Wednesday, March 16, 2011

Sekolah Menengah Semerah, Batu Pahat, Johor

Sewaktu memberikan ucapan, perkongsian pengalaman kehidupan diluar Negara.
Aku bersama dengan wakil NGO. Menyampaikan taklimat untuk pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Semerah Batu Pahat, Johor. Para pelajar ini datang dari Johor ke MAYC, yang berada disebelah Federal Highway. Seperti biasa, aku tidak pasti apa yang ingin aku ucapkan, jadi ia amat spontan. Aku pinjam pen dari salah seorang ahli KCD, kerana aku rasa lebih selesa bila ada memegang pen, walaupun aku tiada barang sehelai kertas pun. Aku melihat dari sudut semua yang berucap. Maka setelah mendengarnya, aku mengambil pendekatan yang berbeza untuk menimbulkan kelainan.

Ramai dari KCD selepasnya yang datang kepadaku bertanya, kenapa aku tidak menceritakan kisah kepayahan hidup aku di England sebelum ini. Aku pun jawab, tiada sapa yang bertanya, tapi apa yang aku kisahkan kepada pelajar dari SMK Semerah ini, adalah kisah benar. Maka, berpegang kepada prinsip, menjawab apabila ditanya, hanya pada malam tersebut baru KCD mengetahui akan pengalaman lampau aku.

Aku juga mengucapkan tahniah, kerana salah seorang pelajar yang berada dihadapan ku pada waktu tersebut, kemudiannya merupakan salah seorang pelajar cemerlang Negeri Johor.


Selepas bagi ucapan, dapatlah juga cenderahati dari penganjur. Terimakasih juga diucapkan kepada KCD yang mengundang aku. Begitu juga kepada wakil ANSARA yang berada disebelahku.  Bagaimanapun aku juga ucapkan syabas kepada seorang yang datang dari Kelantan, semata-mata untuk bersama para pelajar ini, dan kemudiannya pulang semula ke Kelantan selepas majlis tersebut dengan memandu sendiri. Inilah semangat juang orang lama..

No comments:

Post a Comment