Tuesday, February 21, 2012

7 Perkara

Mukjizat

Keistimewaan yang diberikan kepada para Nabi & Rasul sebagai pembuktian kepada orang kafir tentang kebenaran seruan yang dibawanya datang dari Allah swt. Ia tidak dapat ditandingi manusia. Contohnya adalah seperti tongkat Nabi Musa a.s. yang dapat membelah laut dan bertukar menjadi ular yang membaham ular-ular ahli sihir. Mukjizat yang paling besar ialah yang diturunkan kepada Rasullullah saw.

Irhas

Sesuatu yang luar biasa, yang diberikan kepada 'bakal' Rasul. Contohnya, Nabi Isa as. boleh bercakap ketika masih bayi, dan Rasullullah saw, dipayungi oleh awan ketika dalam perjalanan dari Mekah menuju Syam dibawah panas terik matahari.

Karamah

Kemuliaan atau kemurahan yang diberikan kepada mereka yang memiliki darjat ketaqwaan yang teguh serta tinggi pegangannya kepada Allah. Apa yang berlaku kepada mereka adalah diluar kebiasaan, tanpa diduga, tanpa usaha dan tanpa logik. Lazimnya, mereka yang diberikan karamah, hidup hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah.


* Karamah Zahiriah
Boleh dilihat dengan mata kasar, makanya dinyatakan sebagai zahir (zahiriah), misalannya adalah seperti mampu beribadat dalam tempoh yang lama tanpa makan dan minum. Kisah Allah memberikan buah-buahan yang turun dari langit kepada Maryam, ibu Nabi Isa a.s. sedangkan buah-buahan tersebut bukan terbit dalam musimnya, ini juga sebahagian dari karamah zahiriah. Surah Ali-Imran ayat 37 juga menjelaskan bahawa ketika Nabi Zakaria a.s. menemui puterinya Maryam dimihrabnya, dia melihat makanan disisi Maryam. Apabila ditanya, Maryam menjawab, ia datang dari Allah.

*Karamah Maknawiah
Tidak boleh dilihat, tetapi dapat dirasai dengan mata hati. Misalannya, memerangi hawa nafsu tanpa perlu bermujahadah, musuh menjadi gerun pabila melihatnya, dan lain lain lagi.

Maunah

Maunah bermaksud pertolongan atau bantuan dari Allah swt. Ia berupa keajaiban yang diperoleh oleh seseorang mukmin tanpa diusahakan atau dipelajari. Misalannya terselamat dari maut apabila jatuh dari bangunan tinggi.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Istidraj

Tipu Daya yang dilakukan oleh mereka yang mendustai Allah swt atau orang-orang kafir. Ia akan menambahkan kebodohan atau kejahilan sehingga Allah swt, menimpakan bala keatasnya. Sabda Rasullullah, "apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seseorang hambaNya apa yang dihajati, sedangkan hamba tersebut tetap dalam kekufuran".

Ihanah

Keajaiban yang dimiliki oleh orang yang mendakwa akan dirinya sebagai Nabi ataupun Rasul

Sihir

Keajaiban yang ada pada orang yang menyekutukan Allah swt. Dari segi istilah, ia adalah perbuatan yang menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal yang disihir secara tersembunyi. Pada dunia Nusantara, ia dikenali sebagai Ilmu Hitam. ( Bagaimanapun, sumber rujukan ini tidak menjelaskan tentang Jin Islam, dan juga untuk tujuan perawatan secara Islam)

Sihir boleh dipelajari, menggunakan kuasa Jin mahupun Syaitan, dan telah wujud semenjak zaman Firaun hingga kini. Contohnya dalam Al-Baqarah, ayat 102, yang menceritakan tentang Harut & Marut yang diturunkan untuk menentang Ahli Sihir. Tujuan turunnya Malaikat tersebut adalah untuk memperlihatkan bahawa sihir mampu membawa manusia ke arah kekufuran.

Ibnu Khaldun didalam kitabnya, Muqaddimah, ada menyebut, "Ilmu Sihir dan Tilik adalah Ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mendapatkan sesuatu samada dengan tiada bantuan atau dengan bantuan dari Langit.

Diambil dari - IMAN
















No comments:

Post a Comment