Tuesday, March 8, 2011

Futsal UNIKOP

Semasa aku diminta untuk menolong mendapatkan sponsor, aku terdiam seketika. Aku tidak pasti bagaimana mahu menolong. Pada waktu tersebut, aku sendiri dalam kegawatan. Aku juga dalam proses perpindahan dan perlu menyelesaikan beberapa permasalahan agak agak rumit. Perkara berkaitan duit sentiasa timbul. Maka, untuk menolak adalah mudah, tetapi adakah beretika? Kadang-kadang kita beretika tetapi bagaimana akan orang lain terhadap kita? (Ini adalah perbincangan lain). Maka aku terfikir akan DNS. Aku lalu menghubungi eksekutifnya di PJ, dan buatkan temujanji.

Pada waktu tersebut juga aku mengingatkan akan rombongan Empire Glory ini supaya, buat homework. Kenali siapa yang mereka akan temui, dan mungkin memohon dana. Aku masih lagi terfikir sampai hari ni, sejauh mana homework dibuat.

Pada hari yang dijanjikan, rombongan ini tiba on time. Lebih awal dari aku. Rupa-rupanya jam aku yang silap, lambat 10minit, so aku lewat 10minit. (Ini tidak termasuk pada sebelah paginya - aku ada "perbualan panas" dengan warga Jerman di kondo aku ni). Kalaulah aku tahu dia dari Jerman waktu tu, mungkin lebih panas perbualan tersebut..

Selepas pertemuan dengan DNS, aku terus senyap, kerana ada tugas tugas lain yang perlu dibereskan. Akhirnya aku dihubungi oleh DNS pukul 9 pagi. Aku sedar ada communication breakdown. Aku terus contact liaison Empire Glory, untuk mendapatkan update terkini tentang event ni. Aku perbetulkan yang mana longgar, yang mana belum diperkemaskan lagi. Aku berterima kasih, pada Ady kerana awal-awal dah sediakan kerangka teks ucapan.

Pada hari yang ditunggu-tunggu (27hb Februari 2011), pada sebelah paginya aku akan berucap. Aku seperti biasa akan buat homework. Semalamnya aku dah ke tempat tersebut, tengok keadaan, maklumkan pada DNS, akan lokasi, akan suasana dan jumlah peserta. Semuanya adalah suatu disiplin yang perlu and of course kena ada common sense juga lah.

Pada malam sebelumnya, aku dapat panggilan telefon Janang, memandangkan aku masih lagi mencari ilham, lalu aku pun kata, nanti la kita gi minum.

Aku masih lagi memikirkan apa corak bentuk ucapan aku. Akhirnya aku memilih corak 'penceritaan', sepertimana ucapan yang biasa di buat oleh Tan Sri Sanusi, dan aku masih ingat lagi ucapan First Lady - Datin Sri Rosmah Mansur semasa aku di Kuala Kubu. Aku rasa, corak penceritaan adalah yang paling sesuai, lebih mudah lagi, kerangka ucapan dah tersedia.

Aku kagum pada pagi tersebut, memang event tersebut dapat sambutan ramai, ramai dari luar UNIKOP hadir. Ada berpuluh team kalau tak silap. Aku hanya bersedia untuk berucap. Apabila tiba dipanggil, aku pun ke pentas. Sekadar menyentuh kerangka sekali lalu, aku menceritakan akan sejarah Futsal dan perkataan tersebut datangnya dari Bahasa Portugis untuk FUT, dan yang paling menariknya, aku tak pernah perasan pun semasa aku di Porto - Portugal dulu. Begitu juga, aku tidak pernah ke Stadium Anfield semasa aku menetap di Liverpool. Aku menyentuh soal semangat setiakawan sepertimana sewaktu aku di Siberia Russia, dan semangat kesukanan, seperti mana sewaktu aku dilatih oleh Pasya untuk sukan tinju. Inilah dia penceritaan dalam ucapan aku. Aku lega, kerana Empire Glory seronok mendengar ucapan aku, tetapi pemain-pemain futsal lebih mengharapkan aku berhenti awal pasal nak start game. Aku faham. Sapa nak dengar ceramah panjang-panjang pagi Ahad...

Setakat itu je ceramah aku pada pagi itu, cuma aku sempat ingatkan audience supaya mengalu-alukan kedatangan DNS pada sebelah petangnya, pasal dia yang sponsor piala tu semua

Inilah aku sewaktu "membuat persembahan" di Pentas UNIKOP. Aku cukup berbangga akan usaha student student ni yang melalui pelbagai onak dan duri untuk menjayakannya. Cuma, kemusykilan aku adalah pada satu pemimpin setempat yang tak mengetahui akan kewujudan UNIKOP ini. I mean, has he been doing his homework, since he is a local leader. For this, I find it pathetic.

 Terimakasih kepada Empire Glory, kepada Kolej UNIKOP Gombak, Datuk Nasir Safar, semua penaja, dan semua pemain futsal serta para pelajar. Tidak dilupakan pensyarah -pensyarah, yang dikagumi, muda belia pensyarah-pensyarah UNIKOP ;-)

2 comments:

  1. Emmm ..ruginya sebab tak sempat nak dengar ceramah dari "U"...mesti penuh dengan kata2 yang menaikkan semangat pelajar2 UNIKOP kan...

    ....SYABAS ....

    ReplyDelete
  2. Tak ada ruginya.. Ramai lagi penceramah tersohor.. I cuma amatur je.. Sekadar mengisi ruang kosong dipentas...

    ReplyDelete