Monday, February 27, 2012

Memahaminya

Islam itu ditegakkan atas prinsip Aqidah yang jelas berpaksikan al-Quran dan Sunnah

“Apa saja fahaman, ajaran, amalan dan pengalaman kerohanian yang tidak berasas akidah Islam adalah tertolak. Siapa pun syeikh, besar mana pun serbannya, sepetah mana pun dia, apa pun tafsirannya berkenaan kerohanian, namun jika ia bercanggah dengan nas al-Quran dan Sunnah, maka ia tertolak,” - Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Tareqat = Kaedah mendekatkan diri kepada Allah

Tasawuf = Penyucian

Amalan Tasawuf = Amalan Menyuci Hati & Jiwa, dengan fokus kepada mengamalkan zikir yang telah disusun oleh ulama terdahulu

Sandaran Hadis – Bukhari & Muslim
Pertemuan Rasullullah dengan Jibril a.s. Ditanyakan;

1. Apa itu Iman?
Jelas Rasullullah, Iman itu ialah beriman dengan Allah, Malaikat2nya, Rasul2nya, Kitab2nya, Akhirat & Qada / Qadar

Iman berkaitan dengan Ilmu Aqidah = pengumpulan keyakinan dihati akan perkara ghaib. Ia melahirkan Ilmu Tauhid atau Usuluddin.


2. Apa itu Islam?
Kesaksian la ilaha illallah, Solat, Zakat, Puasa & Haji

Islam berkaitan dengan pengamalan zahir seperti solat dan sebagainya. Ia melahirkan Ilmu Fiqah dan juga Ilmu Syariat.

3. Apa itu Ihsan?
Beribadah kepada Allah, seolah-olah kamu melihatNya, sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu

Ihsan berkaitan dengan Penyucian Jiwa. Dari perbahasan berkaitan dengan penyucian jiwa ini lahirnya Ilmu Penyucian Jiwa, dikenali sebagai Tasawuf.

Aliran – aliran Tasawuf yang pelbagai dikenali sebagai Tareqat. Kepelbagaian berlaku kerana perbezaan fokus amalan dan bentuk zikir yang dipraktikkan didalam amalan seharian.

Amalan Tasawuf lahir dari ilmu ulama feqah, setiap amalan berdasarkan pada panduan, sehingga terhasilnya kepelbagaian Ilmu, Adab, Rahsia & Hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan. Syaratnya amalan tasawuf itu bebas dari kecacatan & kehendak hawa nafsu.

Zikir untuk Tasawuf – ada yang dipetik dari Al- Quran & Hadis, ada juga yang disusun oleh ulama, yang juga menjadi perintis golongan tareqat.

Pengertian umum akan Tariqat – Jalan Agama Allah, Jalan Islam

Asal Tariqat = Tekun Beribadah, Perhatian hanya pada Allah, Berpaling dari Perhiasan Duniawi & Bersifat Zuhud.

Makna khusus Tariqat = Tatacara atau Himpunan Adab yang diamalkan oleh ahli tasawuf tersebut

Erti Tariqat secara halus = Perjalanan & Tahap Peningkatan Kejernihan Rohani Manusia, yang pasti menempuh halangan, setiap peringkat, ketahap merasai pelbagai hal kerohanian


Mengenal Tareqat yang terpesong

Kebiasaan Tareqat ialah mengguna pakai, nama pengasasnya, dan kemudian digabungkan dengan nama kumpulan Tareqat yang lebih dikenali dan diterima.

Ciri-cirinya
1. Pegangan terhadap istilah tasawuf yang terang-terangan bercanggah dengan
1. Hukum Syarak
2. Falsafah
3. Kebatinan
4. Takwilan Tasawuf
yang semua diatas jauh menyimpang dari kebenaran Aqidah & Ibadah
2. Tareqat berkenaan 'meringankan' kewajipan syarak yang dituntut

Hubungan antara Syariat & Tasawuf (menurut Abu Yazid Al-Bistami – Tokoh Bidang Tasawuf)
Syariat adalah asas utama didalam perjalanan menuju Allah. Andainya kamu melihat seorang manusia itu mampu terbang ke udara, maka, janganlah kamu terpedaya dengan Tareqat yang dibawa olehnya sehingga kamu melihat bagaimana sifatnya disisi perintah Allah, disisi larangan Allah, menjaga sempadannya, menunaikan syariatnya.

Abu Yazid Al-Bistami pernah membawa anak muridnya menemui lelaki yang memasyhurkan dirinya dengan keWALIan dan juga keZUHUDan. Beliau melihat orang itu memasuki masjid dan meludah kearah Qiblat. Abu Yazid berpaling, meninggalkannya tanpa salam. Kata Abu Yazid – bagaimana aku boleh mempercayai apa yang didakwanya itu.

“Pada umumnya, setiap insan ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Justeru, mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan orang yang mampu dekat dengan Allah hanyalah orang yang hatinya bersih, suci, dan sentiasa menjaga dirinya daripada hal yang dilarang Allah,”

Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, pengamal sufi mencontohi perilaku sahabat Rasulullah dalam hal keteguhan iman, ketakwaan, kezuhudan dan budi pekerti luhur. “Mereka sentiasa meneladani kehidupan Rasulullah, tidak pernah takut terhadap musuh serta tidak takut miskin dalam urusan duniawi kerana percaya semua rezeki daripada Allah.

Prof Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam buku Thaqafah al-Da’iyah berpendapat sebahagian ajaran tasawuf dan tarekat dipengaruhi anasir luar seperti ajaran Kristian, Hindu dan Parsi Yunan. “Sebahagian mereka berbicara mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-haqiqah al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Mereka bercakap mengenai kewalian, wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara itu dalam nas agama. “Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar daripada kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian.

Imam al-Syatibi dalam kitabnya Al-I’tisam berkata golongan sufi sama seperti orang lain yang tidak maksum. Mereka juga melakukan kesilapan, lupa dan melakukan maksiat sama ada dosa kecil atau besar. “Justeru, ulama menyatakan setiap percakapannya boleh diambil atau ditinggalkan kecuali percakapan Nabi Muhammad s.a.w. “Memadailah berpegang kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w sebagai sumber utama dalam perjalanan menuju keredaan Allah,”


















No comments:

Post a Comment