Wednesday, March 2, 2011

Ketika di Jakarta

Aku mendapat panggilan mengejut, dimaklumkan bahawa akan ada pendidikan European Union di Jakarta. Dalam tempoh yang sangat singkat aku memilih untuk menghadirkan diri disana. Lalu bermulalah perjalanan yang sekali lagi tidak dirancang.

Aku mulai dengan mencari diinternet, akan lokasi sebenar pameran tersebut, dan aku ketahui ianya akan diadakan di Balai Kartini. Aku tersangkut akan hotel yang memenuhi bajet yang ada. Aku menelefon rakanku dari KL Hop On Hop Off, dengan senang hati, beliau memberikan nombor Ibis Hotel (yang kebetulan juga, hotel yang aku selalu temui di England,walaupun aku memang tak pernah jejak kaki masuk ke Ibis di England). Aku mulai perjalanan aku, dengan menempah tiket, mengira-gira bajet perbelanjaan makan dan minum selain hotel dan juga transport.

Seperti juga kebanyakkan negara lain, yang aku 'hadir' sebagai pengembara tanpa dirancang. Aku sekali lagi mulai, dengan mengemas barang yang bakal diperlukan. Aku booking teksi siap2 untuk menjemput aku dirumah pada awal pagi untuk ke KL Sentral, kemudiannya ke LCCT.

Sewaktu dalam perjalanan, aku masih tertanya-tanya apa yang akan aku ketemui. Ini adalah kali pertama aku ke Jakarta, so near yet so far kata orang kampung aku. Negara yang cukup hampir dengan Malaysia, hanya baru sekarang aku akan pergi 'melihatnya'. Aku tidak punya cita-cita besar, selain untuk menilai respons pendidikan Eropah di Balai Kartini.

Aku sampai, aku bersedia, kerana aku telah melalui pengalaman 'terkejut' semasa di Polonia Airport - Medan, pada tahun sebelumnya. Sesampai sahaja di Sukarno Hatta, aku seperti biasa akan beratur, dan memerhati sekeliling, barisan orang-orang, menjeling akan passport yang dipegang, untuk mengetahui mereka adalah dari warga negara mana.

Malahan semasa didalam kapal terbang lagi, aku telah mulai menilai 'environment sekeliling'. Aku teringat dalam salah satu perjalanan aku dari London ke Malaysia, dimana aku menaiki pesawat milik Emirates. Ia adalah salah satu perjalanan paling lama, kerana terlalu banyak persinggahan. Sewaktu aku dalam perjalanan dari London menuju Dubai, aku duduk bersebelahan dengan seorang warga dari India yang dalam perjalanan dari USA menuju ke India (ini adalah cerita dalam blog lain), dan sewaktu transit dan menyambung perjalanan dari Dubai ke Malaysia, baru aku tahu, pesawat akan juga ke Jakarta selepasnya. Aku telahpun melihat ramai penumpang pesawat dari Indonesia (yang aku jangka dalam perjalanan pulang setelah mengerjakan Haji) yang merenung aku, kelihatannya mereka seperti melihat aku ini ALIEN. Mungkin kerana warna kulit dan wajah yang hampir sama, tetapi perwatakkan yang jauh berbeza (ini juga adalah perkongsian didalam blog lain)

Berbalik semula akan perjalanan ku ke Jakarta, selepas imigresen checkpoint, seperti yang dinasihatkan oleh sahabatku dari KL Hop On Hop Off, supaya menaiki teksi Blue Bird untuk mengelakkan ditipu. Aku mengikut nasihatnya. Aku sampai di Ibis lewat petang. Mungkin cara aku bertutur tidak memperlihatkan bahawa itu adalah kali pertama sebenarnya aku menjejakkan kaki di Jakarta, sehinggakan aku ditanya samada aku datang untuk melawat sahabat handai mahupun saudara mara oleh pemandu teksi tersebut, yang pada masa sama mengkagumi Tun Mahathir.

