Tuesday, November 20, 2012

Dimanakah Kedudukan Golongan Muda ?

Sewaktu bersiaran di radio bersama Amar tempohari, aku mendapat panggilan supaya bersama member-member yang merupakan penganjur kepada majlis TTYB. TTYB ni menraih populariti kerana konsep temubual santainya bersama YB, yang samada merupakan Yang Berhormat ataupun Yang Berbahagia. Aku telah bersama selaku peminat tetap TTYB ini sudah agak lama. Mereka yang bekerja dibelakangnya juga merupakan kenalan ku. Jadi semasa aku dipanggil untuk menyertai makan malam, aku dimaklumkan samada aku boleh menjadi moderator bagi TTYB bersama dengan Datuk Dr Kamarul Rasydan, CEO dari PSNB.

Aku terus setuju, sebenarnya, aku lebih berminat kearah Moderater ini, dari menjadi seorang Emcee. Mungkin kerana aku rasa lebih seronok dapat interview orang dan bertanya soalan yang mencabar, dari menjadi penjaga majlis yang penuh protokol. Aku sendiri tak suka protokol, jadi macam mana aku nak jadi pengawasnya. Boleh, tu memang lah... This is life, takkan semua benda kita tak suka, kita tak buat, susah la nak cari makan macam tu.. itu memilih tak bertempat namanya. Bagaimanapun ada kriteria asas untuk berkata YA, nak mencuba bakat pun kena tengok tempat gak. Kalau tempat bayar sampai RM10 ribu, itu bukan tempat nak mencuba bakat, itu tempat untuk memanfaatkan kemahiran yang diharapkan paymaster (penganjur). Kalau kita setuju, tapi kita tak tahu buat, ertinya kita sudah menipu penganjur. Ini aku tak sanggup buat.

Seperti aku di radio, aku diberi latihan, dan diminta untuk ON AIR secara LIVE. Jadi ini adalah kesempatan dan peluang keemasan untuk mendapat real experience, kalau diberi oleh yang berhak. Kalau tidak diberi, mungkin aku rasa, belum tahap aku untuk memohon.

Jadi inilah POSTER RASMI TTYB tersebut



Bulan ini juga, 8 November hari tu. So, sebelum bermula, kena la aku prepare draf soalan, Selepas back and forth soalan yang akan ditanya dengan bos-bos TTYB ni, termasuklah background Tetamu, barulah tiba harinya. Aku pun duduklah menolong sama, semasa persiapan nak memulakan acara. Sewaktu tersebut aku didatangi seseorang, dan jadi benda yang membuatkan aku tak 'selesa'. Bila terdapat permintaan itu dan ini, untuk soalan dan paling sedih, terdapat kesilapan dalam fakta yang aku terima, dan aku terpaksa membaca UPDATE last minute. Pastinya aku rasa stress, matlamat aku, aku diamanahkan penganjur, maka aku kena pastikan penganjur berpuas hati...Tapi, kalau ada last minute changes yang bersifat 'perlu & penting', wow memang aku tensen giler...

Kemudian YB Dato pun sampai. Aku pun duduk semeja dengan beliau semasa beliau makan .TTYB ini bercorak santai, walaupun formatnya adalah forum. Aku kena bertanya pada Dato, apa yang aku dah rancang nak highlightkan. Lagi sekali baru aku sedar bahawa aku perlu highlightkan MPEC. Paling tensen, fakta MYPEC aku tak dapat-dapat pun - termasuk search dlm internet (aku buat homework juga, bukan selamba pot gitu je nak interview orang). Jadi aku kena interview Timbalan MYPEC ini, menghafal segala-galanya sebelum majlis bermula (dalam 10 minit kot)... Akhirnya aku kata - seeloknya aku berjumpa dulu dengan Dato, beberapa hari sebelumnya. Lagipun soalan siap cepat. Aku memang sentiasa mendahului dateline...Sayang, aku tak terfikir nak berjumpa dia lebih awal... disebabkan aku ingatkan guidelines yang aku terima, itu lah dia semata-mata, tiada yang lain..


