Majlis Perkahwinan Ciprian & Diana
Diana sedang menyematkan bunga pada baju ku. Disebelahku adalah teman wanita kepada sepupu Ciprian yang datang dari jauh. Aku sebenarnya yang paling jauh, datang dari luar Romania. Hari aku sampai, Ciprian dan Drago datang menjemput aku dari Airport Bucharest. Aku datang dari Gatwick London. Rasanya penerbangan kali ini, aku naik kapalterbang Hungary. Cuma aku marah, bila tidak dibenarkan ambil gambar di Airport tersebut. Aku juga marah, dengan sikap angkuh imigresen wanita, yang cuba nak cari pasal, asyik belek-belek passport aku, dari depan ke belakang, dan kemudian dia ulang semula 3-4 kali. Memang betul, nak cari pasal.
Nasib jugalah, dalam passport tu, ada puluhan cop negara lain, dan yang paling dia tak leh terima, Stamp dari UK tu, dan juga US & Russia. Maknanya kalau 3 negara besar ni leh terima aku, takde sebab dia nak fikir yang bukan-bukan tentang apa aku nak buat kat Romania. Lagipun, kad jemputan Ciprian memang aku ada bawa bersama just in case, dia nak tengok juga.. Tapi rekod perjalanan aku bersih, dan Insyallah, aku akan kekalkan begitu dimana-mana negara.
Aku cukup teruja, dijemput ke perkahwinan dia. Memang tak sangka. Kali pertama aku di Romania, waktu aku duduk melanguk kat bus-stop, tak tahu nak buat apa, hanya dengan RM500 dalam poket (100 Pound Sterling), aku tak tahu nak makan apa. Aku cuma ready minum air paip je, pasal nak ada duit bayar hotel murah. Makan, nasib baik aku tak memilih, jadi aku memang beli roti and butter (dah makanan orang putih pun), untuk makan kat bilik hotel.
Sampai hari ni, aku tak rasa segan mengakui memang aku pergi travel dengan bajet kecil macam kuman. Tapi it is about survival. Sebab tu, masa aku pergi MATTA Fair, aku 'kagum' dengan kesombongan sesetengah agency, dan mereka yang 'gah' nak p tempat orang putih.
Nak pergi melancong, sape-sape ada duit boleh pergi melancong. Tapi nak dijemput ke Majlis Kahwin, dan diterima oleh mereka, itu perkara lain. Itu memerlukan kepercayaan. Dapat duduk di rumah, diterima dalam rumah, itu juga satu pengiktirafan. Jadi aku tak heran kalau orang p melancong. Kalau orang tu dijemput, itu baru aku tabik.
Rasanya, dah ratusan orang tahu cerita tentang bajet RM500 aku ke Romania ni. Cuma apakah yang bermain di minda mereka. Seperti biasa, dia akan mengaitkan perjalanan 'melancongnya dengan dibawa oleh tour leadernya' seolah-olah itu adalah suatu pengalaman pengembaraan. Melancong sedemikian, walau dinegara mana sekalipun, adalah penuh 'kemanjaan'. Aku melalui ranjau yang cukup mencabar. Sebab itu aku cukup 'marah' bagi yang suka menyampuk, menceritakan pengalaman 'melancongnya'. Melancong dengan dijemput ke hotel bila turun kapalterbang, jauh bezanya dengan aku ni, yang awal-awal dah kena tegur pasal aku kena naik bas, dan tak reti beli tiket. Namun aku bersyukur, ini semua memberi nilai dalam hidup aku. Insyallah, sesiapa yang berminat, aku tak kedekut berkongsi pengalaman..
Assalam,
ReplyDeleteSaya baru jumpa blog ni sbb mencari sumber ttg Romania.Tertarik dengan cerita penulis pergi ke Romania dengan hanya rm500,mcm mustahil tapi tolong jelaskan camana ye,hehe..Berminat sangat nk ke sana....Saya sukakan permandangan dan nak tgk lebih dekat bangunan2 ktsana yang klasik dan nak tgk istana atas gunung..sgt unik.please email saya azlanhalim24@gmail.com,tkasih.
sy n insyaAllah akan ke bucharest bln 10 ni.sekrg tengah cari maklumat tentang romania.semuanya cantik bagi sy terutama kawasan desa di romania.tlg bg tips backpack ke sana kalau boleh sekali dengan itenari.tlg email ke noraziramohdlatif@gmail.com
ReplyDelete