Setelah check in, aku turun untuk makan, aku terkedu kerana aku tidak pasti apa yang harus aku makan. Itu soal kecil. Ingin juga aku menyebut, kerana minat melihat akan sekeliling, aku perhati akan sekeliling Bandaraya Jakarta, aku memahami akan tempatnya, akan budaya menunggang motornya. Aku tidak akan lupa kiosk minuman di Jambatan Matrak sewaktu aku pulang dari Balai Kartini - berjalan didalam kepanasan matahari, sewaktu aku bertanya apakah ada mall, lalu aku dibawa naik 'ojej' yang dibantu oleh anak muda dari kiosk tersebut, dan aku dibawa ke Ambassador, dimana aku mengenali Eman (dari Betawi). Yang banyak berkongsi akan budaya dan cara hidup di Jakarta. Kalau tidak silap aku, dia asalnya dari Bogor. Dan dia antara 2 orang yang menelefon ku sewaktu aku kembali ke Malaysia. Aku juga berterima kasih pada Dendy (A&W), yang menolong aku naik bajai dari Mall di Mangga 2 ke Ibis. Aku juga akan sentiasa ingat, akan pemandangan dibawah jambatan keretapi, yang terdapat diantara mereka yang aku kenali, begitu juga denga Riza Rezki Pertama - yang berasal dari Manado dan bekerja di Senayan Mall. Terima kasih juga pada pelajar dari Institut Teknologi Bandung yang menolong mengambil gambar ini.



Buat Eman, terimakasih kerana membawa aku menelusuri jalan-jalan sekeliling Ambassador, untuk melihat-lihat kedai dan rumah KOS selepas waktu kerja. Padaku prinsip pengembara ini adalah mudah, kerana, bila kita ikhlas dan mesra, sesiapa pun yang ikhlas dan mesra akan menolong kita.
Walaupun wujud perbezaan bahasa, ia adalah agak unik kerana padaku ia adalah seperti Bahasa Amerika dan Bahasa Inggeris. Perkataan mungkin sama tapi maksud berlainan. It was hilarious (meminjam kata-kata yang selalu aku ucapkan sewaktu menetap di Liverpool).

Aku tidak tahu dimana Dendy, Reza dan beberapa yang lainnya. Padaku 'pass it on'. Mereka ada jasa kepadaku, dan aku tidak dapat membalasnya. Tetapi aku juga akan membantu mereka yang memerlukan. So, I just pass it on. Perkara yang sama berlaku sewaktu aku di Romania, di Filipina, di Arab Saudi, di Greece, di Jepun, di Russia...

Terlalu ramai orang yang aku temui, kenali dan bersahabat. Terlalu banyak jasa dari orang-orang yang tak aku kenali. Begitu juga, terlalu juga banyak kesombongan yang aku temui. Tetapi aku memilih untuk mengenang mereka yang berbudi dari mendendami mereka yang menyusahkan (seperti dari gambar filem Journey to Promethia). The Pain in his heart will drive him to an early death

Bagi mereka yang tak dapat aku temui lagi, kerana aku tidak tahu dipelusuk mana didunia ini mereka berada. Aku mendoakan kesejahteraan mereka. Itu adalah maksud lagu 'baik-baik sayang' pada ku....

Sekiranya ditakdirkan, we will cross path, then we will. If we do not, I promise to 'pass it on' the kindness as a show of my gratitude..

Aku akan menaiki ojej lagi, mahupun bajai, mengenali lebih ramai orang, mengetahui akan suasana persekitaran. Aku terkilan kerana tidak sempat menjawap panggilan terakhir dari Riza, begitu juga dengan rakan pertama ku yang bekerja di Ambassador. Aku berpeluang mengenali (namanya aku lupa, yang aku ingat cuma Bayu) yang baru keluar dari gereja selepas kebaktian, dan kami sempat berbual panjang di pejabat Eman. Apa yang dibualkan adalah sesuatu yang juga tidak boleh dilupakan. Tapi aku juga tidak akan lupa pada 'kebodohan soalan' aku. Namun, kita semua manusia yang tidak sempurna...

No comments:

Post a Comment