Mengimbas kembali jejak-jejak perjalanan menempuh bumi Russia, memang banyak kenangan indah. Dari tempoh dan tempat membeli tiket, cuacanya dan juga keretapinya. Entah kenapa, setiap kali aku nak ke St. Petersburg, mesti kena naik keretapi. Rasanya, dlm banyak-banyak negara, yang paling banyak kali aku naik keretapi mesti di Russia. Kalau kat Malaysia, rasanya, tak pernah langsung, sampai hari ni.
Inilah gambar keretapi yang aku naiki. Ini gambar lama, keistimewaan gambar ni, aku sebenarnya baru balik dari St. Petersburg, Dah sampai di Moscow pun, tapi keesokkannya, aku kena pergi semula ke St. Petersburg. Bayangkan bagaimana rasa dan suasana. Dengan kesejukkan, dengan keretapi yang memang, agak-agak susah nak lelap (pasal tak dapat cabin yang ada tempat tidur), aku terpaksa berpatah balik. Lupa nak cakap, perjalanan memakan masa dalam 5 jam. Memanglah tak jauh, tapi bila kesejukkan menggigit, masa nak turun keretapi, bila angin sejuk menyapu muka, memang tak boleh nak bayang. Suasana berkabus kat stesen, dalam kepala nak cepat sampai rumah, nak tidor, nak berselimut, tak nak keluar - keluar. dari dalam bilik... Waktu waktu gini, memang aku rindu sangat kat cuaca di Malaysia. Tak lah tension sangat kalau kat Malaysia ni..Dengan berat jaket, dengan berat barang-barang, tak termasuk dengan becak kat jalan time aku tengah nak melintas sejuk-sejuk ni...
Tengok balik gambar ni, rupa-rupanya tahun 2005 punya, dah lama juga aku berulang alik dengan Russia - waktu ni pun, aku dah tak ingat berapa kali dah aku duk sana, datang samada dari London, Germany, ataupun Kuala Lumpur... Dah ditakdirkan agaknya.. Penat memang tak terkata, tapi nak buat macam mana...
Ini selepas selesai hal-hal berkaitan di St. Petersburg. Sempat lagi tersenyum. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersenyum, kalau ikutkan, waktu ni, aku dah penat berulang ke St. Petersburg dalam tempoh kurang dari 24 jam. Mungkin aku rasa lega apa yang aku risaukan dah selesai. Nasib baik tak kena denda masa ambil gambar ni. Masa kat Moscow dulu, lepas click je kamera terus kena denda, langsung lah kena bayar 300 roubles. Oppss silap, kena denda pasal ambil gambar di Underground, bukan di Stesen Keretapi. Tapi, disebabkan di Russia, Stesen Underground sebesar stesen keretapi, sebab tu aku selalu keliru. Tapi pada aku elok, pasal landasan dia sama macam landasan keretapi yang besar (ada pengalaman di Romania tentang keretapi ni). Yang menariknya, Moscow & St. Petersburg underground - tak pernah lewat. Kalau dibandingkan dengan kat London. Rasanya macam baru semalam di London, aku kena menapak dari Baker Street Station (tempat Sherlock Holmes tu) ke Marylebone Station, pasal stesen Baker Street ada 'signal failure'. Perkara-perkara macam ni la yang buat aku tak rasa syok duk London, agaknya untuk dulu, kini dan selamanya...
Apa yang paling menarik di Russia semasa autumn (musim luruh), yang tak ada kat tempat-tempat lain, daun-daun pokoknya akan kekuningan, berwarna keemasan. Kalau time musim luruh ni kat London, pada aku, memang buruk teramat pasal pokok-pokok semua dah botak. Tapi kat Russia, pokoknya nak botak lambat sikit, dan berubah kekuningan dulu, sebelum gugur. Agaknya genetik pokok pun kuat, tak manja sangat, sampai boleh bertahan lama di dahan. Sebab tu, orang Russia berhak berbangga akan keindahan semulajadi di sana. Aku sampai beli lukisan (menggunakan batu-batu amber kekuningan yang dilekat membentuk pemandangan), bawa balik, merata aku bawa lukisan tu sebelum sampai ke Malaysia. Maklumlah, dah jadi kenangankan..
Apapun, nak merantau di luar negara, semangat kena kuat, tenaga pun kena kuat.. Inilah guiding principle aku, juga untuk dulu, kini dan selamanya.. Kena muka tembok, tak boleh malu kalau tersesat jalan, dan kena sentiasa mesra dengan semua orang (walaupun dikebanyakkan negara, orang tempatan tak mesra, berbanding dengan kita kat Malaysia ni, yang terlebih ramah dengan orang luar), dan pada masa yang sama kena beringat dari ditipu orang tempatan..pheww..macam-macam petua aku kena bagi dalam blog ni besok-besok..
No comments:
Post a Comment