Tuesday, November 20, 2012

911 Revisited

Thanks to the organiser - Perdana Global Peace Foundation (PGPF) whose President is Malaysia 4th Prime Minister - His Excellency Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ayat pembuka kata yang perlu aku quote sebelum menulis kisah yang ini. Pasal kalau PGPF tak jemput, aku pun tak hadir. Lagipun, memang semasa 911 ini, aku baru balik dari Warwick, menuju ke Wycome, dan terdengar berita ni dalam radio kereta. Keesokkannya, ibu aku sepatutnya mendarat di Heathrow. Semasa kejadian ni berlaku, dan melintas London sekejap, memang suasana di London dah macam dilanda peperangan. Paling merisaukan aku, kebanyakkan kapalterbang dilarang memasuki London, and my mom has already boarded the plane - Thai Airways. Masa kejadian berlaku, dia dah pun dalam kapalterbang...

Dramatik sungguh ke-tensen-nan hidup aku time tu..., malamnya aku singgah makan malam dirumah kawan di Watford, dan kisah paling hangat ialah 911. Jadi, semua berbicara tentang Moslem Terrorist. Aku berkata, kat meja makan time tu, yang aku kata, ini mungkin circumvented approach. Langsung aku 'dibelasah' oleh kawan omputeh aku, katanya - takkan ada orang 'bertamadun' yang nak buat keja gitu.. Ini mesti kerja orang Islam yang mengganas... (what to do - I am a minority kat rumah tu malam tu), tuan rumah tak campur la.... biasa la... .budaya omputeh....

Jadi, semasa aku menerima jemputan ini, aku teringat kisah makan malam kat Watford tu, lagi satu, aku kena kata, ibuku mendarat dengan selamat, dan aku pun bawa dia jalan2 la... Tak lama pun, dia datang 3 hari je, tapi dalam 3 hari itu, masa aku hantar di ke Heathrow - dah teruk sangat rasanya London, American semua dah tersadai kat sana, tak dapat balik ke US. Pengalaman kan.... kadang-kadang aku rasa, mungkin aku leh jadi reporter kot, time-time benda2 gini jadi, aku ada la kt tempat yang strategik untuk ulas berita... kwang kwang kwang....

So, berbalik kepada event diatas - bila kawan aku kata - orang bertamadun tak akan buat. Hari ini, setelah mendengar taklimat didalam forum (by the way - nak jadi moderator forum cam gini, kelihatannya jauh lebih mudah dari TTYB yang aku buat tempohari - tak yah tanya soalan pape pun....) , terfikir dengan logik aqal, macam mana seseorang yang duduk dalam gua, ribuan batu dari New York, boleh menggerakkan operasi sebesar ini, dari negara kelas 3, melancarkan serangan ke negara kelas 1. Dan paling menariknya, Negara kelas 1 tu pun tak tahu apa-apa, tak bersedia apa-apa, dan boleh pulak terpanik sedangkan negara kelas 1 itu sendiri sememangnya hebat dari segi pertahanan. So, takkan takde risikan, setidak-tidaknya semasa memantau ruang udara bandar raya sendiri.... Jadi memang sebenarnya, kata-kata kawan aku kat Watford tu, benar tapi hanya pada harfiahnya sahaja, dengan sedikit penganalisaan, kita akan melihat sebaliknya...

Tapi, inilah paradox orang putih.... bila dia emosi, dia takkan nak ngaku.... Tapi inilah dunia hari ini.... So, kisah ini, gambar muka aku takde, pasal takde sape sudi amik gambar aku ni. So, aku tak dapat buktikan yang aku memang duk dalam dewan PWTC tu dengar ucapan k... Just terima jelah penceritaan aku ni...

No comments:

Post a Comment