Saturday, March 3, 2012

Asli vs Original..

Setiap kali aku ditanyakan, jawapan aku adalah :-

Semasa dibawah kawal setia oleh Dr. Halliday dari Cambridge, aku dilatih untuk berfikir secara original. Pada peringkat awalnya, memang aku dilatih untuk berfikir didalam kerangka yang ditentukan, apa yang perlu aku lakukan hanyalah, mengisi akan ruang-ruang kosong didalam minda, bagi membolehkan jawapan yang dicari, keluar. Tetapi, itu hanyalah menjadi seorang yang efisien. Pada Dr. Halliday, itu tidak cukup, katanya berulang kali - " you must know how to think, and to be able to think independently ". Aku akui pada waktu tersebut, corak pemikiran aku banyak dipengaruhi oleh suasana Asia atau lebih tepat lagi 'Malay Archipelago', dan pada masa yang sama aku sangat yakin bahawa aku sudah mempunyai cukup pengetahuan akan subjek yang diketengahkan. Tetapi adalah amat malang bagi aku, apabila, subjek tersebut dilontarkan, terserlah bahawa, aku hanya mampu melihat secara linear, dan tidak secara multifaceted. Lebih pedih lagi, apabila sudut pandangan yang aku guna pakai, sungguhpun menggunakan kaedah yang diajarkan (seperti yang aku nyatakan diatas - kerangka yang ditentukan), rupa-rupanya masih ada ruang lompong, yang aku terlepas pandang, makanya aku keciciran.

Persoalan hari ini, apakah ia salah aku secara mutlak? Pada mulanya aku memang mengakui, ia adalah disebabkan ketidak mampuan aku menganalisa sesuatu itu secara menyeluruh (topikal), dan pada masa yang sama mematangkan jawapan yang aku pilih. Tetapi, juga setelah bertahun- tahun (dimana selepasnya, aku diminta ke Liverpool, untuk meneruskan pengajian Teologi), aku terlihat seperkara lagi yang sememangnya ada, tetapi aku selalu tidak memperhatikannya secara teliti.

Semasa membuat penganalisaan, ada pelbagai kaedah, ada yang menggunakan SLEPT, ada yang menggunakan STEEPLE. Aku menggunakan kedua-duanya, tetapi masih lagi tersasar. Kenapa, kerana aku gagal memerhati bahawasanya, yang didalam 'P' itu ada 'taste & preference'. Keenggananan aku mengiktiraf 'taste and preference' itu yang membuat aku kalah.

Sebabnya - manusia itu tetap manusia, didalam menghakimi sesuatu perkara, pasti perlu untuk menilai secara ilmiah, namun tidak dapat tidak, pasti tidak dapat lari dari 'personal taste and preference'. Ini lah yang menyebabkan kecondongan Profesor aku dulu untuk menidakkan fakta-fakta yang aku kemukakan. Dari S, L, E, T, semuanya betul, sampailah kepada P, aku tersekat. Inilah hasil berjuang bertahun-tahun untuk memahami akan manusia, sehingga membawa aku membawa kepada ayat - moga aqal aku tidak dihijabkan...

Kerana sesungguhnya, 'taste and preference ' kita sebagai mortal human, boleh menyebabkan kita terhijab aqal, sehingga gagal melepasi sempadan minda didalam mencari kebenaran..

Inilah SWOT yang aku minat gunapakai, sungguhpun ia diajarkan didalam subjek pengurusan, aku guna pakai berkali-kali, termasuklah untuk Politik dan Theologi.


No comments:

Post a Comment