Tuesday, November 20, 2012

Mahmud Samouni

Semasa forum 911 berlangsung (sehari sebelum Commission Hearing), aku ada melihat remaja ini dibawa kedepan oleh Dr Zulaiha (Executive Director PGPF) ke hadapan dan bersalam dengan HE Tun Dr Mahathir. Aku tertanya-tanya (seperti mana busybody Malaysian yang lain - siapa budak ni? ), sepatutnya aku hadir di PWTC semalam untuk Commission Hearing on Palestine, sayangnya disebabkan masalah sore throat yang melampau, aku terpaksa tidak dapat hadir. Tetapi, bila aku mendapat panggilan untuk ke Kedutaan Amerika, aku setuju aje, untuk tengok ape citernya...


So, inilah aku, berdiri dalam kepanasan, untuk melihat apa yang berlaku, rupa-rupanya budak yang aku (tertanya-tanya semalam), adalah mangsa kekejaman, keluarganya seramai 30 orang, terbunuh. Tinggallah dia dan mungkin ahli keluarga lain yang masih hidup. Kehadirannya adalah untuk memberi kenyataan sebagai saksi di Hearing tersebut. Aku pun mungkin pergi ke PWTC kejap lagi, kalau dah ok sikit sore throat ni. Semalam aku hadir pun, tak perlu bercakap, cuma lepas balik, kena la minum air banyak sikit, pasal cuaca terlalu panas. Kagum aku dengan kesungguhan reporter dan photographer yang sanggup mengusung kamera besar2 dalam cuaca panas terik begini, begitu juga pemberita yang kena maintain senyum walapun cuaca membakar....oh dugaan nya nak cari rezeki halal....


So, berbalik kepada Mahmud Samouni, dia dibawa untuk berjalan didepan pintu masuk Kedutaan Amerika.


Pada aku tidak ada masalah. Hak Asasi dia untuk menyatakan pendiriannya, cuma 'kagum' aku, bila ada orang dari 'Rumah Besar' tu kata, budak ni bawah umur, pelik lak aku, takkan budak-budak nak menyampaikan mesej keamanan, nak bercakap tentang penderitaan hidupnya, kena ikut had umur jugak... Lagipun, ini bukan politik, ini soal hak untuk hidup tanpa dizalimi.... pelik tul la orang yang pandai lagi bijaksana ni.... tak paham aku.. agaknya aku ni yang bodoh kot, tak leh paham bahasa tinggi-tinggi derang tu....

So, terima kasih aku ucapkan pada yang memanggil aku untuk turut serta... aku ambil la sekeping 2 gambar - total ada la 24 keping kot... aku dah emailkan ke yang berkenaan, khabarnya nak digunakan untuk testimony...


Ini semasa sidang media depan 'Rumah Besar' tu... semua yang lalu lalang, Jalan Tun Razak duk perhati je, kagum lak aku, mane dia yang puluhan ribu kat Dataran Merdeka hari tu dengan baju kuningnya.. Takkan tengok je kot time cam gini.....


Simbolik sikit gambar ni, aku ambik pakai kamera berharga RM399 beli kat TESCO Cheras ok..., Mahmud Simouni berdiri didepan 'Rumah Besar' dengan bendera Negara Pejuang Hak Asasi manusia berkibar dibelakangnya...., aku pernah duk US (walaupun tak lama), so, aku amik gambar ni, pasal aku melihat suatu paradox... itu jer...

Dalam perjalanan balik rumah- aku dengar di BERNAMA RADIO 24, akan isu memboikot, aku sms la kt R24 - kalau diboikot, nak makan ape? Kyros Kebab ke?, setiap kali ada sengketa nak boikot, itu je yang kita ni pandai, tapi nak menggunakan akal, untuk kreatif buat benda (bagi yang belajar economics) , substitute kepada benda yang nak diboikot itu, apa dia? Paling kelakar, ada sorang pemanggil kata - pengguna bersikap individu berani, adakah kerajaan berani. Aku punya sms kata - kalau ditutup, siapa nak bagi pekerja tu makan, pemegang francais pun ada yang Islam, so diaorang tu dizalimi pulak.., Lagipun, isu ini, bukan semata-mata orang Islam, Christian Palestine pun ada, dan mereka turut dizalimi... Peliknya aku, dalam dunia bersifat global, benda2 gini masih lagi tak terpahat dalam ingatan ramai, mcm kepompong betul la...Kata ramai generasi hari ini, bijak pandai, menaakul, inilah kot, berguru dari Blog dan YouTube..., sikap berpilih dan pilih kasih.... Moga Allah buka Hijab Aqal mereka yang hanya melihat apa yang mereka nak lihat, moga mereka diperlihatkan juga apa yang aqal mereka tepis selama ini...

Ayat SMS aku yang terakhir - ini bukan soal keberanian Kerajaan, tapi soal keikhlasan umat itu sendiri. Bagi yang pernah ke Jerusalem, yang pernah ke Church of Nativity, pasti tahu, perjanjian yang wujud, pernah seorang Muslim dilindungi didalam gereja dari pihak Zionis, dan ini adalah perjanjian yang wujud antara Islam & Kristian. Sedih aku, orang bercakap tanpa mengetahui susur galur kisah disebalik kisah...Muslim yang dilindungi itupun, bukan tahun 40an..tapi selepas tahun 2000. Janji Ditepati... ok....

So, moga masyarakat akan lebih ikhlas...orang lain tak tahu takpe, tapi Allah tahu....

1 comment:

  1. Terbai Bro..Blog ini akan membongkar apa sahaja cerita di sebalik cerita...Teruskan berblogging.

    ReplyDelete