Thursday, November 8, 2012

Khabarova Street, Bratsk

Semasa bersama, sahabat handai aku yang di Siberia, kat umah. Umah tingkat paling atas sekali. Inilah kehidupan kan.. camane aku leh duduk umah kat atas bumbung, itu la alkisahnya...

Semua ada disini, kita orang makan ikan yang digaram, roti, timun bergaram, ikan tasik yang dipancing (digoreng tepung) termasuk juga caviar.. Oh My God, memang simple tapi aku memang suka...

Masa ni kita orang baru balik dari berkebun (dacha), diaorang ni nak datang rumah, so prepare la... lepas tu, kita orang gi tasik, p mandi kat tasik, nasib baik air tak sejuk sangat.

Satu perkara, aku nak komen - Russia ni luas, tapi yang bagusnya, alamat dia pendek aje, 3 baris je, tapi hantar surat tetap sampai pada penerima. So, memang praktikal la. Kalau kat Malaysia - dengan nama jalan, nama kawasan, nama daerah, tak termasuk Taman itu, Taman ininya... Inilah praktikaliti masyarakat yang mementingkan sains dan matematik. So, jalan aje bernama - Khabarova, selebihnya semua abjad dan nombor...


Inilah aku, selaku tuan rumah dengan semua rakan - rakan lain.... Pelik gak, orang Melayu Malaysia leh jadi tuan rumah pada orang Russia di Russia... Memang luarbiasa perjalanan hidup aku ni... Aku pun tak tahu nak explain kalau orang tanya... Aku tak bermegah, pasal aku sendiri pun musykil... kata orang putih - follow where the wind blows - inilah jadinya... bila membenarkan kehidupan kita 'ditiup angin', mana kita taw kemana halanya, angin tu pun kita tak nampak...

1 comment:

  1. Salam tuan,
    Bagaimana nak berhubung dengan tuan?

    Amat berminat nak tau lebih lanjut tentang Siberia ni,....

    ReplyDelete