Tuesday, February 21, 2012

Erti Orang Berakal

Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dalam dirinya.


Orang yang berakal itu tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima dengan tenang dan tabah. Jika rugi, dia tidaklah cemas, jika untung, dia tidaklah berbangga. *kerana cemas menghilangkan hikmah dan bangga melenyapkan timbangan.


Orang yang berakal, sentiasa mahu berdampingan dengan mereka yang berakal juga. Ini untuk membolehkannya melihat kelemahan dirinya. Benci melihat kelemahan diri akan menutupi mata dari melihat segala kebaikan. Sebab itulah perasaan jangan mengatasi akal.


Orang yang berakal merindui 3 perkara
1. Persiapan Pulang
2. Kelazatan Jiwa
3. Menyelidiki Erti Hidup


Orang yang berakal sentiasa insaf bahawa diantara aqli dan naqli, kewujudan persefahaman tiada akannya. Kehendak naqli biasanya manis dipangkal tapi hambar dihujung, manakala kehendak aqli, mulanya pahit, akhirannya manis.


Orang berakal tiada berduka kerana berduka tiada faedahnya. Faedah duka, hanyalah mengaburi Akal. Makanya orang berakal tidak akan bersedih kerana kesedihan tidak dapat mengubah keterlanjuran. Malahan, banyak bersedih membawa pengurangan akal


Orang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, payung sebelum hujan. Andainya, masih dibasahi hujan dan masih didatangi sakit, orang berakal tidak akan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya, orang yang berakal sentiasa sabar dan redha, dan terus berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.


Diolah kembali, melalui rujukan dari Prof Dr. Hamka

No comments:

Post a Comment