Jadi inilah kami sejurus sebelum bermula. Emcee, memperkenalkan aku dengan audience. Thanks to you, Ms Emcee. Kemudiannya kami bermula. Permulaan yang agak perlahan kerana cuaca sejuk diluar pasal hujan, dan air con kat dalam tu sejuk melampau, sengsara aku, pasal aircon betul-betul kat belakang aku. So, suara pun terketar-ketar la mcm org tengah panik (kwang kwang kwang....) , bagaimanapun aku berterima kasih pada Dato, kerana mampu untuk berbicara, dan menangani penonton yang bersoalan secara langsung. Aku dimaklumkan TTYB ni kena dimoderatekan secara santai, jadi aku pun cuba lah kan, inilah kali pertama aku kena jadi moderator secara santai, tapi soalan kena berapi. Susah oo.... paling susah aku rasa sebenarnya... 2 elemen bertentangan pada satu masa... Aku kena belajar berlakon dari brader Lando, macam mana nak santai, tapi ber ekspresi wajah serius pada masa yang sama.... fenin fenin..... Aku kena peka dengan soalan dari twitter plak tu, dan pada masa yang sama nak jaga masa, nak jaga angle soalan, dan nak jaga soalan dari penonton... (mencabar sungguh rasanya...)

Sepatutnya aku juga yang tutup majlis, tapi aku rasa lebih appropriate bila Ms Emcee kita yang tutup, pasal kena ada acara bagi hadiah untuk soalan terbaik, begitu juga cenderahati untuk Dato, dan akhirnya, Dato kena main gitar lak... dan menyanyi beramai-ramai. Aku rasa, dari mood serius terus ke mood nak berparty ni memang la payah.. So, nasib baik Ms Emcee amat memahami... So, 'over to you....' juga akhirnya...pada Ms Emcee...



Sempatlah juga berbincang dan berborak dengan Ms Emcee kita.. Dengan tensennya aku bila dapat maklumat terkini, dan printer pulak tiada. Bagi yang mengenali aku, sedia maklum, aku ni dyslexic, so tulisan aku memang orang lain tak boleh nak baca, itu dalam keadaan biasa, so, kalau dah tensen, aku sendiri tak boleh baca tulisan sendiri...


Inilah kami berempat, Zamiel, aku, Natassha, dan Uzaidi... Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang pada aku. Kalau tidak tak merasa la aku jadi moderator disitu malam tu. Pada masa yang sama juga, menu malam tu best, sayangnya bila jadi moderator ni, memang tak boleh makan sangat, takut nanti mengah bila bercakap (macam penyanyi nak menyanyi atas stage plak kan....) 

Tapi takpelah, kalau nak risau bab nak isi perut, ni peluang keemasan jadi moderator ditolak, memang bodoh sangat la aku ni.... Allah itu Maha Adil, kalau orang kaya, dapat makan mewah2, so problem selalunya kesihatan - lepas tu penyakit pun banyak - pergi hospital swasta yang mahal - so multiplier effect - belanja & belanja dari nak hidup senang sampai menjaga kesihatan - semua memerlukan duit, orang yang tak berapa kaya (tak nak lah cakap miskin k...), makan apa yang ada, lepas tu kerja itu sendiri selalunya mengeluarkan peluh - so dah sihat, tak perlu keluar duit pergi gym... so masih jimat tetapi makin sihat....

Terima kasih aku ucapkan pada sahabat aku, kawan tuition aku tu... seorang ahli politik juga, yang hadir pada malam itu, dia ambil gambar aku dengan Blackberrynya, dan beberapa hari selepasnya dia bertembung dengan ibuku, langsung ditunjukkan gambar tu... kwang kwang kwang.... aku pun tak tahu dia akan ceritakan semula... Iyalah, takkan aku nak canang2 kat famili aku lak, aku ni kan tawaduk jer... tapi sahabat aku ni, teramatlah seronok aku jadi moderator malam tu, sampai terpancar keikhlasan kata-katanya pada ibuku...

Sebelum terlupa - terima kasih pada Amrayy (our videographer ) yang berborak panjang dengan aku selepas sesi forum ini... Insyallah, kita akan sambung perbualan kita malam tu k....






















No comments:

Post a Comment