bermain difikiran aku. Soalan magik aku terjawab bila aku tanya - mana yang paling ramai orang beli - Anak gadis kat Thurdermatch tanpa bertangguh terus jawab - TP Link. (Jawapannnya sama macam jawapan Jason kat Low Yat). Sebenarnya, aku dah pun buat research di internet, akan modem router yang popular dan reliable. Tapi website yang aku tengok kebanyakkannya dari belah-belah kampung aku. So, memang lah diaorang akan pro brand sana macam Linksys.
So, disebabkan itu, akhinya aku pilih juga TP-Link. Dugaan masih belum selesai. Aku kalau dah berjanji, aku kena tepati. Aku kena berpatah balik ke kedai Jason (dia merupakan kenalan lama aku yang berniaga peralatan komputer di Low Yat). Makanya pasal dah berjanji, aku kena beli dari dia. Masa tu, dia kata setting configuration dia akan buatkan. Tetapi, tiba masanya, ada problem line connection. Maka, dengan berat hati, aku terpaksa bawa balik modem router yang masih 'mentah' ni, untuk aku configure sendiri kat rumah. Satu benda, yang aku paling 'maleh nak buek'. So bermulalah perjalanan aku dengan modem tersebut didalam hujan, seperti biasa, aku parking kereta, dalam jarak sebatu dari Low Yat.
Sempat aku singgah di kedai Usen, terkejut, bila sales girl situ kata, Usen kemalangan, habis sebelah kiri. Aku pun kata, nanti aku telefon dia tanya keadaan dia, nasib baik juga isteri Usen dah ada kat KL. Selepas tu aku sambung singgah Pavilion, jumpa Azlee, dia bertanyakan bila aku nak ambil TV (yang dia nak hadiahkan / pinjamkan), aku kata, nanti dulu pasal, pokok cili yang aku kirim hari tu lebih utama. Selepas itu aku terus nak balik, bertembung dengan Merody, aku kata, nanti kita citer-citer pasal aku nak cepat. Lucy pun tak sempat aku pergi jumpa tanya khabar. Fikir-fikir balik, ramai juga yang aku kenal kat Pavilion ni.
Memandangkan aku lalu kat Cheras, aku terfikir nak tanya Wan, samada dia meniaga ke tidak, aku tak sempat beli semalamnya. Bila aku lalu, rupa-rupanya, kedai dia dah pindah. So, takpelah, Aku sms bagitau yang kalau dia meniaga di KL semula, harap dimaklumkan.. Dia pun jawab, belum tahu bila datang KL lagi..
Sampai dirumah, bermula la proses aku untuk configure dan setting Modem Router ni. Aku dah menduga, ia akan jadi 'malam yang panjang'. Memandangkan aku ni memang susah nak ikut arahan dalam buku panduan. Aku akan terus memandai-mandai dengan cara aku. Tapi syukur, menjelang 4 pagi, selesai juga. Memang penat sangat. Tapi puas hati lah. Hasil kerja tangan sendiri. So bermulalah era menggunakan TP Link ini. Bila-bila aku jumpa Jason nanti, mesti dia masih segan lagi pasal aku yang configure sendiri Modem Router ni. Tapi tak kisahlah. It is a challenge, and never run away from challenge.
Pasal terlalu letih, aku langsung terlupa appoinment dengan Dentist aku, Dr Nik. Kesian dia menunggu aku. Tapi nak buat macammana, dah memang aku terlupa (agaknya aku dah terlalu meMalaysiakan diri ku kot). Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku buat appointment dan aku juga yang lupa selepas diremind berkali-kali. kat Malaysia ni la baru terjadi. My God, what has happened to me. Mungkin ada banyak pressure dalam fikiran kot, termasuklah kena belajar pasal router configuration secara express. But life goes on ;-)
No comments:
Post a Comment