Thursday, November 8, 2012

BERNAMA RADIO 24 (93.9)

Inilah semasa bersiaran buat pertama kali, bersama saudara Amar, yang asal Kelantan tapi kini menetap di Negeri Sembilan. Hebat orangnya. Lincah di Konti, sampai aku pun terkial-kial gak nak follow aksi kelincahan beliau.

Terima kasih aku juga, pasal dia amikkan gambar ni. Masa ambil, tak perasan langsung ada bendera kat belakang tu, tapi dah ada, elok la tu, aku memang patriotik pun, sayangkan negara.

Konti A ke 1 (tak ingat pulak cara 2 Konti ni dinamakan, letak la, Konti Blackberry & Konti Blueberry ke) kan... senang sikit nak ingat... Tapi, memang sejuk la, beberapa hari sebelumnya, memang aku ada datang practice, tapi lebih untuk intonasi, cuma bila bersiaran, aku kena la keluarkan suara, dan pada masa sama juga kena mengulas, kena respon, (time tu kecoh pasal banjir) dan layan telefon, Dasat gak duduk dlm konti ni, cuma aku rasa, jiwa aku bersesuaian dengan radio 24 ni, kerana konsepnya informatif. Kalau konsepnya hiburan semata-mata, memang aku akan out of place. Tapi bila bersiaran bersama Amar, cabaran hebat, pasal dia very knowledgeable, dan aku terpaksa la follow tempo dia. Dari satu topik ke satu topik yang lain.

Masa tu pulak, YM dari COO masuk, nak aku bercakap, kwang kwang kwang, sebenarnya awal-awal lagi, ada sedikit kesilapan, disebabkan azan tersiara awal 8 minit, dan terus ditegur oleh COO melalui penerbit. So, jadi multiplier effect la seterusnya sampai habis 4 jam

Aku bersiaran dari 4 petang sampai 8 petang, memang agak mencabar, kerana kena perah otak fikir dan layan segala-galanya, termasuk nak menyusun lagu, azan 2 kali (Asar & Maghrib), lagu yang sesuai sebelum azan, doa selepas azan, lepas tu, PSA - samada iklan dan yang sewaktu dengannya..

Aku berterima kasih juga pada Ryna yang banyak bagi ruang untuk aku praktis, begitu juga dengan komitment COO yang betul-betul prihatin dengan muka-muka baru peneraju. Sampai 2 kali dia masuk dalam bilik kita orang berlima ni diberi taklimat, selepas tu, dijumpakan lagi di ofisnya. Orangnya memang serius dan very hard talk, but again, dalam industry ni, memang macam gitu la, aku ingat la pernah kena tengking dan dimaki hamun dengan seorang Penerbit Muzik -Muzik tahun 90an dulu, sampai sekarang aku ingat lagi, dan siapa dia. Cuma, dia dah tinggalkan dunia hiburan, dan tahun lepas namanya keluar dalam Pancaindera katanya - cukup, cukuplah zaman dalam industri hiburan tu,,sekarang dah keluar dan membina kehidupan diluar... Gitu..kisahnya...

So, to my BERNAMA COO, I understand your predicament, and of course your benchmark and the standard you envisioned for the station as well as your expectation from the peneraju since they are the FACE FRONT (bukan FACE BOOK) of the station... Besides, I know you are answerable to the share holders and the stake holders (ramai giler la  - kalau dikirakan sekali stake holders yang termasuk pendengar )


So, this is me, tengah senyup, pakai pulak baju bertulis LONDON (tapi yang ni, memang ori k, aku beli masa balik sana ari tu, tak mahal pun, 10 pound je) kat Oxford Street la.. kat mana lagi kan...

So banyak yang aku belajar, cuma sekarang aku tengah mencari identiti aku didalam karakter peneraju ini. Aku tahu macam mana style aku dan aku ada SWOT (Strength, Weakness, Opportunities & Threat) analisis aku sendiri selaku peneraju. Insyallah, aku tengah mencari la ni... Kalau tak, memang 'ke parit' la aku ... (as according to the COO to those who did not perform...)

After my time is done, we walked out (me & Amar) and we met the English peneraju, with the penerbit Shawn and Desiree ( a friend of theirs). Amar spoke to her in Cantonese, I understood, kakakaka ( aku diamkan saja ) ... then I asked her in Mandarin, kakakaka... kenapa la aku ni suka sangat menyakat orang, bagi terkejut....

Tapi inilah value yang aku kumpul sepanjang aku meneroka muka bumi Allah ni...



No comments:

Post a Comment